Bantuan Mahasiswa Anak Perak 2026 – Dibuka Mulai 2 Mac 2026

Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Bantuan Mahasiswa Anak Perak 2026 dibuka untuk permohonan bermula 2 Mac 2026 (Isnin). Terdapat tiga jenis bantuan yang boleh dipohon oleh pelajar mahasiswa Perak iaitu Bantuan Sara Diri, Bantuan Kecemasan Mahasiswa dan Bantuan Baucar Buku. Permohonan bantuan ini boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia & Sukan (e-HeYNS) di https://eheyns.com.my/

Permohonan Bantuan Sara Diri dan Baucar Buku dibuka mulai 2 Mac 2026 hingga 30 April 2026, manakala Bantuan Kecemasan Mahasiswa dibuka mulai 2 Mac 2026 hingga 31 Oktober 2026.

Berikut dikongsikan cara memohon Bantuan Mahasiswa Anak Perak 2026 dan syarat kelayakan mengikut jenis bantuan yang ditawarkan.

Ringkasan Bantuan Mahasiswa Anak Perak 2026

PerkaraBantuan Baucar BukuBantuan Sara DiriBantuan Kecemasan
Kadar BantuanRM150 (Sekali beri)Diploma: RM500
Ijazah Sarjana Muda: RM700
Sarjana (Master): RM800
Doktor Falsafah (PhD): RM1,000
Sehingga RM5,000
Tarikh Buka2 Mac 20262 Mac 20262 Mac 2026
Tarikh Tutup30 April 202630 April 202630 Oktober 2026
Kuota PelajarHad 5,000 orang terawalMengikut peruntukanMengikut merit kes
Status PengajianSepenuh Masa sahajaSepenuh Masa sahajaSepenuh Masa sahaja
Peringkat LayakDiploma & IjazahDiploma, Ijazah, Master, PhDSemua peringkat
Cara PermohonanMelalui laman web https://eheyns.com.my/Melalui laman web https://eheyns.com.my/Melalui laman web https://eheyns.com.my/

Apa Itu Bantuan Mahasiswa Anak Perak 2026?

Bantuan Mahasiswa Anak Perak 2026 adalah inisiatif bantuan kewangan khas daripada Kerajaan Negeri Perak untuk meringankan beban kos sara hidup dan menyokong keperluan akademik mahasiswa anak jati Perak.

Kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM4.75 juta keseluruhannya bagi memastikan kebajikan pelajar di peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana (Master), dan PhD terjaga.

Bantuan ini terdiri daripada tiga kategori utama yang boleh dipohon melalui portal e-HeYNS:

  1. Bantuan Sara Diri Mahasiswa Anak Perak.
  2. Bantuan Kecemasan Mahasiswa.
  3. Bantuan Baucar Buku.

Sebanyak RM4 juta diperuntukkan untuk Bantuan Sara Diri dan Bantuan Kecemasan Mahasiswa bagi membantu pelajar Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah meneruskan pengajian tanpa tekanan kos sara hidup.

Kadar Bantuan Sara Diri ialah RM500 (Diploma), RM700 (Ijazah), RM800 (Sarjana) dan RM1,000 (PhD), tertakluk kepada syarat kelayakan.

Bantuan Kecemasan Mahasiswa pula disediakan bagi pelajar yang berdepan situasi luar jangka seperti kemalangan, masalah kesihatan atau musibah lain.

Bantuan ini diberikan berdasarkan merit kes dengan kadar maksimum sehingga RM5,000 dan tertakluk kepada pertimbangan Jawatankuasa Kelulusan.

Bagi menyokong keperluan akademik, sebanyak RM0.75 juta diperuntukkan untuk Bantuan Baucar Buku bernilai RM150 seorang yang memanfaatkan 5,000 mahasiswa.

bantuan mahasiswa anak perak 2026 eheyns

3 Jenis Bantuan Mahasiswa Anak Perak 2026

Bantuan Mahasiswa Anak Perak 2026 merangkumi tiga jenis bantuan utama yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Perak untuk menyokong kebajikan mahasiswa anak negeri.

Tiga jenis bantuan tersebut adalah seperti berikut:

1. Bantuan Sara Diri (RM500 – RM1,000)

Bantuan ini memberikan sokongan kewangan one-off kepada pelajar Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan PhD.

Ia bertujuan meringankan kos sara hidup harian seperti penginapan, makanan dan pengangkutan bagi memastikan mahasiswa dapat menumpukan perhatian kepada pengajian.

Bantuan diberikan secara one-off setahun sekali mengikut peringkat pengajian:

  • Diploma: RM500
  • Ijazah Sarjana Muda: RM700
  • Sarjana (Master): RM800
  • Doktor Falsafah (PhD): RM1,000

Rujuk: https://eheyns.com.my/bantuan-sara-diri/

2. Bantuan Kecemasan Mahasiswa (Hingga RM5,000)

Bantuan Kecemasan Mahasiswa Perak adalah khas untuk pelajar yang ditimpa musibah luar jangka seperti kemalangan, masalah kesihatan serius, atau bencana.

  • Kadar bantuan ditentukan berdasarkan merit kes dengan had maksimum RM5,000.
  • Disediakan untuk pelajar yang berdepan situasi luar jangka seperti kemalangan, masalah kesihatan serius atau musibah keluarga.

Rujuk: https://eheyns.com.my/bantuan-kecemasan/

3. Bantuan Baucar Buku (RM150)

Bantuan Baucur Buku Mahasiswa Perak ini adalah untuk pembelian buku rujukan dan bahan akademik.

  • Nilai: RM150 seorang.
  • Sasaran: Diperuntukkan kepada 5,000 mahasiswa yang layak untuk membantu pembelian buku dan peralatan akademik.

Rujuk: https://eheyns.com.my/bantuan-baucar-buku/

Syarat Kelayakan & Cara Mohon Bantuan Mahasiswa Anak Perak 2026

Syarat kelayakan dan cara mohon Bantuan Mahasiswa Anak Perak 2026 berbeza mengikut jenis bantuan. Pastikan anda menyemak kriteria spesifik bagi setiap bantuan.

Berikut adalah panduan lengkap mengenai Syarat Kelayakan dan Cara Mohon bagi setiap kategori Bantuan Mahasiswa Anak Perak untuk tahun 2026:

1. BANTUAN SARA DIRI 2026

  • Bantuan tunai one-off (sekali setahun) untuk meringankan kos harian di kampus.
  • DIBUKA 2 MAC – 30 APRIL 2026
bantuan mahasiswa anak perak 2026 eheyns

Syarat-Syarat Kelayakan Penerima Bantuan Sara Diri Mahasiswa Perak
  1. Anak kelahiran Negeri Perak seperti berikut:-
    • Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak; atau
    • Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun. [Surat pengesahan bermastautin daripada Penghulu atau Ketua Kampung]; atau
    • Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun. [Surat pengesahan bermastautin daripada Penghulu atau Ketua Kampung]
  2. Sedang melanjutkan pengajian sepenuh masa dalam semester kedua dan ke atas peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
  3. Pengajian Jarak Jauh (PJJ) dan Diploma Pendidikn Lepasan Ijazah (DPLI) tidak layak untuk memohon bantuan ini.
  4. Pelajar di peringkat Pra-Universiti dan daripada Institusi Pendidikan Guru (IPG) tidak layak untuk memohon bantuan ini.
    • Pelajar yang menerima elaun bulanan pengajian tidak layak menerima bantuan ini
  5. Semua permohonan perlu mendapat sokongan / pengesahan penghulu / ketua kampung / wakil rakyat / pegawai kerajaan kelas A / Pegawai HEP IPT.
  6. Isirumah [Ibu dan bapa / penjaga/ pemohon/ pasangan] keluarga berpendapatan di bawah RM5,000 kebawah (gaji pokok). Bagi pemohon yang telah bekerja / berkahwin, sila lampirkan salinan pendapatan sendiri / pasangan.
  7. Kelayakan kepada mahasiswa yang memperoleh PNG 3.0 dan ke atas.
    • Bagi pemohon dari IPT Timur Tengah yang menggunakan sistem gred penilaian Bahasa Arab, mestilah mendapatkan pengesahan daripada Kedutaan Besar Majlis Kaherah [KBMK]
    • Keputusan latihan industri tidak akan diterima
  8. Pemberian setahun sekali sahaja bagi setiap pelajar mengikut peringkat pengajian.
Dokumen Diperlukan
  1. BORANG PERAKUAN: Borang perakuan ini boleh dimuat turun di laman web EHEYNS dan wajib disertakan bersama-sama dokumen yang diperlukan.
  2. Salinan KAD PENGENALAN [Mykad] pelajar, ibu dan bapa atau penjaga yang lahir di Perak.
  3. Salinan KAD PELAJAR.
  4. Salinan PENYATA AKAUN bank pelajar yang terkini
  5. Salinan SURAT PENGESAHAN BERMASTAUTIN / SURAT KEMATIAN dan SURAT BERCERAI (jika berkaitan).
  6. SALINAN TRANSKRIP KEPUTUSAN PEPERIKSAAN bagi semester terkini. Bagi pelajar Ijazah Sarjana (Master) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam mod penyelidikan, sila lampirkan surat pengesahan sedang belajar dari institut pengajian. Sila dapatkan Pengesahan sedang belajar daripada HEP IPT berkenaan.
  7. PENYATA PENDAPATAN / SLIP GAJI [isirumah] bapa & ibu / penjaga bagi TAHUN SEMASA SAHAJA. Sekiranya pesara, sila kepilkan SALINAN PENYATA PENCEN BULANAN atau jika bekerja sendiri / tidak bekerja, sila dapatkan PENGESAHAN PENDAPATAN / PENGESAHAN TIDAK BEKERJA.
  8. Dokumen permohonan mestilah dimuat naik di dalam format PDF.
  9. Pemohon hendaklah memastikan bahawa semua butiran yang diisi adalah benar dan disahkan. Sebarang maklumat palsu atau mengelirukan, permohonan akan ditolak atau dibatalkan
  10. Dokumen-dokumen berikut berikut WAJIB DIHANTAR ke pejabat pengerusi jawatankuasa Pendidikan, pengajian tinggi, belia dan sukan negeri perak melalui pos / serahan kaunter selepas membuat permohonan secara atas talian.
  11. Jika dokumen yang dihantar melalui pos atau secara serahan ke pejabat tidak lengkap, pihak pengurusan berhak untuk menolak permohonan tersebut.
  12. Semua dokumen perlu disahkan oleh penghulu / ketua kampung / wakil rakyat / pegawai kerajaan kelas a / pegawai hal ehwal pelajar (HEP) IPT.
Langkah-langkah Permohonan
  1. Muat turun borang Akuan Pengesahan Mahasiswa dan menyediakan dokumen yang diperlukan.
  2. Mendapatkan cop pengesahan daripada Penghulu / Ketua Kampung / Wakil  Rakyat / Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 / Gred 3, Kumpulan A ke atas) / Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) IPT di borang Akuan Pengesahan Mahasiswa dan kesemua dokumen lampiran. 
  3. Membuat permohonan secara atas talian di laman web EHEYNS dan muat naik bersama dokumen yang telah disahkan.
  4. Semua dokumen lampiran yang telah dimuat naik perlu dihantar secara serahan kaunter atau pos ke pejabat: Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan, Aras 1, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak.

2. BANTUAN KECEMASAN MAHASISWA PERAK

  • Bantuan khas mahasiswa ditimpa bencana atau musibah bagi meringankan beban yang ditanggung.
  • DIBUKA 2 MAC – 31 OKTOBER 2026
bantuan mahasiswa anak perak 2026 eheyns
Syarat-Syarat Kelayakan Penerima Bantuan Kecemasan Mahasiswa Perak
  1. Anak kelahiran Negeri Perak (Warga Negara Malaysia) seperti berikut:-
    • Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak; atau
    • Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun. (Surat pengesahan bermastautin daripada Penghulu atau Ketua Kampung)atau
    • Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun. (Surat pengesahan bermastautin daripada Penghulu atau Ketua Kampung)
  2. Sedang melanjutkan pengajian sepenuh masa dalam peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
  3. Pengajian Jarak Jauh (PJJ) daripada setiap IPT tidak layak untuk memohon bantuan ini.
  4. Menghantar bukti pengesahan kejadian dalam bentuk laporan Polis / laporan perubatan atau Pengesahan oleh Agensi Kerajaan yang diberi kuasa seperti polis / doktor / bomba dalam tempoh 2 minggu (14 hari) dari tarikh berlakunya kejadian).
  5. Kadar bantuan yang diberikan adalah tidak melebihi RM5,000 dan jumlah pemberian akan bergantung kepada kes-kes kecemasan.
Dokumen Diperlukan
  1. Borang Perakuan: Borang perakuan ini boleh dimuat turun di laman web EHEYNS dan wajib disertakan bersama-sama dokumen yang diperlukan 
  2. Salinan KAD PENGENALAN (Mykad) pelajar, ibu dan bapa atau penjaga yang lahir di Perak. 
  3. Salinan KAD PELAJAR
  4. Salinan PENYATA AKAUN bank pelajar.
  5. Salinan Surat Pengesahan Bermastautin / SuratKematian dan Surat Bercerai (jika berkaitan).
  6. Salinan Transkrip Keputusan Peperiksaan terkini / Pengesahan sedang belajar
    daripada HEP IPT berkenaan.
  7. PENYATA PENDAPATAN / SLIP GAJI (isi rumah) bapa & ibu / penjaga. Sekiranya pesara, sila kepilkan salinan penyata pencen bulanan atau jika bekerja sendiri / tidak bekerja, sila dapatkan pengesahan pendapatan / pengesahan tidak bekerja.
    • Bukti pengesahan kejadian dalam bentuk Laporan Polis, Laporan Perubatan atau Pengesahan oleh Agensi Kerajaan yang diberi kuasa seperti Doktor / Polis / Bomba.

NOTA:

  • *Dokumen permohonan mestilah dimuat naik di dalam format PDF.
  • *Semua dokumen perlu disahkan oleh Penghulu / Ketua Kampung / Wakil Rakyat / Pegawai Kerajaan Kelas A / Pegawai Hal Ehwal Pelajar [HEP] IPT.
Langkah-langkah Permohonan
  1. Muat turun borang Akuan Pengesahan Mahasiswa dan menyediakan dokumen yang diperlukan.
  2. Mendapatkan cop pengesahan daripada Penghulu / Ketua Kampung / Wakil  Rakyat / Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 / Gred 3, Kumpulan A ke atas) / Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) IPT di borang Akuan Pengesahan Mahasiswa dan kesemua dokumen lampiran. 
  3. Membuat permohonan secara atas talian di laman web EHEYNS dan muat naik bersama dokumen yang telah disahkan.
  4. Semua dokumen lampiran yang telah dimuat naik perlu dihantar secara serahan kaunter atau pos ke pejabat: Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan, Aras 1, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak.

3. BANTUAN BAUCAR BUKU MAHASISWA PERAK

  • Bantuan khusus untuk pembelian buku rujukan dan peralatan akademik.
  • DIBUKA 2 MAC – 30 APRIL 2026

bantuan mahasiswa anak perak 2026 eheyns

Syarat-Syarat Kelayakan Penerima Bantuan Baucar Buku Mahasiswa Perak
  1. Anak kelahiran Perak (Warganegara Malaysia), atau bermastautin di Perak selama 10 tahun atau lebih.
  2. Mod pengajian terbuka kepada pelajar sepenuh masa atau separuh masa.
  3. Pelajar IPT yang sedang mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta, Politeknik, atau institusi yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), termasuk kursus profesional pada peringkat Diploma dan ke atas.
  4. Peringkat pengajian tergolong dari peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD).
  5. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM7,500 sebulan berdasarkan gaji pokok.
  6. Status pelajar perlulah aktif iaitu sedang mengikuti pengajian dan tidak dalam status tangguh, gantung, berhenti atau tarik diri.
Dokumen Diperlukan
  1. BORANG PERAKUAN DAN SENARAI SEMAK: Borang perakuan dan Senarai Semak ini boleh dimuat turun di laman web EHYENS dan wajib disertakan bersama-sama dokumen yang diperlukan.
  2. Salinan KAD PENGENALAN (Mykad) pelajar, ibu dan bapa / penjaga / pasangan yang lahir di Perak.
  3. Salinan SURAT TAWARAN BELAJAR
    Pengajian peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD).
  4. Salinan SURAT PENGESAHAN BERMASTAUTIN (UNTUK PEMOHON BUKAN ANAK NEGERI PERAK) / SURAT KEMATIAN DAN SURAT BERCERAI (jika berkaitan).
  5. PENYATA PENDAPATAN (isirumah) bapa & ibu / penjaga / pemohon / pasangan. Sekiranya pesara, sila kepilkan salinan penyata pencen bulanan atau jika bekerja sendiri / tidak bekerja (termasuk suri rumah), sila dapatkan pengesahan pendapatan / pengesahan tidak bekerja. Penerimaan penyata pendapatan hanya bagi tahun semasa sahaja.
    • Dokumen permohonan mestilah dimuat naik di dalam format PDF semasa membuat permohonan secara atas talian.
    • Semua dokumen perlu disahkan oleh PENGHULU / KETUA KAMPUNG / WAKIL RAKYAT / PEGAWAI KERAJAAN KELAS A (GRED 41 KE ATAS) / PEGAWAI HAL EHWAL PELAJAR (HEP) IPT.

NOTA:

  • Dokumen-dokumen berikut berikut WAJIB DIHANTAR ke pejabat Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia Dan Sukan Negeri Perak melalui pos / serahan kaunter selepas membuat permohonan secara atas talian.
  • Jika dokumen yang dihantar melalui pos atau secara serahan ke pejabat tidak lengkap, pihak pengurusan berhak untuk menolak permohonan tersebut.
Langkah-langkah Permohonan
  1. Muat turun borang Akuan Pengesahan Mahasiswa dan menyediakan dokumen yang diperlukan.
  2. Mendapatkan cop pengesahan daripada Penghulu / Ketua Kampung / Wakil Rakyat / Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 / Gred 3, Kumpulan A ke atas) / Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) IPT di borang Akuan Pengesahan Mahasiswa dan kesemua dokumen lampiran.
  3. Membuat permohonan secara atas talian di laman web EHEYNS dan muat naik bersama dokumen yang telah disahkan.
  4. Semua dokumen lampiran yang telah dimuat naik perlu dihantar secara serahan kaunter atau pos ke pejabat Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan, Aras 1, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak.

Borang Akuan Pengesahan Mahasiswa

MUAT TURUN BORANG AKUAN PENGESAHAN MAHASISWA (PDF) DI BAWAH:

Kadar Bantuan Mengikut Kategori

Berikut adalah ringkasan Kadar Bantuan Mahasiswa Anak Perak yang dibahagikan mengikut kategori pengajian dan jenis bantuan:

Kategori BantuanPeringkat Pengajian / Jenis KesKadar Bantuan (RM)
Bantuan Sara DiriDiplomaRM 500
Ijazah Sarjana MudaRM 700
Sarjana (Master)RM 800
Doktor Falsafah (PhD)RM 1,000
Bantuan Baucar BukuTerbuka (Diploma & Ijazah)RM 150
Bantuan KecemasanKes Kemalangan / Kesihatan / MusibahSehingga RM 5,000*

Tarikh Permohonan Ditutup

Tarikh permohonan Bantuan Mahasiswa Anak Perak 2026 dibuka mulai 2 Mac 2026 bagi ketiga-tiga jenis bantuan, tetapi tempoh penutupan berbeza mengikut kategori.

Bantuan Sara Diri & Baucar Buku

  • Dibuka: 2 Mac 2026
  • Ditutup: 30 April 2026

Bantuan Kecemasan Mahasiswa

  • Dibuka: 2 Mac 2026
  • Ditutup: 31 Oktober 2026
  • Tempoh lebih panjang kerana bantuan ini memerlukan pertimbangan kes individu (maksimum RM5,000) yang boleh berlaku sepanjang tahun pengajian.

Semua permohonan dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi www.eheyns.com.my sahaja. Pastikan memohon sebelum tarikh tutup bagi mengelakkan permohonan ditolak.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Bantuan Mahasiswa Perak 2026, sila rujuk:

  1. Portal rasmi Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia & Sukan (e-HeYNS)
  2. Facebook Yayasan Perak
  3. Talian: 05-2538600 / 05-2545921
  4. Email: [email protected] / [email protected]
  5. Alamat: Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia & Sukan Negeri Perak, Aras 1, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak

Soalan Lazim Bantuan Mahasiswa Anak Perak 2026

Siapa yang layak memohon Bantuan Mahasiswa Anak Perak?

Warganegara Malaysia yang anak Perak (lahir di Perak atau bermastautin >10 tahun), pelajar sepenuh masa di IPT awam/swasta diiktiraf JPA/MQA dan beberapa syarat khusus lain mengikut kategori bantuan.

Bolehkah mohon lebih daripada satu jenis bantuan?

Ya, boleh mohon Bantuan Sara Diri dan Baucar Buku sekali gus, tetapi Bantuan Kecemasan memerlukan keadaan luar jangka berasingan.

Di mana dan bila tempoh permohonan?

Permohonan Bantuan Mahasiswa Anak Perak boleh dilakukan secara dalam talian melalui www.eheyns.com.my.

Tempoh permohonan:
– Bantuan Sara Diri & Baucar Buku (2 Mac – 30 Apr 2026)
– Bantuan Kecemasan (2 Mac – 31 Okt 2026).

Berapakah had pendapatan isi rumah untuk layak memohon?

Pendapatan isi rumah (gaji pokok ibu dan bapa) mestilah tidak melebihi RM7,500 sebulan.

Adakah pelajar di semester pertama layak memohon?

Bagi Bantuan Sara Diri, keutamaan diberikan kepada mahasiswa yang berada di semester kedua dan ke atas. Walau bagaimanapun, bagi Bantuan Baucar Buku, pelajar semester pertama juga layak memohon selagi memenuhi syarat lain.

Saya lahir di luar Perak, tetapi menetap lama di Perak. Boleh mohon?

Boleh, dengan syarat anda menyertakan Surat Pengesahan Bermastautin yang disahkan oleh Penghulu atau Ketua Kampung yang menyatakan anda telah menetap di Perak melebihi 10 tahun.

Apakah dokumen wajib yang perlu saya sediakan?

Semua dokumen berikut mestilah dalam format PDF dan telah DISAHKAN:
– Salinan MyKad (Pelajar, Ibu & Bapa).
– Salinan Kad Pelajar & Surat Tawaran Belajar.
– Slip Keputusan Peperiksaan terkini (PNGK/GPA 3.0 ke atas).
– Penyata Pendapatan/Slip Gaji Ibu Bapa (atau Surat Pengesahan Pendapatan).
– Penyata Akaun Bank pelajar (pastikan akaun aktif).

Di mana boleh mengesahkan dokumen permohonan?

Dokumen boleh disahkan oleh:
– Penghulu / Ketua Kampung.
– Wakil Rakyat (ADUN/Ahli Parlimen).
– Pegawai Kerajaan Kumpulan A (Gred 41 ke atas).
– Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) di IPT masing-masing.

Bagaimanakah cara untuk menyemak status permohonan?

Status permohonan boleh disemak secara dalam talian melalui portal e-HeYNS menggunakan log masuk akaun yang telah didaftarkan.

Bolehkah saya memohon ketiga-tiga jenis bantuan serentak?

Ya, anda boleh memohon ketiga-tiganya (Sara Diri, Baucar Buku, dan Kecemasan) sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan bagi setiap kategori tersebut.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut