Badminton Sukan SEA 2025 menjadi tumpuan utama apabila kejohanan berprestij ini menghimpunkan jaguh-jaguh Asia Tenggara dalam perebutan gelaran terbaik serantau. TVS akan menyiarkan secara langsung acara Sukan SEA di https://www.tvsarawak.my/seagames2025/
Dengan reputasi sebagai salah satu acara paling berprestij dan sengit setiap edisi, tahun ini menyaksikan persaingan hebat dalam tiga kategori utama: perseorangan, beregu dan berpasukan.
Dalam artikel ini, kami menyediakan kemas kini masa nyata, termasuk jadual perlawanan harian, keputusan terkini, senarai pemain, serta highlight penting sepanjang kejohanan.
Pengenalan Badminton Sukan SEA 2025
Badminton ialah sukan yang mempunyai asas dan evolusi yang panjang. Ia bermula daripada aktiviti memukul bola yang dilekatkan dengan bulu (shuttlecock awal) secara berbalas menggunakan tangan atau raket.
Sukan ini kemudian berkembang menjadi salah satu sukan paling popular untuk semua peringkat umur dan jantina, dengan pertandingan dianjurkan secara meluas di peringkat antarabangsa serta di rantau Asia Tenggara.
Thailand, selaku tuan rumah Sukan SEA 2025, menubuhkan Persatuan Badminton Thailand pada tahun 1950.
Persatuan ini diiktiraf secara rasmi oleh Pihak Berkuasa Sukan Thailand (SAT) dan merupakan badan badminton kebangsaan yang berdaftar sepenuhnya, serta menjadi ahli penuh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Konfederasi Badminton Asia (BAC), dan Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Thailand.
Bagi Sukan SEA, badminton merupakan salah satu daripada 12 sukan yang dipertandingkan sejak edisi pertama, yang pada asalnya dikenali sebagai Sukan SEAP pada tahun 1959.
Untuk Sukan SEA ke-33 yang akan datang, acara badminton akan berlangsung di Wilayah Pathum Thani, yang merupakan sebahagian daripada Kawasan Metropolitan Bangkok.
Acara Dipertandingkan
Badminton Sukan SEA 2025 akan merangkumi 3 kategori iaitu:
- Perseorangan
- Beregu
- Berpasukan.
Peraturan dan Undang-Undang Pertandingan
- Pemain dibahagikan kepada dua pihak. Setiap pihak mesti memukul bulu tangkis (shuttlecock) melepasi jaring dan mendarat di gelanggang lawan. Jika berjaya, mereka mendapat satu mata.
- Sistem Rally Point digunakan untuk menentukan menang/kalah, bermaksud setiap pertukaran bulu tangkis akan menghasilkan satu mata kepada salah satu pihak. Jika satu pihak mencapai 21 mata terlebih dahulu, mereka memenangi set tersebut.
- Perlawanan dimainkan dalam format best of three (terbaik daripada tiga set). Pihak yang memenangi dua set terlebih dahulu adalah pemenang perlawanan.
- Jika kedudukan terikat 20 : 20 dalam mana-mana set, satu peraturan khas digunakan: pihak tersebut mesti mendahului dengan 2 mata untuk memenangi set itu.
- Jika kedudukan mencapai 29 : 29 dalam mana-mana set, pihak yang memperoleh mata ke-30 terlebih dahulu memenangi set tersebut serta-merta.
Senarai Pemain Malaysia
Nama Pemain Lelaki (Perseorangan)
- Aidil Sholeh
- Eogene Ewe
- Justin Hoh
- Leong Jun Hao
Nama Pemain Lelaki (Beregu)
- Aaron Chia
- Soh Wooi Yik
- Man Wei Chong
- Tee Kai Wun
- Chen Tang Jie
- Hoo Pang Ron
Nama Pemain Perempuan (Perseorangan)
- Eng Ler Qi
- K. Letshanaa
- Siti Zulaikha
- Wong Ling Ching
Nama Pemain Perempuan (Beregu)
- M. Thinaah
- Pearly Tan
- Go Pei Kee
- Teoh Mei Xing
- Toh Ee Wei
- Cheng Su Yin

Tarikh & Lokasi Perlawanan
- Lokasi: Thamasat Rangsit Gymnasium 4, Bangkok, Thailand
- Tarikh: 7 – 14 Disember 2025
Keputusan Terkini Badminton Sukan SEA 2025
Badminton Sukan SEA 2025 – Final (Individu)
- Pearly Tan / Thinaah Muralitharan (MAS) menang 2-1 ke atas Febriana D. Kusuma / Meilysa T. Puspitasari (INA) 21-14, 19-21, 21-16.
- Aaron Chia / Soh Wooi Yik (MAS) tewas 0-2 kepada Sabar K. Gutama / M. Reza P. Isfahani (INA) 14-21, 17-21

Badminton Sukan SEA 2025 – Akhir (Pasukan Lelaki)
Pasukan badminton lelaki negara kembali meraih pingat perak dalam acara berpasukan, mengulangi kejayaan yang dicapai di Kemboja dua tahun lalu. Berikut adalah keputusan perlawanan akhir:
- Leong Jun Hao tewas (MAS) tewas 0-2 kepada Alwi Farhan (INA) 12-21, 19-21
- Aaron Chia / Soh Wooi Yik (MAS) tewas 0-2 kepada Sabar Karyaman Gutama / Moh Reza Pahlevi Isfahani (INA) 12-21, 12-21
- Justin Hoh (MAS) tewas 0-2 kepada Moh. Zaki Abdullah (INA) 12-21 14-21

Badminton Sukan SEA 2025 – Separuh Akhir (Pasukan Perempuan)
Pasukan badminton wanita negara berjaya menamatkan kemarau enam tahun dengan kembali ke podium dan meraih pingat gangsa. Berikut adalah keputusan perlawanan akhir:
- K. Letshanaa (MAS) tewas 0-2 kepada Putri Kusuma Wardani (INA) 9-21, 10-21
- Pearly Tan / M Thinaah (MAS) menang 2-1 ke atas Rachel Allessya Rose / Febi Setianingrum (INA) 21-14, 17-21, 21-16
- Wong Ling Ching (MAS) menang 2-1 ke atas Gregoria Mariska Tunjung (INA) 22-21, 15-21. 21-16
- Go Pei Kee / Toh Ee Wei (MAS) tewas 0-2 kepada Febriana Dwipuji Kusuma / Meilysa Trias Puspitasari (INA) 9-21, 10-21
- Siti Zulaikha Azmi (MAS) (MAS) tewas 0-2 kepada Mutiara Ayu Puspitasari (INA) 18-21, 16-21

Jadual Perlawanan [14 Disember]
Perlawanan skuad kebangsaan dalam Badminton Sukan SEA 2025 di teruskan untuk kategori individu. Jadual perlawanan FINAL adalah seperti berikut:
Match 2 – 12.50 PM
Pearly Tan / M. Thinaah 🇲🇾 Vs Febriana D. Kusuma / Meilysa T. Puspitasari 🇮🇩
Match 4 – 2.30 PM
Aaron Chia / Soh Wooi Yik 🇲🇾 Vs Sabar K. Gutama / M. Reza P. Isfahani 🇮🇩
Tonton LIVE Badminton Sukan SEA 2025
Anda juga boleh tonton perlawanan Badminton Sukan SEA 2025 secara lansung menerusi platform berikut:
Siaran percuma:
- TVS akan menyiarkan secara langsung acara Sukan SEA di https://www.tvsarawak.my/seagames2025/
- Sukan RTM (111)
- TV Okey (Astro 146, MyTV 110)
Siaran berbayar (Astro Go & Sooka):
- Astro Arena (801, 803, 804)
- Astro Supersport (811 – 813)
Astro akan menampilkan pelbagai program istimewa bagi melengkapkan pengalaman tontonan para penonton. Perincian program adalah seperti berikut:

Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyemak jadual rasmi perlawanan dan akses pautan LIVE streaming agar sentiasa terhubung dengan aksi terbaik dari benua Asia dalam sukan Badminton!
Soalan Lazim – Badminton Sukan SEA 2025
Lokasi: Thamasat Rangsit Gymnasium 4, Bangkok, Thailand
Tarikh: 7 – 10 Disember 2025
Terdapat 3 kategori utama:
Perseorangan
Beregu
Berpasukan
Sukan SEA menggunakan sistem Rally Point 21 mata (best of 3 games)
Pemain/pasukan perlu mendahului dengan 2 mata untuk menang
Badminton telah menjadi antara 12 sukan asal yang dipertandingkan sejak edisi pertama pada tahun 1959 (Sukan SEAP)
Baca juga:




