Bantuan Am Persekolahan MAIWP 2026: Syarat & Cara Memohon

bantuan am persekolahan maiwp
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah membuka permohonan bagi memohon Bantuan Am Persekolahan MAIWP untuk tahun 2026 dan borang permohonan boleh diperoleh menerusi laman web https://www.maiwp.gov.my/.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai bantuan ini.

Mengenai Bantuan Am Persekolahan MAIWP

Bantuan ini diwujudkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ini untuk meringankan beban persekolahan dan memastikan anak-anak asnaf terus melangkah ke sekolah dengan yakin dan sempurna.

Ini kerana, bagi permulaan sesi persekolahan dibuka, ibu bapa yang dalam kategori asnaf sukar untuk menyediakan bantuan persekolahan kepada anak mereka akibat wujudnya kekangan kewangan.

Oleh yang demikian, MAIWP mewujudkan bantuan am ini bagi memastikan ibu bapa dalam kalangan asnaf dapat membuat persiapan persekolahan yang sebaiknya untuk anak mereka.

Tarikh Permohonan

Permohonan dibuka mulai 21 Januari 2026 dan akan ditutup pada 20 Februari 2026 (Jumaat).

Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

Syarat Permohonan

Pemohon perlulah menepati syarat-syarat permohonan seperti berikut :

  1. Islam.
  2. Warganegara Malaysia.
  3. Bermastautin dan masih menetap di Wilayah Persekutuan tidak kurang daripada 1 tahun.
  4. Tidak mendapat sebarang tajaan atau biasiswa daripada mana-mana pihak.
  5. Tertakluk kepada pengiraan had kifayah yang ditetapkan.

Cara Memohon

Permohonan bantuan ini boleh dibuat menerusi cara berikut:

i- Sekolah di Wilayah Persekutuan

  • Bagi pelajar yang bersekolah di Wilayah Persekutuan, borang permohonan boleh didapati melalui guru penghubung yang dilantik oleh MAIWP di sekolah masing-masing.
  • Borang yang telah siap diisi perlu dikembalikan semula kepada guru penghubung.
  • Guru penghubung akan menyerahkan borang kepada MAIWP setelah maklumat disahkan

ii- Sekolah di Luar Wilayah Persekutuan

  • Bagi pelajar yang bersekolah di luar Wilayah Persekutuan dan tidak menerima bantuan ini pada tahun 2025, borang boleh muat turun melalui laman https://www.maiwp.gov.my/.
  • Bagi pelajar yang menerima bantuan ini pada tahun 2025, pelajar perlu membuat penyambungan iaitu dengan mengisi Borang Pengesahan Bersekolah yang boleh didapati melalui laman web https://www.maiwp.gov.my/.
  • Selain di laman web, borang-borang ini juga boleh diambil di:
    – Kaunter Agihan Zakat, Aras 3, Bangunan Daruzzakah, No.55, Jalan Haji Hussein 2, 50300 Kuala Lumpur
    – Pusat Agihan Zakat (PAZA).
    – MAIWP Cawangan Putrajaya, (iv) MAIWP Cawangan Labuan.
  • Borang yang telah diisi hendaklah dikemukakan ke mana-mana lokasi di atas.

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan Bantuan Am Persekolahan MAIWP?

Bantuan am ini ialah bantuan yang disediakan oleh MAIWP bagi ibu bapa dalam kategori asnaf untuk melakukan persediaan persekolahan anak mereka.

Bilakah tarikh tutup permohonan bantuan am ini?

Tarikh tutup permohonan adalah pada 20 Februari 2026 (Jumaat).

Jika saya tidak menetap di Wilayah Persekutuan, adakah saya boleh memohon?

Pemohon mestilah masih menetap di Wilayah Persekutuan tidak kurang daripada 1 tahun.

Dimanakah saya boleh mendapatkan borang permohonan?

Borang permohonan boleh dimuat turun menerusi laman web MAIWP di pautan https://www.maiwp.gov.my/.

Jika anak saya bersekolah di Wilayah Persekutuan, adakah saya perlu mendapatkan borang permohonan melalui guru penghubung yang dilantik oleh MAIWP di sekolah?

Ya. Bagi sekolah di Wilayah Persekutuan, borang permohonan boleh didapati menerusi guru penghubung yang dilantik oleh MAIWP di sekolah.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan boleh berhubung seperti yang berikut:

  • Unit Pendidikan (Sekolah), Bahagian Agihan Zakat: 03-2639 9000
  • MAIWP Cawangan WP Putrajaya: 03-8871 5000
  • MAIWP Cawangan WP Labuan: 08-7418 515/512

Baca juga: Permohonan Bantuan Am Persekolahan MAINS 2026

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut