Tawaran Bantuan Zakat UTM Johor

Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan UTMSPACE Kampus Johor kini mengalu-alukan pelajar Ijazah Sarjana Muda untuk memohon Bantuan Zakat UTM Johor.

Bantuan yang disalurkan oleh Unit Zakat dan Kebajikan, Pusat Islam UTM Johor ini bertujuan untuk meringankan beban para pelajar yang tergolong sebagai Fakir Miskin.

Baca Juga : Program Sarjana Muda Separuh Masa UTM 2022 / 2023

Tarikh Permohonan

Pelajar yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan bantuan zakat UTM bermula 17 Oktober 2022 sehingga 31 Oktober 2022.

Jenis Bantuan Zakat UTM Johor

Untuk maklumat, bantuan zakat yang ditawarkan terbahagi kepada dua jenis iaitu :

  • Bantuan Zakat Yuran Pengajian : Terbuka untuk mahasiswa yang memerlukan bantuan untuk selesaikan yuran pengajian.
  • Bantuan Zakat Sara Diri : Khas untuk mahasiswa yang memerlukan bantuan kewangan untuk kegunaan harian semasa berada di kampus.
Bantuan Zakat UTM

Syarat Permohonan

Pelajar yang ingin memohon perlulah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Beragama Islam dan Warganegara Malaysia.
  • Mahasiswa UTM sepenuh masa Kampus UTM Johor Bahru.
  • Tidak menerima zakat atau sumbangan daripada pihak lain.
  • Tidak mendapat apa-apa tajaan, biasiswa, atau bantuan kewangan, dan sekiranya ada tidak mencukupi (nyatakan sebab).
  • Tergolong dalam golongan Fakir Miskin (Jumlah pendapatan ibu & bapa/penjaga kurang RM3000 dan dengan tanggungan 4 orang dan ke atas).
  • Permohonan dibuat sekali sahaja dalam satu semester.

Cara Memohon

Calon boleh ikuti langkah-langkah permohonan bagi Bantuan Zakat UTM seperti berikut :

i) Pelajar Ijazah Sarjana Muda UTM

Untuk pelajar Ijazah Sarjana Muda UTM, permohonan boleh dibuat di http://www.my.utm.my.

ii) Pelajar UTMSPACE

Pelajar UTMSPACE boleh membuat permohonan dengan mengisi google form di pautan berikut https://forms.gle/TfedLRtSj2A4Ds5E8

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai bantuan ini, sila hubungi 019-6861361 (Admin Zakat UTMJB) atau 013-277 7214 (En. Rashid, UTMSPACE).

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!