Tawaran Diskaun 50% Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran Yayasan Terengganu

Tawaran Diskaun 50%  Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran Yayasan Terengganu ~ Sukacita dimaklumkan Yayasan Terengganu kini menawarkan diskaun sebanyak 50% bagi pinjaman pelajaran.

Tawaran ini diwujudkan oleh Yayasan Terengganu sempena sambutan Jubli Emas Yayasan Terengganu yang sudah ditubuhkan sejak tahun 1972.

Justeru itu, peminjam yang masih mempunyai baki tertunggak dialu-alukan untuk rebut peluang ini bagi mendapatkan diskaun bayaran balik pinjaman.

Baca Juga : Skim Permata Sejahtera 2022 Untuk Anak Kelahiran Terengganu

Tempoh Tawaran Diskaun 50% Pinjaman Pelajaran Yayasan Terengganu

untuk makluman anda, tawaran diskaun ini dibuka pada waktu terhad sahaja iaitu bermula dari 1 April 2022 hingga tarikh tutup pada 31 Mei 2022.

Rebutlah peluang selagi masih anda berkesempatan!

Kategori Yang Layak Menerima Diskaun Pinjaman Yayasan Terengganu

Semua kategori pinjaman pelajaran Yayasan Terengganu adalah layak untuk mendapatkan diskaun ini.

Tawaran Diskaun 50%

Cara Transaksi Bayaran Balik Pinjaman

Untuk makluman peminjam, terdapat tiga kaedah yang anda boleh lakukan untuk lunaskan baki pinjaman yang tertunggak iaitu :

  • i) Pembayaran Terus di Kaunter Bayaran /UTC

Kaedah pembayaran boleh dibuat sama ada secara tunai/cek/kad debit/kad kredit.

  • ii) Kaunter BSN

Peminjam juga boleh membuat pembayaran balik melalui kaunter BSN dengan memasukkan no akaun Yayasan Terengganu iaitu 1110029000180947.

  • iii) Pembayaran Dalam Talian (Internet Banking)
  1. Maybank
  • Login ke Maybank2U.
  • Pergi ke bahagian ‘Pay.’
  • Di bahagian Payee, masukkan New Payee: Yayasan Terengganu.
  • Di bahagian amount, masukkan no kad pengenalan peminjam dan nama peminjam.
  • Klik pay untuk membuat pembayaran.
  1. CIMB Bank
  • Login ke Maybank2U.
  • Klik bahagian ‘Pay Bills.’
  • CIMB Click: Yayasan Terengganu, masukkan nama dan no kad pengenalan.
  1. BSN
  • Login ke myBSN.
  • Pergi ke bahagian ‘Bill Payment.’
  • Di bahagian Payment Category: Educational Loan, pilih Loan Yayasan Terengganu.
  1. RHB
  • Login ke RHB Now.
  • Klik bahagian ‘Other Biller.’
  • Di bahagian Open Payment, pilih Yayasan Terengganu.
  1. Jom Pay

Di bahagian Biller Code masukkan nombor 2279 dengan:
– Ref 1: No Kad Pengenalan peminjam
– Ref 2: Nama peminjam

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai tawaran diskaun 50% pinjaman pelajaran Yayasan Terengganu, anda boleh hubungi nombor telefon 09-6221733, atau sila layari laman web https://yt.gov.my/kbp/.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!