Permohonan Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM 2025

permohonan Bantuan Kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

eBantuan JKM: Borang Permohonan Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Perkhidmatan bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna.

Secara prinsipnya, di dalam melaksanakan pemberian bantuan kepada rakyat, Kerajaan Malaysia tidak sesekali mengamalkan konsep Negara Kebajikan (Welfare State).

Skim bantuan yang diwujudkan adalah sebagai alat dalam proses menolong penerima bantuan ke arah pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian, yang merupakan satu kaedah dalam kerja sosial.

Proses pemberian bantuan kebajikan juga mengambil kira potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari.

Pengumuman Syarat Kelayakan Bantuan JKM 2025

bantuan jkm 2024

Bagi tahun 2025, bantuan yang disalurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melibatkan peruntukan lebih RM2.4 bilion yang akan memberi manfaat kepada lebih 450 ribu rakyat khususnya isi rumah miskin tegar, warga emas, kanak-kanak dan OKU.

Justeru, Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa syarat kelayakan diperluas selaras dengan kenaikan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Makanan 2023 iaitu RM1,198 sebulan.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang Bantuan JKM untuk makluman bersama.

Pengenalan Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (eBantuan JKM)

bantuan kebajikan JKM

Perkhidmatan bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna.

Secara prinsipnya, di dalam melaksanakan pemberian bantuan kepada rakyat, Kerajaan Malaysia tidak sesekali mengamalkan konsep Negara Kebajikan (Welfare State).

Skim bantuan yang diwujudkan adalah sebagai alat dalam proses menolong klien ke arah pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian, yang merupakan satu kaedah dalam kerja sosial.

Proses pemberian bantuan kebajikan juga mengambil kira potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari.

Objek Pemberian Bantuan JKM

  • Memenuhi keperluan asas (basic needs) bagi meringankan beban penerima bantuan
  • Alat sokongan sosial (social support tools) untuk menilai kemampuan penerima bantuan ke arah berdikari dan mengurangkan kebergantungan kepada bantuan
  • Alat pemulihan (rehabilitation tools) agar penerima bantuan terus kekal tinggal bersama komuniti/masyarakat.
  • Sumber kewangan sementara penerima bantuan meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup

Jenis Bantuan JKM 2025

Jenis bantuan JKM

Terdapat 11 jenis Skim eBantuan JKM yang boleh dimohon berdasarkan kategori kelayakan iaitu:

  1. Bantuan Kanak-Kanak (BKK);
  2. Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU)
  3. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB);
  4. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT);
  5. Bantuan Warga Emas (BWE)
  6. Bantuan Am Persekutuan (BA);
  7. Bantuan Anak Pelihara (BAP);
  8. Bantuan Latihan Perantis (BLP);

Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.

Berikut diterangkan cara permohonan dan pautan untuk setiap bantuan di atas.

Skim Bantuan Bulanan (eBantuan JKM)

Daripada 11 jenis skim bantuan di atas, 9 daripadanya adalah berbentuk bantuan bulanan yang boleh dimohon.

#1 Bantuan Kanak-kanak (BKK)

Kadar Bantuan

  • Minimum  sebanyak RM200 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan  mengikut pecahan berikut :
    • RM250 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah;
    • RM200 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun; dan
    • Kadar bantuan maksimum RM1000/keluarga sebulan

Syarat-syarat

  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  2. Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  3. Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas; ATAU
  4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).

Baca lagi: Permohonan Bantuan Kanak-kanak (BKK) JKM

#2 Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU)

Kadar Bantuan

  • RM450 sebulan seorang.

Syarat-syarat

  1. Warganegara, bermastautin dan bekerja di Malaysia;
  2. Berumur 16 tahun dan ke atas;
  3. Pemegang kad OKU JKM;
  4. Pendapatan bulanan RM 1,700.00  dan ke bawah; ATAU
  5. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM

#3 Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)

Kadar Bantuan

RM300 seorang sebulan.

Syarat-syarat

  1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia.
  2. Berumur 16 tahun sehingga 59 tahun;
  3. Pemegang kad OKU yang berdaftar dengan JKM;
  4. Tidak berupaya bekerja berdasarkan faktor-faktor berikut:
    • Kefungsian yang terhad dari segi fizikal, mental, intelektual atau deria dalam melakukan sesuatu pekerjaan; atau
    • Persekitaran yang menghalang pemohon untuk akses kepada pekerjaan;
  5. Pemohon bukan penghuni / pelatih institusi kendalian JKM; atau Pusat Jagaan Harian / Berkediaman (yang menerima Geran Rangsum); dan menyediakan perkhidmatan / kemudahan secara percuma atau Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK);
  6. Pengesahan ketidakupayaan pemohon untuk bekerja perlu diperolehi daripada Pakar / Pegawai Perubatan / Pengesahan Pakar Psikiatri Kerajaan/ Swasta yang berdaftar bagi kes OKU Mental; atau dalam keadaan tertentu memadai dengan pengesahan Pegawai JKM dan direkodkan dalam laporan siasatan; (Contoh pengesahan kategori OKU Fizikal ketara seperti kudung dan lain-lain yang bersesuaian);
  7. Pendapatan bulanan individu OKU tidak melebihi kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa; ATAU
  8. Kes-kes yang melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa atau lain-lain perkara yang munasabah dan berkeperluan, boleh dipertimbang dan diluluskan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri/Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Labuan (PKMN/WPKL/WPL).

#4 Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT)

Kadar Bantuan

RM500 sebulan seorang.

Syarat-syarat

  1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;
  2. Pemohon adalah penjaga yang memberikan penjagaan rapi kepada OKU terlantar/ Pesakit kronik terlantar; atau
  3. Pesakit kronik tidak terlantar yang memerlukan rawatan berterusan [tempoh minimum sekurang-kurangnya tiga (3) bulan] layak dipertimbangkan atas nama pesakit sendiri; atau
  4. Sekiranya OKU terlantar/ Pesakit kronik terlantar tidak mempunyai penjaga atau yang penjaganya bukan warganegara Malaysia, bantuan boleh diberikan ke atas nama pesakit sendiri; dan
  5. Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM5,000.00 sebulan; ATAU
  6. Kes-kes yang melebihi had pendapatan isi rumah RM5,000 atau lain-lain perkara yang munasabah dan berkeperluan, boleh dipertimbang dan diluluskan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri/ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/ Labuan (PKMN/WPKL/WPL).

#5 Bantuan Warga Emas (BWE)

Kadar Bantuan

  • RM600 sebulan seorang.

Syarat-syarat

  1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;
  2. Berumur 60 tahun dan ke atas;
  3. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa; atau
  4. Warga Emas yang tiada anak (sebatang kara) layak dipertimbangkan bantuan sekiranya tinggal bersama/ menumpang ahli keluarga lain/ penjaga yang mempunyai pendapatan melebihi PGK Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa/ PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa; dan
  5. Warga emas yang bukan tinggal di institusi kendalian JKM atau Pusat jagaan harian/ berkediaman (yang menerima Geran Rangsum) dan memberi kemudahan/ perkhidmatan secara percuma; ATAU
  6. Kes-kes yang melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa atau lain-lain perkara yang munasabah dan berkeperluan, boleh dipertimbang dan diluluskan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri/ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/ Labuan (PKMN/WPKL/WPL).

Baca lagi: Bantuan Warga Emas RM600 Sebulan (BWE JKM)

#5 Bantuan Persekutuan (BA)

Kadar Bantuan

  • RM150 sebulan seorang.  Maksimum RM500 sebulan sekeluarga.

Syarat-syarat

  1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Wilayah Persekutuan;
  2. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa;
  3. Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain;
  4. Faktor-faktor lain yang difikirkan sesuai dengan mengambil kira keadaan ekonomi, kesihatan dan tanggungan pemohon; ATAU
  5. Kes-kes yang melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa atau lain-lain perkara yang munasabah dan berkeperluan, boleh dipertimbang dan diluluskan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/ Labuan (PKMWPKL/WPL).

#7 Bantuan Anak Pelihara

Kadar Bantuan

  • RM250 sebulan seorang kanak-kanak. Maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih.

Syarat-syarat

Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak/kanak-kanak seperti berikut :- 

  1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;
  2. Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada kanak-kanak seperti berikut:
    1. Kanak-kanak berumur di bawah 18 tahun;
    2. Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa;
    3. Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 [Akta 257] atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 [Akta 253] atau Ordinan Pengangkatan Sabah 1960 atau Native Adoption Regulations 1961 atau Enakmen Pengangkatan Orang Islam 2024; Ordinan Pengangkatan Sarawak [Cap.91] atau mana-mana undang-undang negeri yang berkaitan; 
    4. Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara seperti berikut:
      1. Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM; atau
      2. Kanak-kanak yang dipelihara di bawah Perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak (MBKK) mengikut Akta Kanak-Kanak 2001; atau
      3. Kanak-kanak bertaraf warganegara Malaysia yang dijaga oleh waris atau keluarga ganti yang mempunyai pertalian saudara dan berkelayakan.
    5. Kanak-kanak yang tinggal di Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) yang menyediakan perkhidmatan dan kemudahan secara percuma adalah tidak layak; ATAU
  3. Bagi kes yang berkeperluan, boleh dipertimbangkan dengan kelulusan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri/ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/ Labuan (PKMN/WPKL/WPL) bersama dengan keluarga pelihara melalui:-
    • Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM; atau
    • Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

#8 Bantuan Latihan Perantis (BLP)

Kadar Bantuan

RM200 sebulan seorang.

Syarat-syarat

  1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;
  2. Berumur 16 tahun ke atas hingga 35 tahun mengikut kesesuaian;
  3. Anak-anak penerima bantuan; atau
  4. Bekas pelatih/ bekas penghuni dari institusi kebajikan; atau
  5. Kes-kes seliaan akhlak; atau
  6. Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat; atau
  7. OKU berdaftar yang mempunyai kemampuan untuk mengikuti kemahiran dan latihan yang disediakan; ATAU
  8. Bagi kes yang berkeperluan, boleh dipertimbangkan dengan kelulusan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri/ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/ Labuan (PKMN/WPKL/WPL).

Nota:
Kelulusan berdasarkan tempoh latihan dan maksimum 24 bulan.

Maklumat lanjut tentang Bantuan Bulanan JKM : https://www.jkm.gov.my/main/article/bantuan-bulanan

Cara Permohonan Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

BORANG PERMOHONAN MANUAL (PDF)

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

Borang permohonan yang berkaitan:

  1. JKM 18 Borang Permohonan Bantuan 
  2. JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan
ebantuan jkm online 2021

BORANG PERMOHONAN ONLINE

Permohonan Bantuan JKM boleh dibuat secara online melalui Portal eBantuan JKM di pautan berikut:

http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/

PERHATIAN : Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian. Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

SILA BAWA DOKUMEN TERSEBUT SEMASA HADIR KE PEJABAT:

  1. Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;
  2. Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
  3. Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU)
  4. Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
  5. Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
  6. Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan)

Maklumat Lanjut Tentang Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk saluran bantuan berikut:

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya

Soalan Lazim (FAQ) Bantuan Kebajikan Masyarakat JKM 2025

Apakah itu Bantuan Kebajikan Masyarakat JKM?

  • Bantuan Kebajikan Masyarakat JKM merujuk kepada pelbagai jenis bantuan kewangan dan sokongan yang diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada individu atau keluarga yang memerlukan di Malaysia. Ia bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan, warga emas, orang kurang upaya (OKU), kanak-kanak, dan golongan rentan lain untuk meneruskan kehidupan dengan lebih baik.

Siapakah yang layak memohon bantuan JKM?

  • Warganegara Malaysia yang tergolong dalam kumpulan rentan seperti warga emas, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal, kanak-kanak, pesakit kronik, dan keluarga berpendapatan rendah layak memohon, tertakluk kepada syarat khusus setiap bantuan

Bagaimanakah cara untuk memohon Bantuan JKM pada tahun 2025?

  • Permohonan boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang berhampiran. Pemohon perlu mengisi borang permohonan yang disediakan, melampirkan dokumen sokongan yang diperlukan, dan menjalani proses siasatan sosial oleh pegawai JKM. Sesetengah bantuan mungkin menawarkan permohonan secara dalam talian.

Berapakah kadar bantuan kewangan yang boleh diterima?

  • Kadar bantuan adalah berbeza mengikut jenis skim bantuan dan keperluan individu/keluarga. JKM akan menilai setiap permohonan secara individu dan menetapkan jumlah bantuan berdasarkan Garis Panduan Kemiskinan (PGK) semasa dan keperluan spesifik pemohon.

Bolehkah seseorang memohon lebih daripada satu jenis bantuan JKM?

  • Ya, seseorang mungkin layak untuk menerima lebih daripada satu jenis bantuan sekiranya memenuhi semua kriteria kelayakan bagi setiap skim bantuan tersebut. Walau bagaimanapun, JKM akan membuat penilaian menyeluruh untuk memastikan bantuan diberikan secara adil dan tidak bertindih secara tidak wajar.

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya permohonan ditolak?

  • Sekiranya permohonan ditolak, pemohon berhak untuk mengetahui sebab-sebab penolakan. Pemohon boleh membuat rayuan semula dengan mengemukakan maklumat atau dokumen tambahan yang mungkin dapat menyokong permohonan mereka, atau mendapatkan penjelasan lanjut dari pegawai JKM.

Bagaimanakah bayaran bantuan disalurkan kepada penerima?

  • Bayaran bantuan biasanya disalurkan secara bulanan melalui akaun bank penerima. Sesetengah kes mungkin menerima bayaran secara tunai atau baucar, bergantung kepada polisi dan kesesuaian.
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Artikel berkaitan: