Advertisements

Tarikh Buka Sekolah KPM Sesi 2022 / 2023 & Cuti Akhir Penggal 3

Advertisements

TARIKH BUKA SEKOLAH KPM SESI 2022 / 2023 & CUTI AKHIR PENGGAL 3 SESI 2021 / 2022

Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, penggal 3 persekolahan akan dilaksana di mana sesi persekolahan bagi tahun 2021 dilanjutkan sehingga Mac.

Berikut dikongsikan tarikh buka sekolah bagi sesi 2022, untuk makluman bersama terutamanya bagi ibu bapa yang akan mendaftar anak ke prasekolah atau Tahun 1 nanti.

Persekolahan Penggal 3 Sesi 2021 / 2022

Dr Radzi Jidin menjelaskan bahawa KPM akan menunda pembukaan sekolah penggal 3 yang sepatutnya bermula pada 2 Januari ini kepada 9 Januari 2022 bagi negeri-negeri Kumpulan A, manakala 10 Januari 2022 bagi negeri-negeri Kumpulan B.

RINGKASAN TARIKH BUKA SEKOLAH PENGGAL 3 KPM 2022

  • Negeri Kumpulan A – Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu : 9 JANUARI 2022 HINGGA 24 FEBRUARI 2022
  • Negeri Kumpulan B – Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya : 10 JANUARI 2022 HINGGA 25 FEBRUARI 2022

Berikut dikongsikan infografik bagi Kenyataan Media berkaitan Pengoperasian Institusi Pendidikan Bawah KPM bagi Sesi Persekolahan Penggal 3, 2021/2022 yang dikeluarkan sebenar tadi.

Sesi persekolahan Penggal 3 KPM adalah dijadualkan susulan pandemik, di mana penangguhan ini bertujuan membantu murid-murid menguasai silibus yang tercicir ketika sekolah ditutup dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Dalam kenyataan media sebelum ini, Dr Radzi Jidin telah memaklumkan bahawa sesi persekolahan tahun 2022 akan dianjakkan kepada bulan Mac, berbanding bulan Januari seperti selalu.

Sila rujuk jadual persekolahan Penggal 3 bagi sesi 2021 / 2022 melalui Lampiran 1 dan Lampiran 2 di bawah.

penggal 3 kpm

NOTA:

Negeri Kumpulan A – Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu

tarikh buka sekolah 2022

NOTA:

Negeri Kumpulan B – Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya

Baca juga: Bantuan Awal Persekolahan KPM 2022: Semakan Kelayakan RM150 One-off

Senarai terkini dan info lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan boleh diakses di www.moe.gov.my

Tarikh Buka Sekolah KPM Sesi 2022 / 2023

Untuk makluman, Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 akan bermula pada 21 Mac 2022 bagi seluruh sekolah KPM di Malaysia.

Perkara ini diumumkan oleh KPM menerusi sebuah kenyataan media rasmi.

Sila rujuk jadual sesi persekolahan bagi tahun 2022 seperti di bawah:

Takwim Kalendar Akademik Sesi Persekolahan KPM 2022

Kalendar Akademik Sesi 2022 / 2023 KPM boleh dirujuk dalam Lampiran 3 dan Lampiran 4 di bawah:

takwim 2022 kpm tarikh buka sekolah 2022
takwim 2022 kpm tarikh buka sekolah 2022

Kalendar Cuti Perayaan (Cuti Sekolah KPM) Sesi 2021/ 2023 KPM

Berikut disertakan Cuti Perayaan Sesi 2022 / 2023 yang diumumkan oleh KPM melalui Lampiran 5.

penggal 3 takwim kpm

Perincian mengenai kenyataan rasmi ini boleh dimuat turun melalui laman sesawang KPM di pautan https://www.moe.gov.my/takwim bermula hari ini, 15 November 2021.

Kongsikan-kongsikan ya!

Baca juga:

MUAT TURUN PANDUAN PENGOPERASIAN SEKOLAH DAN PENGOPERASIAN SEKOLAH KPM 3.0

Leave a Comment