MyUbat KKM adalah aplikasi yang dibuat khas oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memudahkan pesakit ambil ubat susulan.
Kalau sebelum ini kita kena pergi hospital, cari parkir, dan hadap barisan yang panjang semata-mata nak ambil ubat bulanan, tetapi dengan menggunakan aplikasi MyUbat KKM tidak perlu lagi.
Anda hanya perlu tunggu di rumah, ambil ubat di locker atau menggunakan kaedah kaunter pandu lalu (drive-thru) untuk mengambil ubat.
Aplikasi ini sangat mesra pengguna dan sesuai untuk anak muda yang tolong uruskan ubat mak ayah di kampung, mahupun pesakit itu sendiri.
Jom baca cara guna MyUbat KKM, fungsi dan kelebihannya di bawah.

Apa itu Aplikasi MyUbat KKM?
Aplikasi MyUbat adalah aplikasi yang dibangunkan oleh pihak KKM untuk memudahkan para pesakit di fasiliti-fasiliti kesihatan (klinik kesihatan, hospital dll) menguruskan pengambilan bekalan ubat susulan secara digital dan memantau temu janji.
Matlamat utama aplikasi ini adalah untuk menyelesaikan masalah kebergantungan pesakit pada kaunter farmasi fizikal, sekali gus mengurangkan kesesakan di hospital dan klinik kesihatan kerajaan.
Dengan menggunakan aplikasi MyUbat KKM, pesakit tidak perlu lagi bersusah payah mencari parkir kenderaan, mengambil nombor giliran, dan menunggu lama di ruang legar farmasi semata-mata untuk mendapatkan ubat bulanan mereka.
Aplikasi ini diuruskan oleh Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia dan segala maklumat peribadi yang dikumpulkan adalah tertakluk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).

Senarai Perkhidmatan MyUbat KKM
Berikut ialah senarai 4 jenis perkhidmatan yang ada di dalam aplikasi MyUbat KKM:
- Temu Janji di Kaunter Farmasi: Anda boleh tetapkan tarikh pengambilan ubat yang dipersetujui antara pesakit dan pihak farmasi. Kelebihannya, ubat sudah siap dibungkus awal dan anda tidak perlu beratur mengambil nombor giliran baharu.


- Ubat Melalui Pos (UMP): Ubat dihantar menggunakan kurier terus ke alamat rumah anda tanpa anda perlu hadir ke fasiliti kesihatan langsung. Ada bayaran cas penghantaran yang dikenakan dan perlu dibayar secara menerima ubat.


- Farmasi Pandu Lalu (Drive-Thru / Park & Take): Anda boleh mengambil ubat terus di kaunter luar atau pondok khas tanpa perlu masuk ke dalam bangunan hospital.

- Lokar Ubat (Medicine Locker): Ubat anda akan dimasukkan ke dalam peti lokar khas yang disediakan di hospital. Anda hanya perlu datang pada tarikh janji temu, masukkan kod PIN atau kunci yang diberikan melalui aplikasi, dan ambil ubat tersebut.

Bukan itu sahaja, aplikasi MyKKM ini juga lengkap dengan pelbagai maklumat penting bagi memudahkan urusan pesakit, antaranya ialah:
- Boleh integrasikan temujanji hospital di kalendar telefon bimbit anda.
- Terdapat rekod preskripsi ubat daripada semua fasiliti kesihatan KKM
- Semak dan pantau semua sejarah pembekalan ubat.
- Proses penghantaran Ubat Melalui Pos boleh dipantau secara terus.
- Menyenaraikan semua janji temu yang aktif daripada semua fasiliti kesihatan.
dan sebagainya.

Cara Daftar & Guna Aplikasi MyUbat KKM
Sesiapa sahaja yang mempunyai preskripsi ubat susulan daripada hospital atau klinik kesihatan kerajaan digalakkan untuk menggunakan aplikasi ini bagi memudahkan urusan pengambilan ubat.
Rujuk cara daftar dan guna aplikasi MyUbat KKM berikut:
Pendaftaran Akaun Baharu (First-Timer
Sebelum memohon ubat, anda perlu muat turun aplikasi MyUbat dan buat pendaftaran baru:
- Muat Turun Aplikasi MyUBAT di Google Play Store, Apple App Store atau Huawei App Gallery.
- Kemudian, buka aplikasi dan klik pada butang Pendaftaran Akaun Baharu.
- Isi nama penuh, nombor Kad Pengenalan (IC), nombor telefon yang aktif, dan alamat emel, kemudian cipta kata laluan anda. Pengguna bukan warganegara Malaysia perlu berdaftar di kaunter farmasi KKM.
- Klik ‘Daftar Akaun’.
Log Masuk
- Selepas pendaftaran berjaya, anda boleh log masuk menggunakan nombor kad pengenalan (tanpa sempang) dan kata laluan yang didaftarkan.
- Bagi bukan warganegara, masukkan nombor pasport yang didaftarkan bersama kata laluan.
- Klik ‘Log Masuk’.

Cara Menggunakan Aplikasi MyUbat Untuk Pengambilan Ubat
- Klik Permohonan Baru untuk membuat permohonan baru.
- Pilih lokasi fasiliti di mana rawatan susulan diterima.
- Pilih satu daripada 4 kaedah yang anda mahukan (Sistem Temu Janji Kaunter, Ubat Melalui Pos, Pandu Lalu, atau Lokar Ubat) dan klik Mohon Perkhidmatan
- Lengkapkan permohonan. Masukkan tarikh temu janji klinik anda yang seterusnya. Anda juga dikehendaki memuat naik (upload) gambar preskripsi ubat atau kad temu janji farmasi.
- Klik Hantar. Pihak farmasi fasiliti tersebut akan menyemak permohonan anda dalam tempoh 1 hingga 3 hari bekerja.
Permohonan ubat susulan sebaik-baiknya dibuat sekurang-kurangnya 1 hingga 3 minggu lebih awal sebelum baki ubat anda di rumah habis bagi memberi masa pihak farmasi memprosesnya.
Anda boleh memantau status kelulusan ubat tersebut terus melalui menu utama aplikasi.
Jika anda memilih pos, nombor penjejakan kurier (tracking number) akan dipaparkan di situ apabila ubat siap dibungkus.
Video Tutorial Daftar Akaun MyUbat
Anda boleh rujuk juga video tutorial cara daftar akaun MyUbat di bawah untuk panduan lebih jelas:
Log Masuk Laman Web MyUbat Guna MyDigital ID
Selain menggunakan aplikasi MyUbat di telefon bimbit/tablet/ipad, sistem ini juga boleh diakses melalui laman web https://myubat.pharmacy.gov.my/webapp/
Anda boleh log masuk menggunakan MyDigital ID, tak perlu muat turun aplikasi MyUbat atau isi borang pendaftaran.
Sekiranya anda belum mempunyai MyDigital ID, anda boleh klik Daftar Pengguna Baru untuk buat pendaftaran akaun.
Untuk masa akan datang, anda juga boleh log masuk sebagai penjaga pesakit.

Senarai Fasiliti Kesihatan KKM Menyediakan Perkhidmatan MyUbat
Hampir kesemua hospital besar negeri dan hospital daerah utama telah menyokong penuh fungsi aplikasi MyUbat.
Anda boleh semak senarai fasiliti kesihatan KKM yang telah menyediakan perkhidmatan MyUBAT melalui pautan berikut: https://myubat.pharmacy.gov.my/#services
Pilih negeri, masukkan nama fasiliti dan pilih perkhidmatan (Sistem Temu Janji Kaunter, Ubat Melalui Pos, Pandu Lalu, atau Lokar Ubat) untuk membuat semakan sama ada fasiliti tersebut menyediakan perkhidmatan tersebut ataupun tidak.

Senarai Hospital TIDAK menyediakan perkhidmatan MyUbat
Sistem MyUBAT hanya dilaksanakan di hospital/klinik kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia sahaja.
Hospital berikut tidak termasuk dalam fasiliti KKM dan tidak disenaraikan dalam aplikasi MyUBAT:
- Institut Jantung Negara (IJN)
- Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)
- Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HUKM)
- Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM)
- Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM)
- Hospital UiTM
- Hospital Angkatan Tentera (HAT)Â
Sumber: MyGovernment
Faedah Menggunakan Aplikasi MyUbat KKM
- Tak Perlu Beratur – Ubat siap dibungkus awal, tinggal datang ambil tanpa perlu tunggu lama.
- Jimat Masa & Minyak – Pilihan hantar terus ke rumah menerusi pos atau ambil di kaunter pandu lalu (drive-thru).
- Boleh Urus Ubat Mak Ayah – Satu akaun boleh daftar banyak profil untuk pantau ubat ahli keluarga.
- Ada Peringatan Automatik – Aplikasi hantar notifikasi peringatan sebelum ubat habis supaya tak terlepas tarikh.
- Pantau Status – Boleh semak baki preskripsi dan jejak kedudukan ubat yang dipos secara langsung.
- Kurangkan Kesesakan – Membantu mengurangkan kepadatan ruang menunggu dan isu parkir di hospital kerajaan.

Muat turun aplikasi MyUbat
Bagi para pengguna yang ingin memuat turun aplikasi ini, anda boleh dapatkannya daripada halaman rasmi Google Play, AppStore atau Huawei App Gallery dengan melayari pautan di bawah:
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai aplikasi MyUbat KKM, anda boleh rujuk saluran berikut:
Soalan Lazim MyUbat KKM
Warganegara dan bukan warganegara Malaysia yang menerima perkhidmatan kesihatan dari fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia.
Perluasan sistem MyUBAT dilaksanakan secara berfasa. Sekiranya senarai hospital/klinik kesihatan tiada dalam pilihan aplikasi MyUBAT, fasiliti kesihatan tersebut akan bermula pada fasa seterusnya. Walau bagaimanapun anda masih boleh mendapatkan perkhidmatan Nilai Tambah Farmasi yang sedia ada di fasiliti kesihatan anda tanpa menggunakan aplikasi MyUBAT
Sistem MyUBAT hanya dilaksanakan di hospital/klinik kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia SAHAJA. Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HUKM), Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM), Hospital UiTM, Hospital Angkatan Tentera (HAT) dan Institut Jantung Negara (IJN) tidak termasuk dalam fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia dan tidak disenaraikan dalam aplikasi MyUBAT.
Klik pada menu nama pengguna untuk mengakses menu Akaun Berbilang. Di skrin Akaun Berbilang, klik pada butang “Tambah akaun”. Akaun berbilang boleh didaftarkan sama ada log masuk akaun MyUBAT ahli keluarga lain atau daftar akaun baharu di skrin pendaftaran.
Di skrin “Bekalan”, klik pada butang “Semak/Tukar”. Butiran lengkap janji temu akan dipaparkan. Di skrin yang sama, klik pada butang “Tukar Maklumat Janji Temu”. Anda boleh mengemas kini maklumat berkaitan tarikh janji temu, jenis perkhidmatan dan alamat penghantaran.
Ya. Anda perlu membayar caj minima yang dikenakan oleh Pos Laju semasa penerimaan ubat daripada Pos Laju. Caj minima adalah berdasarkan berat bungkusan ubat dan jarak penghantaran.




