Badminton Thailand Masters 2026 [LIVE] – Jadual Pemain Malaysia

Badminton Terbuka Thailand
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Badminton Thailand Masters 2026 ialah kejohanan badminton peringkat antarabangsa yang dianjurkan di Nimibutr Stadium, Bangkok dari 27 Januari hingga 1 Februari 2026. Untuk mengikuti keputusan terkini, jadual perlawanan, dan maklumat lanjut, layari laman rasmi BWF atau BWF Match Centre

Kejohanan berprestij ini menawarkan jumlah hadiah wang tunai sebanyak $250,000 (RM979,745.01).

Bagi peminat badminton di Malaysia, anda juga boleh menonton siaran langsung dan live streaming Badminton Terbuka Thailand 2026 melalui saluran rasmi yang telah ditetapkan.

Pengenalan Badminton Thailand Masters 2026

Badminton Terbuka Thailand atau Thailand Masters merupakan salah satu kejohanan badminton berprestij di peringkat antarabangsa yang menjadi tumpuan pemain elit dunia.

Bagi edisi Princess Sirivannavari Thailand Masters 2026, kejohanan ini menandakan penganjuran kali keempat dalam siri BWF World Tour 2026 serta kesinambungan kejohanan Thailand Masters yang telah dianjurkan sejak tahun 2016.

Kejohanan ini dianjurkan oleh Persatuan Badminton Thailand dengan kelulusan rasmi daripada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Sebagai kejohanan berstatus HSBC BWF World Tour Super 300, Princess Sirivannavari Thailand Masters 2026 akan berlangsung dari 27 Januari hingga 1 Februari 2026 bertempat di Bangunan Nimibutr, Stadium Nasional, Bangkok.

Kejohanan ini menawarkan hadiah keseluruhan melebihi AS$250,000 (sekitar 8.5 juta baht), dengan piala kejohanan disampaikan oleh Duli Yang Teramat Mulia Puteri Sirivannavari Nariratana Rajakanya, sekali gus menambah nilai prestij acara ini.

Hadiah Kejohanan Thailand Masters 2026

Kejohanan Thailand Masters 2026 menawarkan jumlah hadiah keseluruhan sebanyak AS$250,000 (RM979,745.01), menjadikannya antara kejohanan bertaraf HSBC BWF World Tour Super 300 yang berprestij dalam kalendar badminton dunia.

Tewas Di Pusingan Kedua (Round Of 16)

Pemain perseorangan lelaki dan wanita yang tersingkir di pusingan kedua akan menerima hadiah wang tunai sebanyak AS$875 (RM3,428.98).

Sementara itu, pemain dalam acara beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran pula bakal membawa pulang AS$937.50 (RM3,673.91).

Tewas Di Suku Akhir

Bagi pemain perseorangan lelaki dan wanita yang tewas di peringkat suku akhir, mereka akan menerima hadiah bernilai AS$1,500 (RM5,878.26).

Manakala pemain dalam acara beregu lelaki, wanita dan campuran akan memperoleh AS$1,812.50 (RM7,102.90).

Tewas Di Separuh Akhir

Pemain perseorangan lelaki dan wanita yang gagal mara ke perlawanan akhir akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak AS$3,625 (RM14,207.24).

Bagi acara beregu lelaki, wanita dan campuran pula, pemain akan menerima AS$3,500 (RM13,717.33).

Naib Juara

Naib juara bagi semua kategori pertandingan akan menerima hadiah wang tunai bernilai AS$9,500 (RM37,232.77).

Juara

Juara perseorangan lelaki dan wanita akan membawa pulang hadiah utama sebanyak AS$18,750 (RM73,485.74).

Manakala juara bagi acara beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran pula akan menerima AS$19,750 (RM77,404.98).

Tarikh Kejohanan & Lokasi

Badminton Terbuka Thailand 2026 berlangsung dengan ketetapan berikut:

  • Tarikh:  27 Januari hingga 1 Februari 2026
  • Lokasi:  Nimibutr Stadium, Bangkok

Senarai Pemain Malaysia

Perseorangan Lelaki

  1. Sholeh Aidil
  2. Justin Hoh
  3. Lee Zii Jia
  4. Eogene Ewe
  5. Kok Jing Hong

Perseorangan Wanita

  1. K. Letshanaa
  2. Goh Jin Wei
  3. Wong Ling Ching
  4. Siti Zulaikha

Beregu Lelaki

  1. Chia Weijie – Lwi Sheng Hao
  2. Choi Sol Gyu – Goh V Shem
  3. Kang Khai Xing – Aaron Tai
  4. Azriyn Tan – Wee Kiong
  5. Low Hang Yee – Ng Eng Cheong
  6. Lau Yi Sheng – Lim Tze Jian
  7. Muhammad Faqi – Lok Hong

Beregu Perempuan

  1. Chong Jie Yu – Vanessa Ng
  2. Cheng Su Hui – Tan Zhing Yi

Beregu Campuran

  1. Jimmy Wong – Lai Pei Jing
  2. Liew Xun – Ho Lo Ee

Jadual Perlawanan Team Malaysia dalam Badminton Terbuka Thailand

Berikut adalah Jadual Perlawanan (1 Februari 2026) – Akhir:

Match 3 – 2.40 PM
Goh Jin Wei (MAS) Vs Devika Sihag (IND)

Keputusan Terkini Badminton Terbuka Thailand

Berikut adalah keputusan terkini Badminton Terbuka Thailand untuk perlawanan (31 Januari 2026):

Perseorangan Wanita

  • Goh Jin Wei tewas 0-1 ke atas pemain India, Devika Sihag. Beliau menamatkan perlawanan di set kedua kerana kecederaan sekaligus melayakkan Devika untuk menjadi juara dengan mata [8-21, 3-6]

Siaran Langsung (LIVE) Badminton Terbuka Thailand

Perlawanan LIVE Badminton Terbuka Thailand 2026 boleh ditonton melalui Stadium Astro 801 atau RTM dan TV Okey. Strim online di:

Untuk maklumat lanjut dan rasmi mengenai kejohanan ini, sila layari laman BWF.

Soalan Lazim Badminton Terbuka Thailand

1. Apakah itu Badminton Terbuka Thailand?

Badminton Terbuka Thailand, juga dikenali sebagai Thailand Masters, merupakan kejohanan badminton antarabangsa berstatus HSBC BWF World Tour Super 300 yang menghimpunkan pemain elit dari seluruh dunia untuk bersaing merebut mata ranking dan hadiah wang tunai.

2. Bilakah Badminton Terbuka Thailand 2026 Berlangsung?

Kejohanan Princess Sirivannavari Thailand Masters 2026 akan berlangsung dari 27 Januari hingga 1 Februari 2026.

3. Di Manakah Lokasi Kejohanan Ini Diadakan?

Semua perlawanan akan diadakan di Bangunan Nimibutr, Stadium Nasional, Bangkok, Thailand.

4. Siapakah Penganjur Badminton Terbuka Thailand

Kejohanan ini dianjurkan oleh Persatuan Badminton Thailand dengan kelulusan dan pengiktirafan rasmi daripada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

5. Berapakah Jumlah Hadiah Wang Tunai Ditawarkan?

Jumlah hadiah keseluruhan yang ditawarkan ialah AS$250,000 (sekitar RM979,745).

6. Adakah Kejohanan Ini Menawarkan Mata Ranking Dunia?

Ya, kejohanan ini menawarkan mata ranking dunia BWF, menjadikannya penting bagi pemain untuk meningkatkan kedudukan mereka di peringkat antarabangsa.

7. Apakah Kategori Acara Yang Dipertandingkan?

Lima kategori utama dipertandingkan, iaitu:

Perseorangan Lelaki
Perseorangan Wanita
Beregu Lelaki
Beregu Wanita
Beregu Campuran

8. Siapakah pemain Malaysia yang menyertai kejohanan ini?

Berikut adalah senarai pemain Malaysia yang menyertai kejohanan ini:

Single Lelaki
Sholeh Aidil
Justin Hoh
Lee Zii Jia
Eogene Ewe
Kok Jing Hong

Women Single
K. Letshanaa
Goh Jin Wei
Wong Ling Ching
Siti Zulaikha

Women Double
Chong Jie Yu – Vanessa Ng
Cheng Su Hui – Tan Zhing Yi

Men Double
Chia Weijie – Lwi Sheng Hao
Choi Sol Gyu – Goh V Shem
Kang Khai Xing – Aaron Tai
Azriyn Tan – Wee Kiong
Low Hang Yee – Ng Eng Cheong
Lau Yi Sheng – Lim Tze Jian
Muhammad Faqi – Lok Hong

Mixed Double
Jimmy Wong – Lai Pei Jing
Liew Xun – Ho Lo Ee

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut