Finalis Anugerah Juara Lagu 40 AJL 2026 – Live, Senarai Lagu

anugerah juara lagu 40
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Anugerah Juara Lagu 40 (AJL40) kembali menghangatkan industri muzik tanah air dengan barisan lagu terbaik yang berjaya melangkah ke pentas Separuh Akhir bagi edisi 2026.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, AJL terus menjadi platform berprestij yang menilai kualiti komposisi dan lirik, sekaligus mengetengahkan bakat luar biasa para penyanyi, komposer dan penulis lirik tempatan.

Pengenalan Anugerah Juara Lagu

Anugerah Juara Lagu merupakan sebuah pertandingan muzik tahunan berprestij yang dianjurkan oleh stesen penyiaran TV3 bagi mengangkat karya komposer, penulis lirik dan penyanyi tanah air sejak tahun 1986.

Setiap lagu yang dipertandingkan telah melalui pencalonan di program mingguan Muzik-Muzik, seterusnya bertanding di pentas Muzik-Muzik Separuh Akhir dan akhirnya 10 buah lagu terbaik dipilih untuk bertanding di Anugerah Juara Lagu 40 kali ini.

Anugerah Juara Lagu 40 akan menobatkan Juara Lagu, Naib Juara, Tempat Ketiga, Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik.

Senarai Finalis AJL 40

Berikut adalah senarai lagu yang layak untuk ke AJL 40:

1. Tiwikarma
Penyanyi: K.O.I
Komposer: Zai Hamzah, Hemo Globin
Penulis Lirik: Achoi Floor 88, Khaza Raflex, Tuan Nicky, Mya Nana, Sapik Sam

2. Lumangad Oku Dika
Penyanyi: Ryenald Guntabid
Komposer: Ryenald Guntabid
Penulis Lirik: Ryenald Guntabid

3. Cak Cak Cekuk
Penyanyi: Wani Kayrie
Komposer: Karim Karam, Shane Kennedy, Iqie Hugh
Penulis Lirik: Karim Karam, Shane Kennedy, Iqie Hugh

4. Ke Mana Ni
Penyanyi: Luca Sickta, Kmy Kmo, Salammusik
Komposer: Kmy Kmo, Luca Sickta
Penulis Lirik: Kmy Kmo, Luca Sickta, Salam

5. Kamu
Penyanyi: Aina Abdul
Komposer: Aina Abdul
Penulis Lirik: Aina Abdul

6. Tak Adil
Penyanyi: Aisha Retno
Komposer: Marsha Milan
Penulis Lirik: Hazama

7. Nurcinta
Penyanyi: Amir Masdi
Komposer: Amir Masdi, Edry Abd. Halim
Penulis Lirik: Amir Masdi, Edry Abd. Halim

8. Lemah
Penyanyi: Dayang Nurfaizah
Komposer: Hael Husaini
Penulis Lirik: Hael Husaini

9. Tangisan Seorang Pendosa
Penyanyi: Marsha Milan
Komposer: Marsha Milan
Penulis Lirik: Hazama

10. Semacam Pandora
Penyanyi: Hazama
Komposer: Hazama, Zimi, Genervie Kam, Ritz Metalasia
Penulis Lirik: Zel Hadauan

Tarikh LIVE Streaming AJL 40 (2026)

10 lagu bakal dipertandingkan di pentas paling berprestij AJL 40! Siapakah yang akan bergelar juara nanti?

Nantikan kehangatan Anugerah Juara Lagu ke-40 pada:

  • Tarikh: Dijangka pada bulan Ogos 2026
  • Masa: 9 malam
  • Siaran Langsung: Unifi Arena, Bukit Jalil, atau menerusi TV3

Anda boleh strim secara eksklusif di aplikasi tonton. Langgan sekarang: https://www.tonton.com.my/

Keputusan Pemenang 1986 – 2025

Berikut adalah pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) sejak ia diperkenalkan, iaitu mulai tahun 1986 hingga tahun lalu, 2025.

TAHUNAJLLAGUPENYANYI
19861Sekadar Di PinggiranFRANCISSCA PETER
19872Menaruh HarapanZAITON SAMEON
19883Kau Kunci Cintaku Di Dalam HatimuRAMLAH RAM
19894IsabellaSEARCH
19905Janji ManismuAISHAH
19916Takdir Dan WaktuMEGA
19927Pada Syurga Di WajahmuDATO’ NASH
19938Teratai Layu Di Tasik MaduFAUZIAH LATIFF
19949Tanya Sama Itu Hud HudDATUK M. NASIR
199510Cinta Beralih ArahAISHAH
199611Jerat PercintaanDATO’ SRI SITI NURHALIZA
199712Ghazal Untuk RabiahDATUK M. NASIR & DATO’ JAMAL ABDILLAH
199813CindaiDATO’ SRI SITI NURHALIZA
199914AndalusiaDATUK M. NASIR
200015BalqisDATO’ SRI SITI NURHALIZA
200116Mimpi LailaYASIN
200217KeliruNURUL & AJAI
200318Bunga-Bunga CintaMISHA OMAR
200419Relaku PujukSPIDER
200520GemilangJACLYN VICTOR
200621Terlalu IstimewaADIBAH NOOR
200722Itu KamuESTRANGED
200823Lagu UntukmuMEET UNCLE HUSSAIN
200924PergiAIZAT AMDAN
201025Tolong Ingatkan AkuANA RAFFALI
201126Awan NanoHAFIZ SUIP
201227Terukir Di BintangAIZAT AMDAN | PENYANYI ASAL: YUNA
201328Bahagiamu DeritakuHAFIZ SUIP
201429Apa KhabarJOE FLIZZOW FT. SONAONE
201530PotretAKIM & THE MAJISTRET
201631Lelaki TeragungDAYANG NURFAIZAH
201732JampiHAEL HUSAINI
201833HaramDAYANG NURFAIZAH & HAEL HUSAINI
201934SumpahNAIM DANIEL
202035GilaKAKA AZRAFF, NOKI & LOCA B
202136Pelukan AngkasaSOG & SHILA AMZAH
202237Terus HidupAINA ABDUL
202338HasratAMIR JAHARI
202439Hening RinduMARSHA MILAN

Soalan Lazim Anugerah Juara Lagu 40

Apakah Anugerah Juara Lagu 40 (AJL40)?

AJL40 merupakan acara muzik tahunan berprestij yang menghimpunkan lagu-lagu terbaik tempatan, dinilai berdasarkan kualiti komposisi dan lirik oleh barisan juri profesional.

Berapa jumlah lagu yang bertanding di Separuh Akhir AJL40?

Sebanyak 20 lagu bakal dipertandingkan di pentas Separuh Akhir AJL40 bagi merebut tempat ke peringkat akhir.

Apakah yang dipertandingkan dalam AJL40?

AJL40 menilai aspek utama sesebuah lagu iaitu komposer (melodi dan susunan muzik) serta penulisan lirik, selain persembahan artis.

Bilakah tarikh AJL40 berlangsung?

AJL40 dijangka akan diadakan pada bulan Ogos 2026.

Pukul berapa siaran akan bermula?

Siaran akan bermula pada jam 9 malam.

Di manakah lokasi acara ini berlangsung?

Acara ini akan berlangsung secara langsung dari Unifi Arena, Bukit Jalil.

Di mana boleh menonton AJL40 secara langsung?

Anda boleh menonton siaran langsung di TV3 atau hadir ke lokasi (tertakluk kepada jemputan).

Adakah AJL40 boleh distrim secara online?

Ya, AJL40 boleh distrim secara eksklusif melalui aplikasi Tonton.

Bagaimana cara untuk menonton melalui Tonton?

Anda boleh melanggan dan menonton melalui pautan berikut: https://www.tonton.com.my/

Baca juga: Talk to My Manager 2 [LIVE] – Senarai Peserta & Waktu Siaran

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut