Advertisements

Cara Semak Baki Loan Kereta CIMB

Advertisements

Bagi yang mengambil pembiayaan CIMB untuk kereta, sebenarnya anda boleh semak baki loan kereta CIMB secara online – lebih mudah dan pantas.

Dengan fungsi semak baki loan kereta CIMB secara dalam talian, anda boleh mengetahui mengenai status bayaran dan berapa baki pinjaman pembiayaan kereta yang perlu dilunaskan.

Benar, anda boleh membuat semakan melalui kaunter CIMB di mana-mana cawangan CIMB tetapi sudah tentulah ia lebih rumit dan leceh kerana anda perlu menghadirkan diri di cawangan bank CIMB, ambil nombor giliran, beratur dan sebagainya.

Dengan kemajuan teknologi yang anda, baik kita manfaatkan sahaja capaian internet untuk membuat semakan baki loan kereta dengan CIMB secara online sahaja.

Cara Semak Baki Loan Kereta CIMB

i) Semakan Melalui Laman Web CIMB

baki loan kereta cimb

Kemudahan semakan baki loan kereta dari CIMB ini turut disediakan melalui laman CIMB Clicks namun malangnya ramai pelanggan yang tidak tahu bagaimana caranya.

  1. Layari laman CIMB Clicks di alamat https://www.cimbclicks.com.my/
  2. Log masuk akaun CIMB anda.
  3. Pada paparan menu, klik “Muy Accounts”
  4. Pada halaman My Accounts Overview, lihat pada bahagian Loans/Financing
  5. Perhatikan mombor pinjaman pembiayaan kereta anda
  6. Baki pinjaman kereta ada akan dipaparkan di sebelah nombor akaun anda

ii) Semakan Melalui Aplikasi CIMB Clicks

cimb clicks app

Selain daripada website CIMB Clicks, anda boleh menggunakan aplikasi CIMB Clicks di telefon pintar anda.

Pastikan aplikasi CIMB Clicks tersebut dimuat turun daripada laman web yang sahih bagi mengelakkan akaun anda digodam oleh penjenayah yang boleh mencuri duit dalam akaun bank anda.

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

Cara untuk menyemak baki pinjaman pembiayaan kereta anda juga lebih kurang sahaja dengan cara semakan melalui laman web CIMB.

kuti langkah-langkah berikut:

  1. Log masuk akaun CIMB anda melalui aplikasi di peranti mudah alih anda
  2. Pada menu, klik pada Accounts
  3. Kemudian, pilih My Account
  4. Kemudian, pilih Loans
  5. Pada halaman seterusnya, baki pinjaman pembiayaan keret anda bersama CIMB Bank akan dipaparkan

Mudah bukan?

Kaedah semakan baki loan secara onlien melalui website atau aplikasi CIMB Clicks sememangnya lebih mudah dan menjimatkan masa berbanding semakan secara manual di kaunter CIMB Bank.

Buat masa ini juga, pihak CIMB tidak menyediakan kemudahan semakan baki loan melal khidmat Sistem Pesanan Ringkas (SMS).

Anda juga boleh merujuk video di bawah untuk melihat panduan lanjut:

Sumber: Youtube CIMB Malaysia

Maklumat Lanjut Tentang Baki Loan Kereta CIMB

Jika anda memohon pinjaman dan ingin mengetahui status pinjaman anda, sila buat semakan melalui Status Checker di pautan berikut: https://www.cimb.com.my/en/personal/forms-apply/general/status-checker.html

Bagi pengguna CIMB Islamic, sila rujuk di pautanberikut: https://www.cimbislamic.com.my/en/business/online-current-account-i-application/check-status.html

Untuk maklumat lanjut, anda juga boleh berhubung dengan pihak CIMB melalui pautan berikut:

https://www.cimbclicks.com.my/whatsapp.html

Berapa bintang untuk artikel ini?

Average rating 0 / 5. Vote count: 0

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment