Tawaran Bantuan Tabung Amanah KPYPJ Untuk Pelajar KYPJ Sesi 1/2022

Tawaran Bantuan Tabung Amanah KPYPJ Untuk Pelajar KYPJ Sesi 1/2022 ~ Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi Bantuan Tabung Amanah KPYPJ bagi tahun ini kini dibuka.

Pelajar Kolej Yayasan Pelajaran Johor yang berkelayakan dialu-alukan untuk kemukakan permohonan sebelum tarikh tutup.

Baca Juga : Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran IPT YPJ 2021 (RM500 / RM1000)

Bantuan Tabung Amanah KPYPJ

Tempoh Permohonan

Untuk makluman, permohonan bagi Bantuan Tabung Amanah bagi sesi 1/2022 dibuka dalam tempoh berikut :

10 April hingga 10 Mei 2022

Jenis Bantuan

Jenis bantuan yang ditawarkan kepada pelajar adalah seperti berikut :

  • Sara Diri
  • Keperluan Pengajian / Peralatan
  • Kos Rawatan / Perubatan

Syarat Permohonan

Pelajar yang berminat untuk mohon bantuan ini perlulah menepati syarat-syarat yang telah digariskan seperti berikut :

  • Merupakan pelajar KPYPJ
  • Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM 3,500
  • Pelajar yang telah mendapat tajaan PTPTN hanya layak memohon Bantuan Sara Diri
  • Pelajar yang telah mendapat tajaan YPJ hanya layak memohon Bantuan Keperluan Pengajian/Peralatan.

Cara Memohon

Pelajar yang memenuhi syarat kelayakan boleh lakukan permohonan secara atas talian melalui pautan berikut :

BORANG BANTUAN TABUNG AMANAH KPYPJ

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Kolej Yayasan Pelajaran Johor melalui pautan di bawah :

https://www.v2.kypj.edu.my/

Untuk sebarang pertanyaan mengenai bantuan yang ditawarkan, sila hubungi pegawai bertugas menerusi butiran di bawah :

  • Puan Shuhaida 013 – 724 7409
  • Fiqa 013 – 755 6348

Semoga bantuan ini dapat meringankan beban pelajar KPYPJ dalam menjalani sesi pengajian pada waktu pandemik ini.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!