Bantuan Awal Pelajar IPT MUIP Untuk Siswa Kelahiran Pahang

Bantuan Awal Pelajar IPT MUIP

Sukacita dimaklumkan bahawa siswa kelahiran Pahang kini berpeluang untuk memohon Bantuan Awal Pelajar IPT MUIP.

Inisiatif yang diwujudkan oleh Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) mengalu-alukan pelajar yang berkelayakan untuk memohon.

Bantuan ini ditawarkan buat pelajar dalam pelbagai peringkat pengajian iaiti Sijil Asasi / Matrikulasi, Diplima, Sarjana Muda, Sarjana Muda (PJJ), Sarjana (Master) dan Kedoktoran (PhD).

Bantuan ini diberikan sekali sahaja kepada siswa kelahiran negeri Pahang yang baru melanjutkan pelajaran di dalam atau luar negara dalam salah satu peringkat pengajian seperti yang dinyatakan.

Baca Juga : Tawaran Biasiswa Innovalues 2022 & Jaminan Pekerjaan

Kadar Bantuan Awal Pelajar IPT MUIP

Kadar bantuan yang ditawarkan adalah berbeza mengikut peringkat pengajian seperti di bawah :

  • Sijil Asasi / Matrikulasi (Semua Bidang/ Sepenuh Masa) : RM 500
  • Diploma (Semua Bidang/ Sepenuh Masa)  : RM 700
  • Ijazah Sarjana Muda (Semua Bidang/ Sepenuh Masa) : RM 1,200
  • Ijazah Sarjana Muda (PJJ) (Semua Bidang) : RM 1,500.00
  • Ijazah Sarjana (Master) (Semua Bidang): RM 1,5000
  • Kedoktoran (PhD) bagi bidang selain Pengajian Islam : RM 3,000
  • Kedoktoran (PhD) bagi bidang Pengajian Islam : RM 5,000
Bantuan Awal Pelajar IPT MUIP

Syarat-Syarat Permohonan

Calon yang berminat untuk memohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • Pelajar beragama Islam
  • Pemohon bermastautin di negeri Pahang,
  • Permohonan dilakukan setelah mendapat tawaran pengajian daripada IPT.
  • Permohonan hanya boleh dilakukan sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian bagi setiap peringkat pengajian.
  • Pemohon perlu kemukakan slip bayaran / bukti pendaftaran kemasukan ke IPT.

Cara Memohon

Pelajar boleh lakukan permohonan secara online melalui pautan : https://zakat4pengajian.muip.gov.my/appZ4P/

Pengguna baharu perlulah mendaftar sebelum mulakan permohonan.

Pemohon diingatkan supaya memasukkan nombor akaun bank dan nombor telefon yang aktif bagi memudahkan urusan pihak pentadbiran MUIP untuk membuat bayaran dan menghubungi pemohon.

Untuk makluman, permohonan dibuka sepanjang tahun.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Bantuan Awal IPT MUIP sila hubungi bahagian Dermasiswa Pelajaran/Tambang Belajar/ Bantuan Awal ke IPT di talian 09-422 1311 ext 1002/1003/1016 atau hantarkan emel ke alamat [email protected].

Anda juga boleh ikuti laman Facebook rasmi Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang untuk ketahui perkembangan terkini.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!