Tawaran Bantuan Yayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia UM

Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Malaya (UM) kini menawarkan bantuan Yayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia buat pelajar B40 yang bukan Islam.

Untuk makluman, Yayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia , YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob pada 29 Oktober 2021.

Yayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia ini ditubuhkan sebagai satu badan rasmi bagi mengurus hal berkaitan hal ehwal kebajikan siswa khususnya dalam penyaluran dana bantuan kebajikan bagi yang memerlukan.

Bantuan Yayasan Kebajikan Siswa

Baca Juga : Tawaran Bantuan Zakat UTM Johor

Tiga objektif penubuhan yayasan ini adalah :

  • Untuk mewujudkan satu entiti khusus bagi pengurusan kebajikan dan penyaluran bantuan secara bersepadu.
  • Memperkasa peranan dan kebolehupayaan wakil Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK).
  • Sebagai satu wahana bagi melaksanakan inisiatif kebajikan dan kesejahteraan mahasiswa merentasi IPT.

Bantuan ini disasarkan bagi membantu para pelajar UM yang bukan beragama Islam dan tergolong dalam kumpulan B40 untuk tujuan pembelajaran mereka.

Bantuan Yayasan Kebajikan Siswa

Tarikh Permohonan

Pelajar yang berkelayakan boleh memohon sebelum tarikh tutup iaitu 2 November 2022.

Syarat Kelayakan Bantuan Yayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia

Pelajar yang ingin memohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  1. Pendapatan ibu bapa kurang daripada RM2,000.00.
  2. Pelajar yang menerima biasiswa/bantuan pinjaman kurang daripada RM4,000.00 setiap semester.
  3. Adik-beradik yang masih belajar melebihi 3 orang.
  4. Ibu bapa meninggal dunia/bercerai/OKU.

Cara Memohon

Pelajar boleh ikuti langkah permohonan seperti berikut :

  1. Isi borang permohonan di Google Form ini iaitu https://forms.gle/byziiP9Ub8KSHFJg8.
  2. Lengkapkan semua maklumat permohonan.
  3. Pastikan semua maklumat diisi dengan lengkap.
  4. Klik “Submit” untuk menghantar permohonan.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai  Bantuan Yayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia, sila layari laman Facebook Jabatan Sejarah, UM.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!