Tawaran Bantuan Dermasiswa MUIP Untuk Pelajar Tahfiz, Pondok & IPT

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) kini membuka permohonan Bantuan Dermasiswa bagi pelajar Pelajar Tahfiz, Pondok dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang berlayakan.

Insentif ini ditawarkan bagi membantu pembiayaan pendidikan pelajar dan sebagai galakan kepada anak-anak Pahang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai bantuan yang ditawarkan.

Baca Juga : Bantuan Zakat Ramadhan Untuk Mualaf (MAIDAM)

Tarikh Tutup

Pelajar yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan secara atas talian sebelum tarikh tutup iaitu pada 31 Mei 2023.

Bantuan Dermasiswa MUIP

Kadar Bantuan Dermasiswa MUIP 2023

Kadar bantuan yang ditawarkan adalah berdasarkan peringkat pengajian seperti berikut :

  • Diploma/Ijazah Sarjana Muda (Pengajian Islam): RM1,200
  • Diploma/Ijazah Sarjana Muda (selain Pengajian Islam): RM800
  • Tahfiz/Pondok: RM2,400
  • Ijazah Sarjana Muda (Pengajian Islam/Perubatan) (ada tajaan) Negara Mesir: RM1,200 sehingga RM3,000
  • Ijazah Sarjana Muda (Pengajian Islam/Perubatan) (tiada tajaan) Negara Mesir: RM6,000 sehingga RM9,000
  • Ijazah Sarjana Muda (Pengajian Islam/Perubatan) (ada tajaan) Negara Jordan: RM1,200 sehingga RM3,000
  • Ijazah Sarjana Muda (Pengajian Islam/Perubatan) (tiada tajaan) Negara Jordan: RM7,000 sehingga RM10,000
  • Lain-lain negara: RM1,200 sehingga RM4,000

Syarat Permohonan

Pemohon perlulah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut :

  1. Pemohon adalah beragama Islam.
  2. Merupakan rakyat negeri Pahang atau pemastautin negeri Pahang.
  3. Pemohon sedang mengikuti pengajian di peringkat pondok/Thafiz/Diploma atau Sarjana Muda sepenuh masa sahaja.
  4. Pemohon telah lulus keputusan peperiksaan tahun atau semester terkini.

Syarat Tambahan (Pelajar Pondok)

Bagi pelajar pondok, mereka juga perlu menepati syarat-syarat tambahan seperti berikut :

  • Pemohon mestilah berusia di antara 13 tahun hingga 25 sahaja.
  • Pusat pengajian atau pondok berdaftar dengan Jabatan/ Majlis Ugama Islam Negeri sahaja.
  • Jumlah Dermasiswa MUIP yang telah diterima setakat 3 kali sahaja.

Cara Memohon

Anda boleh ikuti panduan permohonan Bantuan Dermasiswa MUIP seperti berikut :

  1. Layari laman web iaitu https://zakat4pengajian.muip.gov.my/appZ4P/index.php.
  2. Klik bahagian ‘Log Masuk atau Daftar Pengguna Baharu.’
  3. Klik bahagian ‘Daftar sebagai Pengguna Baharu.’
  4. Isi maklumat yang diperlukan dan klik ‘Proses Pendaftaran Pengguna.’
  5. Log masuk dengan memasukkan kad pengenalan dan kata laluan.
  6. Buat permohonan sehingga selesai.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Bantuan Dermasiswa MUIP bagi pelajar Tahfiz,Pondok dan Institut Pengajian Tinggi (IPT), sila layari laman rasmi MUIP di pautan : http://www.muip.gov.my/.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut