Aplikasi MyUbat KKM: Pengambilan Ubat Melalui Temu Janji

Bagi memudahkan rakyat Malaysia, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah memperkenalkan aplikasi MyUbat.

Pandemik COVID-19 yang melanda negara menyebabkan kerajaan terpaksa beralih kepada sistem temujanji dimana individu yang mahu datang ke premis atau pejabat kerajaan untuk tujuan tertentu perlulah membuat temujanji terlebih dahulu.

Untuk proses mendapatkan ubat secara berkala bagi pesakit yang sudah mempunyai preskripsi doktor, maka aplikasi MyUbat adalah inisiatif KKM untuk memastikan pemberian ubat dapat dilakukan dengan lebih efisien.

Apa itu MyUbat?

aplikasi myubat

Aplikasi MyUbat adalah aplikasi yang dibangunkan oleh pihak KKM untuk memudahka para pesakit di fasiliti-fasiliti kesihatan (klinik kesihatan, hospital dll) memantau bekalan ubat dan penggunaan ubat-ubatan dengan lebih mudah melalui telefon pintar.

MyUbat scara umumnya dikendalikan sendiri oleh kerajaan Malaysia oleh itu privasi pengguna adalah terjamin

Aplikasi ini diuruskan oleh Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia dan segala maklumat peribadi yang dikumpulkan adalah tertakluk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).

Fungsi MyUbat

Secara umumnya, terdapat 2 fungsi utama aplikasi MyUbat:

  • Mohon temmujanji farmasi
  • Mohon penghantaran ubat melalui pos

Apabila pengguna membuat temujanji melalui pos, mereka hanya perlu datang pada tarikh dan masa yang telah ditentukanan sahaja dalam aplikasi ini.

Selain itu, mereka juga tidak perlu menunggu lama di farmasi kerana pihak farmasi akan membungkus terus ubat-ubatan yan diperlukan berdasarkan rekod kesihatan pengguna.

Pengguna juga boleh memohon penghantaran ubat-ubatan yang sudah mempunyai preskripsi doktr terus ke rumah anda dan anda hanya perlu membayar caj COD secara tunai kepada pihak servis kurier.

Privasi data pengguna apikasi MyUbat

Secara ringkasnya, aplikasi ini tidak akan merekodkan Data Peribadi pengguna kecuali hanya dengan kebenaran pengguna dan secara sukarelanya diberikan oleh pengguna.

Maklumat yang diberikan pengguna ini penting bagi memastikan bekalan ubat-ubatan yang diberikan kepada pengguna adalah sama seperti dalam rekod perubatan pengguna dan pihak KKM sama sekali tidak akan berkongsi maklumat ini dengan pihak ketiga.

Muat turun aplikasi MyUbat

Buat masa kini, aplikasi ini hanya boleh dimuat turun oleh pengguna telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Android dan iOS sahaja.

Bagi para pengguna yang ingin memuat turun aplikasi ini, anda boleh dapatkannya daripada halaman rasmi Google Play atau AppStore dengan melayari pautan di bawah:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!