Bantuan Khas Pengurusan Kematian Covid19 NADMA RM5000

BANTUAN KHAS PENGURUSAN KEMATIAN COVID19 NADMA

Sejak Tabung COVID-19 dilancarkan YAB Perdana Menteri, NADMA Malaysia telah menyalurkan bayaran Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 kepada 407 orang waris setakat 21 Mei 2021.

Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 NADMA, merupakan bantuan one-off sehingga kadar maksima RM 5,000 diberikan kepada waris si mati yang meninggal dunia berkaitan jangkitan virus COVID-19 (kematian akibat COVID-19 atau kematian dengan COVID-19).

Syarat-Syarat Kelayakan Bantuan Kematian NADMA COVID19

  1. Hanya pengesahan kematian berkaitan COVID-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sahaja terpakai untuk pengesahan bantuan khas ini.
  2. Hanya kematian berkaitan COVID-19 yang melibatkan warganegara Malaysia sahaja akan diberi bantuan khas ini melalui permohonan waris si mati
  3. Hanya satu waris sahaja yang layak menerima bantuan khas ini. Sekiranya terdapat lebih satu permohonan daripada waris-waris si mati, NADMA hanya akan mempertimbangkan permohonan pertama sahaja.

Baca juga: GKP 4.0 : Permohonan RM1,000 Untuk PKS Mulai Julai

Kaedah Permohonan

  1. Mengisi borang permohonan (muat turun di bawah) atau rujuk laman web http://www.nadma.gov.my/ms/
  2. Sila pastikan dokumen-dokumen lengkap. Permohonan dan dokumen yang tidak lengkap akan ditolak.
    • Borang Permohonan yang disahkan oleh hospital yang memaklumkan kematian berkaitan COVID-19
    • Salinan Sijil Kematian
    • Salinan Kad Pengenalan pemohon (waris si mati)
    • Salinan Penyata Bank (yang masih aktif) pemohon (waris si mati)
  3. Hantar permohonan yang lengkap melalui pos / email / whatsapp ke NADMA:-

Ketua Pengarah
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Jabatan Perdana Menteri Aras 7,
Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p. : Sekretariat KWABBN)

Alamat rasmi E-mel: [email protected]

Whatsapp: +60 11-1321 8056

3. Bayaran bantuan khas akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja daripada tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.

Bantuan kematian nadma

Penafian

NADMA berhak untuk memutuskan jumlah bantuan berdasarkan dokumentasi yang dikemukakan atau menolak permohonan yang tidak menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Baca juga: MySalam B40 & M40: Permohonan, Semakan Status & Proses Tuntutan

Kaedah Pengesahan Kematian

Walau apapun pengesahan kematian COVID-19 yang dikemukakan oleh pemohon, NADMA hanya akan memperakukan dan mengesahkan permohonan yang mempunyai rekod data kematian COVID-19 (due and with) melalui portal rekod yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya sahaja.

Keputusan NADMA adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.

Dalam kes-kes tertentu, NADMA akan memberi pertimbangan terutama berkaitan ruangan pengesahan dari hospital yang memaklumkan kematian COVID-19.

Namun begitu, pertimbangan dan kelulusan ini tertakluk kepada pengesahan rekod data kematian COVID-19 (due and with) melalui portal rekod yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya sahaja.

Semakan Status Bantuan Kematian NADMA COVID19

Semakan status boleh dibuat melalui pautan: https://www.nadma.gov.my/ms/awam/bantuan/wabak-covid-19/bantuan-khas-pengurusan-kematian-covid-19-nadma

Bayaran bantuan khas akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh kelulusan permohonan yang layak dan lengkap.

Dalam sebuah hantaran di Facebook yang terkini, seorang pengguna media sosial berkongsi:

Alhamdulillah. Apply 28.3.2022, malam td dapat mesej NADMA dah transfer duit. Syukur alhamdulillah.

Bantuan kematian nadma
Bantuan kematian nadma

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Portal NADMA di pautan http://www.nadma.gov.my/ms/

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!