Advertisements

Bantuan One-off Industri Pelancongan Negeri Sembilan 2021

Advertisements

PENGUMUMAN BANTUAN ONE-OFF INDUSTRI PELANCONGAN NEGERI SEMBILAN 2021

Kerajaan Negeri menyedari situasi yang dihadapi oleh penggiat industri pelancongan di negeri ini sepanjang tempoh pandemik COVID-19 melanda sejak Mac 2020 yang lalu.

Kekurangan atau hampir tiada pelancong mahupun pengunjung, ditambah sekatan pergerakan merentas daerah dan negeri, kekangan kewangan bagi menampung kos pengoperasian seperti cukai, utiliti, penyelenggaraan, gaji, promosi dan pemasaran semestinya menjadi cabaran terbesar untuk sektor ini.

Menyedari akan perkara ini, Kerajaan Negeri bersetuju untuk menyalurkan bantuan dan insentif seperti perincian berikut:

Senarai Bantuan One-Off Untuk Industri Pelancongan Negeri Sembilan 2021

bantuan pelancongan industri pelancongan negeri sembilan

1. Bantuan One-off RM2000 Kepada Persatuan Pelancongan

Bantuan tunai one-off kepada Persatuan Pelancongan Peringkat Negeri sebanyak RM2,000.

Persatuan yang akan mendapat manfaat ini adalah Malaysia Association of Hotel (MAH NS), Malaysia Budget & Business Hotel (MyBHA NS), Malaysia Association of Tours & Travel Agent (MATTA) dan Bumiputera Travel & Tour Agents Association of Malaysia (BUMITRA).

Bantuan ini dijangka akan memanfaatkan hampir 20 buah persatuan yang berdaftar di Negeri Sembilan dengan jumlah peruntukan sebanyak RM40,000.00.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Baca juga: MM2H: Bantuan RM3000 Syarikat Pengendali Pelancongan PEMERKASA

2. Bantuan One-off RM2000 Untuk Homestay Berdaftar

Bantuan tunai one-off sebanyak RM2,000 kepada Pengurusan Rumah Inap atau Homestay yang masih aktif dan berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).

Sebanyak tujuh (7) buah Pengurusan Rumah Inap yang masih aktif dalam Negeri Sembilan akan mendapat manfaat ini iaitu Homestay Pelegong, Seremban; Homestay Lonek, Jempol; Homestay Rawa, Lenggeng; Homestay Pachitan, Port Dickson; Homestay Kuala Klawang Jelebu; Homestay D’ Pelanduk Best, Port Dickson; dan Homestay Kampung Sg. Buloh, Jelebu. Keseluruhan peruntukan bagi bantuan ini adalah sebanyak RM14,000.00.

3. Bantuan One-off RM250 Kepada Pemandu Pelancong

Bantuan tunai one-off kepada Pemandu Pelancong Negeri Sembilan yang berdaftar dengan pihak MOTAC sebanyak RM250 yang akan memanfaatkan sejumlah 91 orang Pemandu Pelancong di bawah Persatuan Pemandu Pelancong Negeri Sembilan (NSTGA).

Bantuan ini akan melibatkan peruntukan sebanyak RM22,750.00.

4. Diskaun / Rebat Cukai Taksiran

Diskaun atau rebat Cukai Taksiran bagi segmen penginapan dan hotel sebanyak 50 peratus bagi penggal kedua tahun 2021.

Insentif ini dijangka akan melibatkan peruntukan Kerajaan Negeri lebih RM1.51 juta.

5. Diskaun / Rebat Fi & Lesen Perniagaan

Diskaun atau rebat bagi Fi atau Lesen Perniagaan segmen penginapan dan hotel sebanyak 50 peratus bagi tahun 2022.

Insentif ini dijangka akan melibatkan peruntukan Kerajaan Negeri lebih RM123,000.00. Kedua-dua diskaun dan rebat ini dijangka akan memberi manfaat kepada lebih 150 buah hotel dan penginapan di seluruh Negeri Sembilan.

Cara Permohonan Bantuan Industri Pelancongan Negeri Sembilan

Permohonan secara online boleh dibuat melalui emel [email protected]

Sila sertakan dokumen seperti dalam infografik di bawah:

Baca juga: eSPMB YAKIN: Pinjaman Pengajian IPT Yayasan Kelantan 2021 / 2022

Kaedah Pembayaran

Keseluruhan bantuan tunai one-off, diskaun dan rebat ini melibatkan peruntukan Kerajaan Negeri lebih RM1.71 juta. Semua bantuan tunai one-off ini akan diselaraskan oleh Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan (LPNS).

Manakala bagi diskaun dan rebat cukai taksiran serta fi lesen perniagaan akan diselaraskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila e-melkan pertanyaan kepada Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan melalui saluran berikut:

Kerajaan Negeri berharap bantuan dan insentif ini dapat mencerminkan manifestasi Pentadbiran ini bersama semua pihak dalam sektor pelancongan yang menerima impak pandemik COVID-19 ini.

Semoga kerjasama antara Kerajaan Negeri dan semua penggiat industri dapat terus dikekalkan, malahan ditambah baik dalam waktu sukar sebegini.

Leave a Comment