Bantuan Komputer Riba Yayasan Negeri Sembilan 2022

Sukacita dimaklumkan permohonan bagi Bantuan Komputer Riba Yayasan Negeri Sembilan bagi tahun 2022 kini dibuka.

Bantuan ini menyasarkan siswa/i daripada golongan B40 dan juga asnaf bagi memudahkan sesi pembelajaran mereka.

Seperti yang kita tahu, komputer riba sudah menjadi keperluan utama bagi pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Ditambah pula dengan mod pembelajaran secara atas talian kini sudah menjadi kelaziman buat para pelajar sejak wabak pandemik melanda negara.

Dengan adanya inisiatif ini, diharap ia dapat membantu meringankan beban para siswa/i dalam mengikuti kelas secara atas talian tanpa mengira tempat.

Baca Juga : Tawaran Diskaun 50% Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran Yayasan Terengganu

Bantuan Komputer Riba

Syarat-Syarat Permohonan Bantuan Komputer Riba Yayasan Negeri Sembilan

Calon yang berminat untuk memohon perlulah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut :

  1. Anak kelahiran Negeri Sembilan ( no kad pengenalan 05 /31 / 59) atau bukan kelahiran Negeri Sembilan tetapi  telah menetap di Negeri Sembilan lebih dari lapan (8) tahun  ( sila kemukakan sijil  berhenti sekolah rendah dan menengah)
  2. Pendapatan isi rumah B40 terkini (sila kemukakan penyata gaji atau surat pengesahan pendapatan ibu dan bapa yang telah disahkan)
  3. Pelajar IPTA / POLITEKNIK  yang masih belajar di peringkat pengajian , DIPLOMA dan IJAZAH sahaja (pelajar sepenuh masa).
  4. Pelajar tahun pertama  (1) sahaja (sila kemukakan surat pengesahan belajar)
  5. Sekiranya terdapat dua permohonan atau lebih dalam satu keluarga, hanya satu pemohon sahaja yang akan menerima bantuan ini sekiranya layak.

Dokumen Yang Diperlukan

Senarai dokumen yang perlu di muat naik semasa membuat permohonan adalah seperti berikut :

  1. Sijil kad pengenalan.
  2. Surat tawaran belajar.
  3. Surat pengesahan belajar.
  4. Sijil berhenti sekolah Darjah 6 atau Tingkatan 5.
  5. Penyata gaji bapa.
  6. Surat pengesahan pendapatan bagapa (sekiranya tidak mempunyai slip gaji / tidak bekerja).
  7. Penyata gaji ibu.
  8. Surat pengesahan pendapatan ibu (sekiranya tidak mempunyai slip gaji / tidak bekerja).
  9. Salinan kad pengenalan bapa.
  10. Salinan kad pengenalan ibu.

Cara Memohon

Untuk makluman, permohonan bagi bantuan ini hanya boleh dibuat secara atas talian. Langkah-langkah permohonan adalah seperti berikut :

  • Sila layari pautan berikut untuk isi borang Google Form :

BORANG BANTUAN KOMPUTER RIBA YAYASAN NEGERI SEMBILAN

  • Pastikan anda telah membaca syarat permohonan dan klik butang ‘Next.’
  • Isikan maklumat yang diperlukan seperti dalam borang permohonan dan klik butang ‘Next.’
  • Muat naik dokumen yang diperlukan.
  • Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Peringatan kepada pemohon untuk mengelakkan sebarang masalah sila ambil perhatian tentang maklumat berikut ;

  1. Semua dokumen sokongan yang telah disahkan perlu di muatnaik di ruangan yang disediakan
  2. Maklumat pemohon yang didapati tidak lengkap serta dokumen yang tidak mempunyai pengesahan akan ditolak
  3. Permohonan yang tidak menepati syarat-syarat yang tersenarai di atas juga akan ditolak

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan mengenai Permohonan Bantuan Komputer Riba Yayasan Negeri Sembilan ini , sila layari laman web https://www.yns.gov.my/v7/ms atau anda boleh terus buat panggilan di talian 06-762 8046 atau https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfBAdo0J7vexaWT5HVoCJDhViHOqRnmoiu8vxb6mXgakfHNXA/viewform

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!