Perodua Axia E Manual 2023, Model Paling Murah Harga Rahmah

Perodua Termurah, Axia E Manual 1.0 2023, (Type R @ Rahmah) Kini Dilancarkan Di Pasaran – Harga Dari RM22,000 Sahaja!

Berita baik! Perusahaan Otomobil Kedua Sendirian Berhad (Perodua) telah memperkenalkan Axia versi transmisi manual, Axia E.

Menariknya, model ini ditawarkan pada harga hanya RM22,000, atas jalan, tanpa insurans.

Ia datang dengan pilihan 3 warna iaitu Granite Gray, Glittering Silver dan juga Ivory White.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang model terkini 2023 Perodua Axia E, transmisi manual 1.0 yang baru dilancarkan.

Perodua Axia E, 1.0 Manual, Model Paling Murah (Axia Rahmah)

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) memperkenalkan model baharu Axia E bertransmisi manual dengan harga mampu milik hanya RM22,000 tanpa insurans.

Ini menjadikan Axia E sebagai model paling murah pernah diperkenalkan oleh PERODUA sejak model pertamanya, Kancil, yang dilancarkan pada Ogos 1994 dengan harga RM24,800.

Perodua Axia E adalah sebahagian daripada objektif asal kumpulan untuk menyediakan mobiliti yang mampu milik dan berkualiti untuk semua rakyat Malaysia.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, berkata model terbaharu Axia E itu direka untuk disasarkan kepada golongan berpendapatan rendah.

Beliau berkata, Axia E mula dibuka untuk tempahan bermula hari ini dan penghantaran dijangka akan dapat dilaksanakan dalam tempoh beberapa hari selepas tempahan.

Berikut fakta ringkas mengenai Perodua Axia E:

  1. Dikuasakan oleh enjin petrol 1.0L 3-silinder
  2. Hanya ditawarkan dalam versi transmisi manual lima kelajuan
  3. Ada Aircond, ada Power Steering, ada Power Window
  4. Servis setiap 10,000 KM, Warranty 5 tahun
  5. Spesifikasi paling asas, tiada ABS

Pilihan Warna

Tiga pilihan warna iaitu Ivory White, Glittering Silver dan Granite Grey

axia manual 2023
axia manual 2023
axia manual 2023

Spesifikasi

Axia E adalah berdasarkan model Perodua Axia yang diperkenalkan pada 2017 dan ia diperakui dengan penarafan empat bintang ASEAN NCAP oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).

Perodua Axia E, katanya didatangkan dengan dua beg udara, sistem peringatan tali pinggang keledar untuk pemandu dan jaminan selama lima tahun dengan tiga pilihan warna dtawarkan iaitu Ivory White, Glittering Silver serta warna baharu Granite Grey.

Harga Perodua Axia E Manual 2023

Harga model ini adalah RM22,000 tanpa insurans.

Harga ansuran bulanan pula adalah dalam anggaran RM250-RM300 sahaja, berbaloi kan?

Jika dibandingkan dengan model Perodua Axia transmisi automatik, perbezaan harga adalah seperti berikut:

  • Axia 1.0L AV : RM49,500
  • Axia 1.0L SE : RM44,000
  • Axia 1.0L X : RM40,000
  • Axia 1.0L G : RM38,600
  • Axia 1.0L E : RM22,000

NOTA: Kelainan yang dilaksanakan PERODUA bagi model Axia E ini juga adalah memperkenalkan harga jualan yang sama untuk seluruh Malaysia berbanding kebiasaan sebelum ini harga jualan Semenanjung, Sabah dan Sarawak adalah berbeza.

Rujuk lampiran di bawah untuk perincian harga.

Rujuk spesifikasi penuh & perbandingan model Perodua Axia di pautan berikut: https://www.perodua.com.my/our-models/axia.html

Brochure & Senarai Aksesori

Kesimpulannya, kereta ini amat berbaloi untuk dibeli terutamanya bagi mereka yang bujang atau memerlukan kenderaan sebagai keperluan asas.

Bagi yang mahir memandu kereta manual, anda juga boleh buat Grab Car untuk jana pendapatan sampingan.

Bayangkan, dengan bayaran bulanan sekitar RM250-RM300 sahaja sebulan, lebih kurang sama dengan bayar ansuran motosikal baru kan?

Petrol memang jimat lah! Kos penyelenggaraan pun jimat!

Jika anda berminat untuk mendapatkan Perodua Axia transmisi automatik terbaharu 2023, sila rujuk artikel berikut: Perodua Axia Baru 2023: Harga, Varian & Gambar Terkini

Tempahan & Maklumat Lanjut

Untuk membuat tempahan, sila berkunjung ke showroom terdekat Perodua

atau

Dapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web rasmi Perodua di pautan berikut : https://www.perodua.com.my/

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!