Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran IPT YPJ 2021 (RM500 / RM1000)

PERMOHONAN SKIM BANTUAN PENDAFTARAN IPT YAYASAN PELAJARAN JOHOR (YPJ) AKAN DIBUKA PADA 15 OGOS 2021 HINGGA 28 OGOS 2021.

Permohonan ini dibuka kepada semua yang layak memohon.

Sila rujuk syarat permohonan dan maklumat lanjut di bawah.

Apakah Skim Bantuan Pendaftaran IPT YPJ?

Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) menyediakan Skim Bantuan Pendaftaran bagi penuntut baharu sebanyak RM500 bagi peringkat diploma dan RM1,000 bagi ijazah sarjana muda.

Kerajaan Johor berharap bantuan menerusi YPJ ini sedikit sebanyak membantu meringankan bebanan kewangan anak-anak Johor yang mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) atau institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang terpilih.

skim bantuan pendaftaran ke ipt ypj

Baca juga: BKC: Tarikh Bayaran Bantuan Khas COVID-19 Mulai Ogos 2021

SYARAT AM PERMOHONAN

  1. Pemohon lahir dan menetap di Negeri Johor
  2. Permohonan terbuka kepada pelajar tahun 1 (semester pertama) Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang melanjutkan pengajian ke IPTA dan IPTS terpilih (Kolej YPJ, EDUCITY & Marsah)
  3. Pemohon telah mendapat surat tawaran dari Institusi Pengajian Tinggi
  4. Tempoh kursus yang diikuti adalah mengambil masa setahun atau lebih;
  5. Pendapatan Ibu DAN bapa / Penjaga tidak melebihi RM 4,000.00 sebulan dan RM 4,001 hingga RM 5,000 sebulan dengan jumlah tanggungan melebihi 5 orang dan ke atas;
  6. Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian;
  7. Pemohon tidak menerima apa-apa bantuan pendaftaran dari agensi-agensi lain.
  8. Permohonan bantuan adalah tertakluk kepada syarat serta kelulusan pengurus besar YPJ

DOKUMEN WAJIB

  1. Slip Pengesahan Permohonan “Skim Bantuan Pendaftaran”
  2. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPTA
  3. Salinan Resit Pembayaran Yuran (bagi yang telah mendaftar)
  4. Salinan Kad Pengenalan Pelajar
  5. Salinan Kad Pengenalan Ibu dan bapa atau Penjaga
  6. Salinan Akaun Bank Islam (M) Berhad tanpa buku (PASSBOOK-LESS ACCOUNT) sahaja (Salinan Resit Pembayaran BIMB Tidak Diterima)
  7. Salinan Sijil Kematian / Penceraian (Jika Berkaitan)
  8. Salinan Penyata Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga (SLIP GAJI/ PENYATA PENDAPATAN)

NOTA:

  • Sekiranya ibubapa/penjaga tidak mempunyai slip gaji (bekerja sendiri) /tidak bekerja (suri rumah/pesara/pencen/ tiada punca pendapatan), adalah WAJIB untuk pemohon melengkapkan Borang Pengesahan Pendapatan. 
  • Kesemua dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh pegawai profesional/ Kategori A/ Ketua Kampung/ Penghulu/Pengerusi JKKK/ yang setaraf dengannya

CARA MENGHANTAR DOKUMEN PERMOHONAN DAN SOKONGAN

  1. Susun dokumen permohonan mengikut senarai semak yang disediakan Masuk kan kesemua dokumen sokongan & permohonan kedalam sampul surat bewarna COKLAT bersaiz A4 dan seterusnya di gam dibahagian belakang dengan kemas.
  2. Tuliskan Jenis Permohonan di PENJURU KANAN ATAS jenis permohonan yang di pohon, sama ada i) PINJAMAN ii) SKIM BANTUAN PENDAFTARAN (SBP)
  3. Masuk ke dalam peti berkunci di pejabat YPJ. (Bagi yang memilih kaedah serahan tangan) Bagi yang memilih kaedah POS, dokumen yang telah dimasuk ke dalam sampul surat tersebut boleh di pos menggunakan kaedah POS yang mempunyai tracking number.
  4. Adalah dimaklumkan bahawa, kesemua borang permohonan yang dihantar ke YPJ ke dalam peti berkunci akan dibiarkan selama 24 jam bagi tujuan sanitasi.

Baca juga: eSPMB YAKIN: Pinjaman Pengajian IPT Yayasan Kelantan 2021 / 2022

Maklumat Lanjut

Peminjam boleh menghantar sebarang pertanyaan berkenaan Permohonan Pinjaman Yayasan Pelajaran Johor 2021 (YPJ 2021) di saluran berikut:

Aplikasi Whatsapp

  • Pertanyaan Am: 013-7597 355 / 013-7791 355
  • Aduan Pelanggan: 013-7411 355
  • Bantuan Pendidikan: 013-7217 355 / 013-7290 355
  • Bayaran Balik Pinjaman: 011-1147 9753 / 011-1148 9753 / 018-8749 753

Emel Rasmi

[email protected]

Klik link : portal.ypj.gov.my/institusi-pengajian-tinggi/ untuk syarat dan dokumen yang diperlukan.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!