Cara Semakan Dividen & Baki ASB Guna MAE Maybank

Cara Semak Baki ASB Guna MAE Maybank

Untuk makluman, akaun ASNB yang dipaut dengan Maybank2U telah dibatalkan. Bermula 18 Jun 2022, pelabur ASB hanya boleh semak melalui aplikasi MAE.

Memandangkan kadar agihan dividen ASB bagi tahun 2022 baru sahaja diumumkan, pasti anda juga ingin semak kadar agihan serta bonus yang diterima.

Jadi, jom kita sama-sama lihat cara semak dividen ASB menggunakan aplikasi MAE.

Baca Juga : Dividen ASB 2022: Kadar Agihan, Bonus & Cara Semakan

Bagi yang belum muat turun aplikasi ini, anda boleh lakukannya melalui salah satu pautan berikut :

Setelah muat turun aplikasi, anda perlu terlebih dahulu link atau pautkan akaun ASNB anda menggunakan aplikasi MAE.

Kelebihan Aplikasi MAE Maybank

Aplikasi MAE bukan sahaja mempunyai ciri-ciri utama aplikasi Maybank2u, malah ia juga padat dengan ciri-ciri menakjubkan yang memudahkan hidup anda.

MAE mempunyai kelebihan berikut:

  1. Mudah digunakan
  2. Boleh menghantar & menerima wang
  3. Menjejak setiap sejarah transaksi
  4. Sahkan transaksi melalui Secure2u
  5. Boleh membuat Tabung Simpanan
  6. Jejak perbelanjaan dengan Expenses
  7. Ada kemudahan Split Bill
  8. Bolehlah pautkan kad kesetiaan
  9. Kadar penukaran mata wang asing lebih baik dengan kad MAE

Berikut adalah antara perbezaan Maybank2u dengan MAE:

Cara Link Akaun ASB dengan MAE

1. Log masuk aplikasi MAE

2. Di laman utama, terdapat 2 titik masuk (butang Transfer atau Maybank2U) untuk pautkan akaun ASNB anda. Pada salah satu titik masuk untuk teruskan.

3.Sekiranya anda tekan Transfer, klik pada ASNB dan pilih ‘ASNB Transfer’.

4.Jika anda klik Maybank2U, pergi ke ‘Wealth’, kemudiannya pilih ‘ASNB Accounts’.

5.Seterusnya, semak dan pilih setuju untuk Terma & Syarat.

6.Tekan ‘Agree & Link’.

7.Luluskan pengesahan Secure2U dengan menekan butang Approve bila notifikasi muncul.

8.Akaun ASNB anda kini berjaya dipautkan.

Sekarang, anda bolehlah semak baki ASB guna MAE dengan beberapa langkah mudah seperti berikut :

Cara Semak Baki ASB Guna MAE

Log masuk aplikasi Maybank MAE di telefon bimbit anda.

Klik butang Maybank2U di bahagian kiri bawah skrin.

Semak Baki ASB Guna MAE maybank

Di laman seterusnya, skrol ke kiri untuk klik butang paling kanan (Wealth).

asb maybank mae

Klik pada akaun untuk lihat butiran dengan lebih terperinci.

Semua akaun ASB termasuk nombor akaun, jumlah baki akaun serta jumlah baki dividen bagi tahun sebelum ini akan dipaparkan.

Dengan adanya kemudahan ini, maka anda tak perlu lagi untuk ke bank atau kiosk ASB. Semuanya boleh dilakukan di hujung jari sahaja.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai pengendalian akaun ASNB daripada MAE, sila layari pautan berikut :

ASNB Investment MAE

Jom naik taraf ke aplikasi MAE hari ini!

Ketahui Lanjut: https://maybank.my/3dORkcU

Bantu kami share artikel ini: