Bantuan Am Persekutuan: Cara Memohon dan Syarat Kelayakan

Bantuan Am Persekutuan merupakan satu lagi bantuan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia bagi membantu rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan.

Kerajaan amat peka dengan keperluan Rakyat yang memerlukan.

Oleh itu, Bantuan Am Persekutuan di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan bantuan tunai sehingga RM350 sebulan buat individu dan keluarga yang kurang berkemampuan dalam meneruskan kelangsungan hidup.

Pengenalan

Bantuan Am Persekutuan ini diberikan kepada individu/keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti

Kadar bayaran Bantuan Am Persekutuan: Minimum sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM350 sekeluarga

Permohonan boleh dilakukan di Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian yang terdekat.

Artikel berkaitan: Borang Permohonan Bantuan Kebajikan JKM (PDF & Online)

Syarat kelayakan

Hanya individu atau keluarga yang memenuhi syarat-syarat berikut sahaja akan dipertimbangkan permohonan mereka untuk bantuan khas ini.

  • Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi:
    1. Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah semasa; atau
    2. PGK purata miskin Per Kapita Semasa
  • Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain

Setiap negeri mempunyai Skim Bantuan Am Negeri yang tersendiri.

Syarat-syarat kelayakan dan kadar bantuan adalah tidak seragam dan had bantuan berbeza setiap negeri.

Baca lagi: Permohonan Bantuan Kanak-kanak (BKK) JKM

Cara memohon

Bagi individu atau keluarga yang memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan di atas, anda dipelawa untuk menghantar permohonan anda untuk dipertimbangkan.

Berikut merupakan cara-cara memohon Bantuan Am Persekutuan ini:

  1. Layari halaman Bantuan Am Persekutuan di alamat https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bam.html?fbclid=IwAR0oQ26j0jhSs3zCNGkkyFOD3J1QkMkX3o4eHPSmyRXWO3FxESjgn2BjdZU
  2. Klik pada butang “Mohon Di Sini” untuk muat turun borang permohonan
  3. Lengkapkan segala butiran di dalam borang permohonan tersebut
  4. Hantarkan borang permohonan ke Pejabat Kebajikan Masyarakat / Negeri / Daerah / Jajahan

Maklumat lanjut dan pertanyaan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai program ini, sila dapatkan bantuan dengan menghubungi pegawai JKM yang bertugas di talian di bawah:

03-8882 4666
03-8882 9089

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!