Advertisements

eSPMB YAKIN: Pinjaman Pengajian IPT Yayasan Kelantan 2021 / 2022

Advertisements

eSPMB YAKIN 2021 @ Yayasan Kelantan

Permohonan Tajaan Pinjaman Yayasan Kelantan (YAKIN) Untuk Mengikuti Kursus Peringkat Diploma (Sepenuh Masa) Di Universiti / Institusi Pengajian Tinggi Tempatan Sesi 2021 / 2022 akan dibuka mulai 19 Julai 2021.

Berikut dikongsikan info sepenuhnya.

eSPMB YAKIN: Apakah Pinjaman Pelajaran Yayasan Kelantan?

Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) menawarkan Pinjaman Pelajaran bagi calon-calon yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian di Institusi-institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Tempatan atau Luar Negara yang diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA).

Baca juga: Pendaftaran MUET Online 2021 & Tarikh Peperiksaan Terkini

Syarat Permohonan (Umum)

  1. Warganegara Malaysia peranakan Kelantan (rakyat Kelantan) dan yang bermastautin di Negeri Kelantan. 
  2. Telah mendapat tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sama ada diploma atau ijazah.
  3. Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran (SPM).
  4. Umur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  5. Pelajar-pelajar IPTA yang berada di tahun 2, 3 dan 4 semasa memohon hanya boleh dipertimbangkan sekiranya mereka memperolehi keputusan CGPA 2.5 ke atas atau yang setaraf dengannya.
  6. Pelajar-pelajar yang sedang dibiayai oleh penaja lain TIDAK LAYAK memohon.

Sila rujuk syarat khusus melalui surat edaran di bawah:

yayasan kelantan

Baca juga: eBantuan JKM: Permohonan 11 Skim Bantuan JKM 2021 (Online/Manual)

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Tarikh Permohonan

Tarikh akhir permohonan online adalah pada 19 Ogos 2021 manakala Borang Permohonan Manual hendaklah dihantar kepada Pejabat YAKIN Sebelum 23 Ogos 2021.

Cara Permohonan

Pelajar yang telah ditawarkan tempat pengajian di mana-mana IPTA, boleh membuat permohonan sepanjang tahun (mengikut tarikh BUKA dan tarikh TUTUP yang ditetapkan) dengan langkah berikut:

LANGKAH 1: Isi permohonan secara online di www.espmb.com/yakin

espmb yakin

LANGKAH 2: Cetak permohonan 

LANGKAH 3: Hantar permohonan & dokumen sokongan (yang telah disahkan) yang diperlukan

LANGKAH 4: Pemohon boleh menyemak status permohonan di www.espmb.com/yakin (dalam tempoh 1 bulan dari tarikh tutup permohonan)

LANGKAH 5: Permohon yang berjaya perlu mencetak surat tawaran dan dua (2) set dokumen perjanjian di www.espmb.com/yakin

LANGKAH 6: Lengkapkan dokumen perjanjian dalam tempoh 2 minggu dari tarikh surat tawaran

Maklumat Lanjut Tentang eSPMB YAKIN

Leave a Comment