Tawaran Bantuan Zakat Pelajar UiTM Cawangan Johor Sesi Mac – Ogos 2022 ~Sukacita dimaklumkan bahawa tawaran bantuan zakat bagi pelajar UiTM cawangan Johor kini dibuka.
Sehubungan dengan itu, semua mahasiswa adalah dialu-alukan untuk memohon sebelum tarikh tutup.
Tarikh Permohonan Bantuan Zakat Pelajar UiTM Cawangan Johor
Untuk makluman, tarikh permohonan bagi permohonan zakat pelajar UiTM cawangan Johor dibuka bermula 3 April 2022 (Ahad) hingga 30 April 2022 (Sabtu).
Baca Juga : Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang MAINPP 2022
Syarat-Syarat Permohonan
Pemohon perlulah menepati syarat-syarat yang telah digariskan seperti berikut :
- Beragama Islam
- Pelajar sepenuh masa Ijazah Sarjana Muda, Diploma atau Pra-Diploma
- Tidak dikenakan sebarang tindakan tatatertib oleh pihak universiti
- Permohonan hanya dibenarkan sekali sahaja untuk setiap semester.
Dokumen Sokongan
Calon juga WAJIB kemukakan dokumen sokongan seperti berikut :
- Salinan kad matrik pelajar
- Pengesahan pendapatan / Slip Gaji
- Slip pengesahan akaun
- Surat perakuan doktor (jika perlu)
- Sijil kematian (jika perlu)
Cara Memohon
Mahasiswa yang berminat boleh lakukan permohonan secara atas talian melalui pautan berikut :
Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!
BANTUAN ZAKAT UiTM CAWANGAN JOHOR 2022
Pelajar juga boleh rujuk pada manual di bawah untuk panduan permohonan :
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Zakat, Sedekah dan Wakaf UiTM Cawangan Johor seperti butiran di bawah :
KAMPUS SEGAMAT
- Ustaz Nazrudin (07-9352090)
- Ustaz Mohd Azhar (07-9352030)
KAMPUS PASIR GUDANG
- Ustazah Azizah (07-3818038)
Website : https://bit.ly/UZSW_UiTMCJ
Facebook page : https://m.facebook.com/uzswuitmjohor
Facebook : https://www.facebook.com/unitzsw.uitmj
Instagram : https://www.instagram.com/uzsw_uitmjohor/