Semakan Bantuan PERMAI RM500 Untuk Pemandu Teksi, Bas & e-Hailing

Bantuan PERMAI RM500 untuk Pemandu Teksi, Kereta Sewa, Bas Persiaran, Bas Sekolah dan e-Hailing akan diberikan secara ‘one off’ di bawah pakej bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) dengan peruntukan RM15 bilion sepertimana yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 18 Januari 2021 lalu.

Ini adalah sebahagian daripada 22 inisiatif PERMAI yang diperkenalkan untuk melindungi ekonomi dan kesejahteraan rakyat semasa berlakunya wabak COVID-19.

Untuk mempercepatkan proses pembayaran, pemandu yang telah menerima bantuan PRIHATIN 2020 sebelum ini akan dikecualikan daripada melalui proses permohonan bagi menerima bantuan PERMAI 2021 dan hanya saringan lesen sahaja yang perlu dibuat.

Baca juga: GKP PERMAI: Semakan Bayaran GKP Tambahan RM1,000 (Mac 2021)

Bantuan PERMAI RM500 Untuk Pemandu Teksi, Bas & e-Hailing

PENERIMA PRIHATIN 2020 LAYAK MENDAPATKAN BANTUAN TUNAI ‘ONE OFF’ RM500 BAWAH PAKEJ PERMAI TANPA MELALUI SARINGAN KRITERIA KELAYAKAN

Bantuan tunai PERMAI ini akan memanfaatkan kepada 118,000 pemandu yang telah diluluskan dan mereka yang masih belum membuat permohonan.

bantuan permai teksi

Pemandu teksi dan kereta sewa

Semua pemandu teksi dan kereta sewa yang telah menepati syarat kelayakan bantuan PRIHATIN sebelum ini diberi kelulusan secara automatik tanpa melalui saringan kriteria kelayakan sekali lagi untuk menerima bantuan PERMAI.

Pemandu bas persiaran

Semua pemandu bas persiaran yang telah menepati syarat kelayakan bantuan PRIHATIN sebelum ini tidak perlu disaring untuk caruman PERKESO sekali lagi dan hanya saringan lesen memandu yang sah sahaja akan dibuat.

Pemandu bas sekolah

Semua pemandu bas sekolah yang telah menepati syarat kelayakan bantuan PRIHATIN sebelum ini tidak perlu didaftarkan semula oleh syarikat masing-masing dan hanya saringan lesen vokasional, PSV yang sah sahaja akan dibuat.

Pemandu e-hailing

Syarat pendapatan minima RM1,200 untuk pemandu e-hailing bagi mendapatkan bantuan PRIHATIN sebelum ini dikurangkan kepada minima RM700 di bawah PERMAI untuk bulan Oktober 2020, November 2020 atau Disember 2020.

Kementerian Pengangkutan Malaysia menggesa kepada semua pemohon baharu supaya memberikan maklumat yang tepat dan terkini kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sesuai dengan kriteria yang ditetapkan untuk memastikan pemprosesan dan pengagihan bantuan tunai mereka tidak lagi tertangguh.

Cara Semakan

Untuk membuat permohonan dan semakan status, sila ikuti langkah berikut:

  1. Layari Agensi Pengangkutan Awam Darat di pautan http://permai2021.apad.gov.my/
  2. Tekan menu Kategori Permohonan
  3. Klik kategori
    • Teksi
    • Bas Persiaran
    • Bas Sekolah
    • e-Hailing
  4. Semak kriteria kelayakan dan klik butang SETUJU
  5. Sila masukkan nombor MyKad tanpa sengkang
  6. Tekan butang Semak / Daftar
  7. Teruskan dengan mengisi maklumat yang diperlukan.
  8. Tekan butang simpan setelah selesai.

Maklumat Lanjut

Pejabat APAD

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD),
Aras G, M dan 20 Menara Tun Ismail Mohamed Ali,
No. 25 Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur
03 – 2603 6600

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!