Bantuan Pendidikan MUIS Untuk Pelajar Negeri Sabah

Sukacita dimaklumkan bahawa tawaran Bantuan Pendidikan MUIS untuk pelajar Sabah kini dibuka bagi yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi dalam negara.

Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) kini membuka permohonan bagi membantu pembiayaan pelajar dalam pembelian tiket penerbangan sehala serta yuran pendaftaran awal.

Peringkat Pengajian Yang Layak Memohon

Peringkat pengajian yang layak untuk menerima bantuan adalah :

  • Sijil
  • Asasi
  • Diploma
  • Ijazah Sarjana Muda

Baca Juga : Bantuan Am Persekolahan MAIWP Untuk Pelajar Tingkatan 6

Bantuan Pendidikan MUIS

Syarat Umum Bantuan Pendidikan MUIS

Pelajar yang berminat untuk memohon perlulah memenuhi syarat umum seperti berikut :

  1. Pelajar merupakan penduduk asal Negeri Sabah.
  2. Pelajar merupakan warganegara Malaysia atau bermastautin tetap.
  3. Pelajar tidak mendapat sebarang bantuan atau mendapat bantuan tetapi tidak mencukupi.

Cara Memohon

Pemohon boleh lakukan permohonan bantuan ini boleh dibuat menerusi langkah berikut:

  1. Layari laman web https://appszakat.sabah.gov.my/index.php.
  2. Klik bahagian Log Masuk.
  3. Klik bahagian ‘Daftar Sekarang.’
  4. Masukkan no kad pengenalan dan klik butang ‘Pengesahan.’
  5. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
  6. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  7. Buat pendaftaran sehingga tamat.
  8. Hantar dokumen yang diperlukan ke alamat email [email protected].

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Bantuan Pendidikan MUIS, sila hubungi 088-279 206/179.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!