Bantuan IPT Negeri Sembilan 2022 (Sijil, Diploma, Ijazah, Sarjana, PHD)

BANTUAN IPT ONE-OFF BAGI PELAJAR SIJIL, MATRIKULASI , DIPLOMA , IJAZAH , SARJANA & PHD NEGERI SEMBILAN 2022

Kerajaan Negeri Sembilan memperuntukkan dana bagi membantu pelajar IPT mendaftar ke tahun pertama di peringkat pengajian tinggi.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bantuan ini dan cara untuk memohon atas talian.

Apakah Bantuan IPT Negeri Sembilan 2022?

Bantuan ini merupakan sumbangan One-Off kepada pelajar atau keluarga pelajar yang mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM4,000.00.

Kadar Bantuan IPT Negeri Sembilan 2022

Permohonan yang lulus akan mendapat bantuan seperti berikut:

i. Peringkat Sijil/Matrikulasi: RM 500.00
ii. Peringkat Diploma: RM 750.00
ii. Peringkat Ijazah/Sarjana/PHD: RM 1,000.00

Syarat Kelayakan

1. Pemohon adalah anak Negeri Sembilan yang menetap di Negeri Sembilan.

2. Pemohon hendaklah memohon dalam tempoh tahun pertama pengajian.

3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,000.00.

4. Pemohon hendaklah menggunakan borang PK-PSUKNS-31 dan pemohon WAJIB mengisi semua maklumat yang diperlukan.

5. Bagi pemohon yang merupakan anak peneroka FELDA sahaja; pemohon adalah diwajibkan untuk mengisi Borang Pengesahan Kelayakan Bantuan Pendidikan FELDA.

6. Borang permohonan hendaklah disahkan oleh yang berikut sahaja:

  • YB ADUN / Ahli Parlimen atau Pegawai Penyelaras DUN;atau
  • Penghulu;atau
  • Pengerusi MPKK / KRT / Taman.

Baca juga:

Cara Permohonan

Permohonan boleh dilakukan melalui aplikasi telefon pintar N9.Digital digital atau laman web https//www.n9.digital

Permohonan haruslah diisi oleh pelajar sendiri.

Dokumen Yang Diperlukan

  • Salinan kad pengenalan pemohon DAN ibu bapa ATAU penjaga;
  • Salinan Sijil Kematian ATAU Perceraian jika berkenaan;
  • Salinan penyata gaji ATAU pengesahan pendapatan ibu bapa ATAU penjaga;
  • Salinan surat tawaran ke IPT yang berkenaan DAN pengesahan pendaftaran ATAU bayaran yuran pendaftaran ATAU surat pengesahan pengajian;
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah Rendah ATAU Menengah; Pengesahan Kelayakan Bantuan Pendidikan FELDA khususnya bagi anak peneroka FELDA DAN hendaklah disahkan oleh Pengurus Felda Kawasan.

Borang permohonan yang telah diisi dengan lengkap dan telah mendapat pengesahan oleh pihak yang berkenaan hendaklah dihantar ke Pusat Khidmat DUN yang terdekat atau pos ke:

Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan
Tingkat 5B, Wisma Negeri
70503 Seremban

Sebarang pertanyaan boleh diajukan di talian 06-7659936 /31 @ 06-7659784 /85

Berikut adalah capaian terus kepada borang-borang berkaitan:

NOTA: Kerajaan Negeri berhak untuk memutuskan bantuan berdasarkan dokumentasi yang dikemukakan atau menolak permohonan yang tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi Kerajaan Negeri Sembilan di pautan https://www.ns.gov.my/19-maklumat-laman/304-syarat-syarat-permohonan-bantuan-kewangan-ke-ipt

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!