Advertisements

Bantuan Awal Pengajian IPT Dalam & Luar Negara MAIDAM 2022

Advertisements

Permohonan Bantuan Zakat IPT Pengajian Dalam dan Luar Negara MAIDAM

Bantuan Awal Pengajian IPT Dalam dan Luar Negara Fasa Kedua bagi tahun 2022 akan dibuka mulai 1 Ogos 2022.

Jangan terlepas peluang untuk mengisi borang PERMOHONAN BANTUAN bagi yang belum membuat permohonan.

Jom kami kongsikan ifo lanjut tentang bantuan ini.

bantuan awal ipt maidam

BANTUAN AWAL PENGAJIAN IPT DALAM DAN LUAR NEGARA MAIDAM

Bantuan Awal Pengajian IPT Dalam Dan Luar Negara MAIDAM adalah bantuan yang diberikankepada pelajar-pelajar negeri Terengganu yang mendapat tawaran untuk belajar di peringkat Sijil, Matrikulasi, Asasi, Diploma, Ijazah, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana (Master) dan juga Doktor Falsafah (PhD).

Bantuan ini akan diberikan secara one-off mengikut kadar bantuan setiap peringkat pengajian yang disediakan oleh MAIDAM melalui Yayasan Pendidikan MAIDAM.

Kadar Bayaran Bantuan

Untuk Bantuan Awal Pengajian IPT dalam dan luar negara, kadar bantuan adalah seperti berikut:

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

BilTahap PengajianDalam NegaraLuar Negara
1Sijil RM 600
2DiplomaRM 800RM 800
3Ijazah Sarjana MudaRM 1000RM 2000
4SarjanaRM 1200RM 2500
5PhDRM 1500

Pemohon adalah rakyat negeri Terengganu yang menetap di negeri
Terengganu atau pemastautin tetap di negeri Terengganu tidak kurang dari tiga
(3) tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pelajaran.

Syarat Permohonan

  1. Beragama Islam, baligh, berakal dan merdeka.
  2. Pelajar yang baru mendapat tawaran melanjutkan pengajian.
  3. Tahap pengajian yang dipertimbangkan adalah Sijil/Pra
    Diploma/Asasi/Matrikulasi, Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD).
  4. Layak dipertimbangkan bantuan sekali sahaja untuk setiap satu (1) tahap pengajian.
  5. Permohonan perlu dihantar dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh pendaftaran pengajian.
  6. Pemohon tidak bekerja dan tidak mempunyai sumber pendapatan sendiri.
  7. Tempoh pengajian tidak kurang dari enam (6) bulan.
  8. Permohonan bantuan tidak boleh dipertimbangkan sekiranya terdapat manamana ibu dan bapa pemohon tidak menunaikan sepenuhya zakat kepada MAIDAM jika bekerja di negeri Terengganu.

Baca juga:

Cara Permohonan Bantuan Pengajian MAIDAM

Permohonan boleh dibuat secara ‘online’ menerusi laman web Yayasan Pendidikan MAIDAM :

http://yp.maidam.gov.my/iptonline

ISI BORANG PERMOHONAN ONLINE:

Serahan borang permohonan yang telah dicetak bagi Bantuan Awal Pengajian adalah melalui serahan di :

1) Kaunter Pejabat Yayasan Pendidikan MAIDAM

2) Melalui pos di alamat Yayasan Pendidikan MAIDAM, Lot 9 & 10, Tingkat 1, Bazar MAIDAM, Jalan Masjid Abidin, 20100 Kuala Terengganu

Maklumat Lanjut

Sila rujuk manual permohonan berikut:

Garis Panduan Pendaftaran Portal IPT Online Bagi Pemohon

i) Garis Panduan Pendaftaran Portal [PDF]Garis panduan bantuan [ Awal IPT dalam dan Luar Negara ]

ii) Garis Panduan Permohonan Bantuan Awal IPT [PDF] || Garis Panduan Pengisian Borang Bantuan Awal IPT [PDF]Garis panduan bantuan [ Tambang Penerbangan IPT ]

iii) Garis Panduan Permohonan Bantuan Tambang Penerbangan IPT [PDF] || Garis Panduan Pengisian Borang Bantuan Penerbangan IPT [PDF]Garis panduan bantuan [ IPT dalam dan Luar Negara ]

iv) Garis Panduan Permohonan Bantuan IPT [PDF] || Garis Panduan Pengisian Borang Bantuan IPT [PDF]

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada Pusat Urusan Zakat Daerah :

  • Kuala Terengganu 09-630 30 30
  • Marang 09-618 33 17
  • Hulu Terengganu 09-681 78 09
  • Dungun 09-845 28 10
  • Kemaman 09-859 45 45
  • Setiu 09-609 03 07
  • Besut 09-697 53 23
  • Kerteh 09-826 64 63
  • Kuala Nerus 09-662 2910

Atau :

Yayasan Pendidikan MAIDAM
Lot 9 & 10 Tingkat 1,
Bazar MAIDAM, Jalan Masjid Abidin,
20100 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

Email : [email protected] / [email protected]

No. Tel : 09-6223500 / 096225600

Dapatkan pelbagai info Yayasan Pendidikan MAIDAM : https://linktr.ee/yayasanpendidikanmaidam

Berapa bintang untuk artikel ini?

Average rating 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment