Bantuan Tambang Penerbangan Pelajar IPT MAIDAM

BANTUAN TAMBANG PENERBANGAN PELAJAR IPT MAIDAM KINI DIBUKA!

Yayasan Pendidikan MAIDAM menawarkan Bantuan Tambang Penerbangan kepada pelajar IPT di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda sama ada dalam negara atau luar negara.

Sila rujuk syarat-syarat dan cara permohonan melalui artikel ini.

bantuan tambang penerbangan

Apakah Bantuan Tambang Penerbangan Pelajar IPT MAIDAM?

Objektif program ini adalah untuk membantu para pelajar yang telah tamat pengajian dan ingin pulang ke tanah air tetapi tidak mempunyai wang yang mencukupi dan membiayai kos penerbangan para pelajar yang terlibat dengan program khas tajaan MAIDAM.

* Tertakluk kepada terma dan syarat permohonan bantuan

Syarat Permohonan

Syarat-syarat bantuan adalah seperti berikut

  1. Pemohon adalah rakyat Terengganu yang menetap di negeri Terengganu atau pemastautin tetap di negeri Terengganu tidak kurang 3 tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pelajaran.
  2. Beragama Islam, baligh, berakal dan merdeka.
  3. Permohonan perlu dibuat dan dihantar dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tamat pengajian.
  4. Tahap pengajian yang akan dipertimbangkan hanya Diploma & Ijazah Sarjana Muda sahaja.
  5. Bagi pelajar luar negara, mestilah tidak menerima mana-mana bantuan sama ada pinjaman, elaun, geran tajaan mahupun terlibat dengan program tajaan khas YPM atau seumpamanya dari mana-mana sumber atau badan-badan pembiaya bantuan lain.
  6. Bagi pelajar dalam negara, hanya yang menuntut di negeri Sabah & Sarawak serta tidak mempunyai apa-apa pembiayaan (kecuali persendirian atau pinjaman PTPTN) sahaja yang layak dipertimbangkan.
  7. Pemohon hanya layak dipertimbangkan bantuan sekuranya mengikuti peringkat pengajian tersebut pada kali pertama sahaja.
  8. Tidak melibatkan bidang pengajian yang berkaitan industri hiburan.
  9. Pemohon tidak bekerja dan tidak mempunyai sumber pendapatan sendiri.
  10. Permohonan tidak layak dipertimbangkan sekirnaya terdapat mana-mana ibu dan bapa pemohon tidak menunaikan sepenuhnya zakat kepada MAIDAM jika bekerja di negeri Terengganu.
  11. Pendapatan kasar ibu dan bapa pelajar tidak melebihi RM20,000 sebulan bagi pengahian dalam dan luar negara.

Cara Permohonan Bantuan Tambang Penerbangan Pelajar IPT MAIDAM

Untuk memohon, sila ke pautan berikut: http://yp.maidam.gov.my/iptonline/

Senarai Semak Dokumen

  1. Salinan sijil ijazah asal/ sementara (Syahadah Muaqqatah).
  2. Salinan surat pengesahan tamat belajar dan pengesahan status pembiayaan
    pengajian sepanjang tempoh pengajian.
  3. Salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa/ penjaga dan adik beradik
    dalam tanggungan.
  4. Salinan slip gaji/ akuan pendapatan/ penyata pencen terkini ibu bapa/ Penjaga.
  5. Salinan asal tiket kapal terbang.
  6. Surat pengesahan mastautin terkini bagi pemohon yang kelahiran luar Negeri
    Terengganu dan telah bermastautin di Negeri Terengganu tidak kurang dari tiga
    (3) tahun berturut-turut.
  7. Salinan sijil kematian/ cerai (jika berkaitan).
  8. Slip permohonan.

*Slip permohonan, surat akuan pendapatan dan surat akaun mastautin hendaklah menggunakan borang yang telah di sediakan oleh Yayasan Pendidikan MAIDAM.

**Dokumen tersebut perlu di cetak dan disahkan oleh pihak yang berautoriti di kawasan berkenaan sahaja sama ada Amil Zakat/ Pengerusi Masjid/ JPKK/ Penghulu/ Yang Berhormat (YB)

bantuan tambang penerbangan

Rujuk Manual:

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk saluran berikut:

Yayasan Pendidikan MAIDAM

Lot 9 & 10 Tingkat 1,
Bazar MAIDAM, Jalan Masjid Abidin,
20100 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

Email : [email protected] / [email protected]

No. Tel : 09-6223500 / 096225600

Pelbagai info Yayasan Pendidikan MAIDAM : https://linktr.ee/yayasanpendidikanmaidam

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!