Contoh Ayat Deep Islamik, Cinta Kehidupan, Pendek, English

Kita biasa dengar sesetengah orang menggunakan “ayat deep” untuk memberikan teguran kepada orang lain.

Ayat sebegini juga membuatkan kita berfikiran sejenak tentang maksud mendalam yang ingin disampaikan oleh penuturnya.

Ayat sebegini biasanya mudah diterima sebagai satu bentuk teguran tetapi ada juga ayat sebegini yang mampu membuatkan orang yang mendengarnya tersentak atau sentap.

Berikut merupakan beberapa koleksi ayat deep yang boleh anda gunakan sebagai rujukan bagi kegunaan anda.

Ayat deep Islamik

ayat deep islamik

Berikut merupakan beberapa contoh ayat deep bertemakan Islamik:

  • Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.
  • Pujuklah hati untuk terus bersabar walaupun hebat macam mana sekalipun diduga.
  • Hidup ini ibarat roda. Jangan syok sangat buat orang. Nanti terlupa takdir sendiri.
  • Hawa, carilah seorang IMAM, bukan semata-mata seorang jejaka. Adam, carilah seorang MAKMUM yang taat, bukan semata-mata seorang wanita.
  • Ingatlah, setiap tangan yang menadah ke langit tidak akan pernah kembali dalam keadaan kosong. Makbul atau tidak doa kita itu adalah rahsia Allah. Allah tak pernah jemu mendengar kita merintih.
  • Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.
  • Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

Artikel berkaitan: 100+ Quote Tentang Kejayaan, Kata-Kata Bijak Kehidupan

Ayat bertemakan cinta

ayat deep cinta

Berikut merupakan beberapa contoh ayat deep bertemakan cinta:

  • Tahniah! Jaga dia baik-baik dan tolong jangan buat macamana awak buat kat saya.
  • Memiliki itu mudah. Menjaga itu yang susah. Hargailah selagi ia milik kita.
  • Jangan terlalu berharap dengan susuatu yang tak pasti. Sebab takut nanti kau pulak yang sakit hati.
  • Hati ini umpama kaca. Sekali pecah, susah nak sambung. Kalau disambung sekalipun, masih zahir retaknya.
  • Jangan beri aku HARAPAN. Bila akhirnya aku hanya untuk DIPERMAINKAN.
  • Mencintai awak tidak pernah menjadi pilihan. Ia adalah satu kemestian.
  • Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong.

Ayat tentang kehidupan

motivasi kehidupan

Berikut merupakan beberapa contoh ayat deep tentang kehidupan:

  • Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang- kadang menumpahkan darah.
  • Kau akan kenal erti kekuatan setelah kau hadapi kesakitan
  • Hargai insan yang menyayangi sebelum mata terpejam buat selamanya
  • Untuk mendapatkan apa yang kau suka, pertama kamu mesti sabar dengan apa yang kamu benci.
  • Pujuklah hati untuk terus bersabar walaupun hebat macam mana sekalipun diduga.
  • Nak orang hormat kau. Tapi, kau sendiri tak tahu nak hormat orang lain.
  • Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

Artikel berkaitan: Contoh Ayat Sentap Untuk Kawan, Padu, Cinta, Pendek, Islamik

Ayat deep pendek

ayat deep pendek

Berikut merupakan beberapa contoh ayat deep pendek tapi penuh makna:

  • Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair.
  • Dia tetap tersenyum. Tapi, ketahuilah hati dia sangat rapuh.
  • Kalau kau jatuh disebabkan manusia , bangkitlah kerana pencipta.
  • Rasa terikat, terlalu sayang dan terlalu benci, akan buat jiwa merana.
  • Pujuklah hati untuk terus bersabar walaupun hebat macam mana sekalipun diduga.
  • Dalam diamku ada rindu yang tidak pernah terungkap.
  • Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

Ayat dalam bahasa Inggeris

kata-kata motivasi

Berikut merupakan beberapa contoh ayat deep dalam bahasa Ingeris:

  • Girls without a Hijab is Hot, and girls with Hijab are Beautiful. That’s why Hell is Hot and Paradise is Beautiful
  • If she cannot stay on her DEEN then she can never be your Queen. If he has NO IMAAN , then he can never be your King.
  • If dreaming is the only way to be with you, then I’ll never open my eyes.
  • Stab the body and it heals, but injure the heart and the wound lasts a lifetime. – Mineko Iwasaki
  •  Just because I am strong enough to handle pain doesn’t mean I deserve it.
  • The hottest love has the coldest end.
  • Pain is inevitable, Suffering is optional.
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!