Bantuan Khas Aidilfitri Anggota RELA, APM, Polis & Bomba

Kerajaan buat pertama kalinya bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM300 untuk lebih 200,000 orang anggota RELA, Sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam, Polis dan Bomba.

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri ini diharapkan dapat memenuhi keperluan sukarelawan beruniform menjelang Aidilfitri akan datang.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bantuan ini.

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Untuk Anggota RELA, Sukarelawan APM, Polis & Bomba

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Untuk Anggota RELA, Sukarelawan APM, Polis & Bomba

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan pasukan sukarelawan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Angkatan Pertahanan Awam (APM), sukarelawan polis dan bomba turut menerima ‘duit raya’ apabila kerajaan bersetuju memberikan sagu hati sebanyak RM300.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 (Belanjawan 2023) bagi bacaan kali kedua di Dewan Negara pada 29 Mac 2023 yang lalu.

Pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri bernilai RM300 kepada lebih 200,000 anggota sukarelawan agensi penguat kuasa dilihat sebagai petunjuk baharu bahawa kumpulan berkenaan sentiasa diberi perhatian oleh kerajaan.

Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Aminurrahim Mohamed berkata ia juga adalah satu bentuk pengiktirafan kerajaan selain reaksi penghargaan kepada mereka yang sedia berbakti tidak kira masa.

Jumlah Bantuan

RM300

Tarikh Bayaran

April 2023

Maklumat Lanjut

Dapatkan maklumat lanjut di https://budget.mof.gov.my/manfaat/

Baca juga :

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!