Skim Bantuan Yayasan RISDA 2022 (Borang & Permohonan)

TAHUKAH ANDA YAYASAN RISDA MENYEDIAKAN SKIM BANTUAN UNTUK MEREKA YANG LAYAK?

Yayasan RISDA menyediakan beberapa Skim yang boleh memberi manfaat buat anda semua.

Yayasan RISDA atau ringkasannya YR adalah merupakan syarikat milik penuh RISDA telah telah diluluskan penubuhannya oleh Mesyuarat Pihak Berkuasa RISDA Kali Ke-224 pada 21 Februari 2013. Setelah melalui beberapa peringkat penilaian dan kelulusan, YR akhirnya telah diperbadankan secara rasmi mulai 22 Disember 2015.

bantuan yayasan risda

Baca juga:

Skim Bantuan Pendidikan Yayasan RISDA

Manfaat skim pendidikan yang boleh membantu adalah :

  • Biasiswa Pelajar UCAM (BPU)
    • RM6,800 – RM13,800 / Pelajar / Tahun mengikut jenis kursus
  • Bantuan Sara Hidup Pelajar UCAM (BSHPU)
    • RM15 Sehari / RM450 Sebulan / Pelajar
  • Skim Insentif Pelajar UCAM (SIPU)
    • RM500 One off
  • Bantuan Laptop Pelajar UCAM
    • 1 laptop / 1 pelajar
  • Insentif Pendidikan Staf
    • RM500 Diploma, Ijazah Sarjana Pertama dan Sijil Profesional (One-off)
    • RM750 Peringkat Sarjana dan Kedoktoran (One-off)
  • Anugerah Yayasan RISDA
    • RM2,000 one off

Syarat Kelayakan Utama

  1. Anak-anak komuniti RISDA
  2. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,849
  3. Melanjutkan pelajaran di University College Agroscience Malaysia (UCAM)

Skim Bantuan Pesakit Kronik Yayasan RISDA

Khusus buat Kakitangan dan Pesara RISDA Yayasan RISDA menyediakan SKIM BANTUAN PESAKIT KRONIK secara One-off.

Skim Bantuan Pesakit Kronik (SBPK) ini adalah untuk memberi kemudahan bantuan kewangan kepada anak-anak pekebun kecil, anak-anak warga kerja RISDA / Syarikat Milikan RISDA (SMR) /
pesara RISDA atau keluarga terdekat yang telah disahkan menghidap 36 jenis penyakit kritikal seperti di Lampiran 1.

Kadar bantuan adalah RM1,000 maksimum (one-off).

Syarat Kelayakan

  1. Staf RISDA / SMR, pesara RISDA (termasuk keluarga terdekat
    seperti suami / isteri / anak kandung / anak tiri / anak angkat).
  2. Tiada had pendapatan.
  3. Anak-anak yang masih di bawah tanggungan iaitu bawah 18
    tahun dan 21 tahun bagi yang masih belajar. Tiada had umur
    bagi anak yang berstatus OKU.

Cara Memohon

  1. Menggunakan borang YR 05-21 – SBPK
  2. Kemukakan salinan dokumen berikut :
    a. Kad pengenalan / sijil lahir pemohon/pesakit
    b. Kad pengenalan ibu bapa /penjaga yang sah
    c. Kad Pekerja/ Pesara (warga RISDA/SMR/ Pesara)
    d. Laporan / Surat Pengesahan Pegawai Perubatan Hospital
    Kerajaan Malaysia atau Hospital Pakar yang dikitiraf oleh
    Kementerian Kesihatan berkaitan penyakit yang dihidapi

Maklumat Lanjut

Rebutlah peluang yang sangat bermanfaat ini. RISDA sentiasa prihatin pada semua.

Maklumat lanjut berkaitan syarat permohonan boleh dapatkan di pautan :
https://www.risda.gov.my/my/sumber/muat-turun/borang-borang

Sebarang pertanyaan boleh hubungi YAYASAN RISDA di talian 010-6590062 atau e-mel ke [email protected]

Sila muat turun borang di bawah mengikut bantuan yang berkenaan:

Bil Borang Lampiran
01Borang Permohonan Kursus Asas Pengurusan Ladang Untuk Kontraktor Pertanian   Muat Turun
02Borang Keahlian PERSADA   Muat Turun
03Borang Tanam Semula TS 11(Pin.1_09)   Muat Turun
04Borang Permohonan Pemulangan Wang Ses Terlebih Kutip   Muat Turun
05Borang Maklumat Terperinci Getah Import Dalam Getah Sebatian Yang Dieksport   Muat Turun
06Penjelasan Terperinci Borang Pemohonan Tuntutan Pemulangan Ses Tanam Semula Bagi Getah Sebatian   Muat Turun
07Borang Permohonan Skim Biasiswa Anak Pekebun Kecil   Muat Turun
08Borang Permohonan Skim Pinjaman Am   Muat Turun
09Borang Permohonan Skim Pinjaman Pengajian Boleh Ubah   Muat Turun
10Borang Permohonan Program Aktiviti Ekonomi Tambahan RISDA   Muat Turun
11Borang Saraubat (1/09)   Muat Turun
12Borang Permohonan Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET)   Muat Turun
13Borang Setuju Terima Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET)   Muat Turun
14Surat Akuan Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET)   Muat Turun
15Surat Status Permohonan Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET)   Muat Turun
16Format Kertas Kerja Projek Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET)   Muat Turun
17Borang Aduan Kad Pengenalan Pekebun Kecil (SIC)   Muat Turun
18Borang Penghantaran/Penerimaan Kad Pengenalan Pekebun Kecil (SIC)   Muat Turun
19Borang Permohonan Skim Bantuan Yayasan RISDA (Pindaan 2022)   Muat Turun
20Borang Penyertaan SKKR Pesara   Muat Turun
21Borang Penyertaan SHPB Bawah 65 Tahun (Pesara)   Muat Turun
22Borang Penyertaan SHPB 65 Tahun Keatas     Muat Turun
Bantu kami share artikel ini: