Cara Mohon Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Yayasan Negeri Sembilan

Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Negeri Sembilan kini menawarkan Bantuan Sara Hidup Mahasiswa buat pelajar dari negeri tersebut.

Lebih menarik lagi, kadar bantuan juga telah dinaikkan daripada RM 100 sebulan kepada RM 150.

Khabar gembira ini telah diumumkan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun yang menyatakan bahawa masiswa/i bakal menerima bantuan sebanyak RM 1,800 setahun berbanding RM 1,200 sebulan sebelum ini.

Peningkatan jumlah bantuan yang diberikan adalah selaras dengan kenaikan harga barang yang turut menjejas kehidupan seharian mahasiswa/i yang sedang melanjutkan pelajaran di universiti.

Jumlah kenaikan bantuan yang ditawarkan akan diberikan kepada pelajar bermula September 2022.

Baca Juga : Bantuan Awal Pelajar IPT MUIP Untuk Siswa Kelahiran Pahang

Bantuan Sara Hidup Mahasiswa

Syarat Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Yayasan Negeri Sembilan

Pelajar yang berminat untuk memohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • Pemohon mestilah anak kelahiran di Negeri Sembilan (05/59/31) dan alamat menetap pemohon mestilah di Negeri Sembilan sahaja.
  • Sekiranya pemohon tidak lahir di Negeri Sembilan dan telah menetap di Negeri Sembilan lebih dari 8 tahun, pemohon perlu memuat naik sijil tamat berhenti sekolah Darjah 6 dan Tingkatan 5.
  • Pemohon masih belajar sepenuh masa di peringkat pengajian Diploma/Ijazah Sarjana Muda di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Politeknik sahaja.
  • Permohonan bantuan ini hendaklah dibuat bagi pelajar semester 2 ke atas (tahun akhir tidak layak memohon).
  • Pemohon perlulah mempunyai akaun Bank Islam sahaja (lain-lain bank ditolak).
  • Ibu bapa pemohon tergolong dalam kategori kumpulan B40 terkini.
  • Borang pengesahan mestilah dimuat turun menerusi laman web Yayasan Negeri Sembilan dan dokumen sokongan yang perlu disahkan oleh pejabat DUN/wakil (sila rujuk pejabat DUN berdasarkan alamat tempat tinggal pemohon).
  • Borang permohonan dan dokumen sokongan yang telah disahkan oleh pejabat DUN/wakil perlulah dimuat naik di ruangan yang disediakan.

Cara Memohon

Pelajar boleh ikuti langkah-langkah permohonan seperti berikut :

  1. Layari pautan permohonan https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdx4R6KMeFIlme2kkyTkT7qNaH1AJwrcm4nhdn9oV5EDH9ftA/viewform.
  2. Klik butang ‘Next.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Next’ pada setiap akhir paparan.
  4. Muat naik dokumen sokongan.
  5. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Dokumen Sokongan

Pemohon juga perlu memuatnaik dokumen sokongan seperti berikut :

  1. Borang pengesahan Pejabat Dun/Pejabat Penyelaras Dun: https://www.yns.gov.my/v7/images/2022/PDF/surat_akuan_pengeshan_dun_2022.pdf
  2. Borang Akuan Pengesahan Pendapatan: https://www.yns.gov.my/v7/images/2022/PDF/slip_gaji_sah2022.pdf

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Yayasan Negeri Sembilan, sila layari laman web https://www.yns.gov.my/v7/ms

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!