Talk to My Manager 2 [LIVE] – Markah Keputusan Minggu 1

Talk to My Manager 2
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Saksikan program Talk To My Manager bermula 19 April 2026, setiap hari Ahad, jam 9 malam di Astro Ria. Undian pula boleh dilakukan melalui laman web Astro Gempak di pautan berikut: https://gempak.com/campaign/talktomymanager 

Program Talk To My Manager ini mengetengahkan satu konsep baru dalam dunia seni persembahan, iaitu kerjasama antara pasangan manager dan artis yang terdiri daripada ibu bapa selebriti dan anak mereka sendiri!

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai Program Talk To My Manager 2.

Apa itu Program Talk To My Manager?

Program Talk To My Manager merupakan sebuah program realiti hiburan yang cukup unik kerana menampilkan konsep “legend passes the torch” atau legasi seni yang diteruskan ke generasi baharu.

Talk To My Manager bukan sekadar pertandingan ia merupakan pentas yang meraikan legasi, bakat dan hubungan kekeluargaan.

Musim ini kembali dengan konsep ikonik “pass-the-baton”, yang menggandingkan selebriti sebagai “manager” bersama anak-anak mereka yang berbakat di pentas.

Setiap persembahan bukan sekadar hiburan, malah menjadi ujian terhadap bimbingan, kepercayaan dan keserasian, sekaligus menyerlahkan ikatan serta kerjasama yang menjadikan setiap detik lebih bermakna dan diingati.

Dalam program ini, anak-anak selebriti akan tampil sebagai penghibur utama, manakala ibu bapa mereka pula berperanan sebagai “pengurus” yang memberi bimbingan, idea dan strategi untuk memastikan persembahan anak mereka benar-benar menyerlah di pentas.

Apa yang menarik, program ini bukan hanya tertumpu kepada nyanyian, tetapi turut merangkumi pelbagai cabang seni seperti lakonan, komedi dan tarian. Hal ini membolehkan penonton menyaksikan sisi berbeza bakat generasi kedua yang mungkin sebelum ini tidak pernah didedahkan.

Sepanjang 7 minggu siaran, setiap pasangan keluarga akan berdepan dengan pelbagai tugasan yang menguji bakat, kreativiti serta ketahanan emosi mereka.

Program ini juga menampilkan elemen baharu apabila pasangan manager dan artis perlu berdepan dengan pihak media untuk menjawab pelbagai persoalan sepanjang pertandingan berlangsung, sekali gus menambah cabaran serta realiti dunia hiburan sebenar ke dalam program ini.

talk to my manager 2
talk to my manager 2

Juri & Hos

  • Hos utama: Datuk Aznil Hj. Nawawi (Pak Nil)
  • Juri tetap: Che Puan Sarimah dan Dato’ AC Mizal
  • Segmen khas: Mika Nabil & Fiza Frizzy (Live+)

Waktu Siaran [ LIVE ] Talk To My Manager

Talk to My Manager diserlah oleh Eskayvie yang hadir sebagai penaja Utama. Eskayvie serlahkan potensi anak, cipta masa depan gemilang, dengan cogan kata Eskayvie, Empowering Wellness, Enriching Lives.

Musim baharu ini turut berkolaborasi bersama Astro Gempak selaku Rakan Digital dan ERA sebagai Rakan Radio Rasmi.

Senarai Peserta Talk To My Manager 2

Senarai peserta Program Talk To My Manager 2026 menampilkan pasangan ibu bapa selebriti dan anak mereka. Berikut adalah senarai peserta musim kedua:

  1. Adira & Anggrek
  2. Ani Maiyuni & Viviana
  3. Datuk A. Aida & Azeva
  4. Dato’ Fazley & Fariedz Fazley
  5. Dato’ Sri Vida & Cik B
  6. Jamilulhayat & Hussain
  7. Linda Jasmine & Ratu
  8. Nana Mahazan & Althea
  9. Pak Azad & Amarra
  10. Safura & Kim Khairii

Keputusan Markah Minggu 1

Berikut adalah keputusan markah minggu 1 untuk semua peserta Talk To My Manager 2026:

    No. Nama PesertaKeputusan Markah
    1Hussain81.33%
    2Azeva79.67%
    3Viviana75.67%
    4Cik B74.33%
    5Fariedz Fazley72.00%
    6Kim Khairii69.67%
    7Anggerik65.33%
    8Ratu64.67%
    9Amarra63.33%
    10Althea60.67%

    Senarai Lagu Minggu 2

    Berikut adalah senarai lagu minggu 2 untuk semua peserta Talk To My Manager 2026:

    1. Althea – Haruka Kanata (Asian Kung-Fu Generation)
    2. Amarra – Kini Kau Tiada (Cik Puan Sarimah Ibrahim)
    3. Anggerik – Aku Tak Percaya Cinta (Liyana Jasmay)
    4. Azeva – Make You Mine (Madison Beer)
    5. Cik B – Salahku (Yonnyboi)
    6. Fariedz Fadzley – Aku Di Matamu (Armada)
    7. Hussain – Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu (Uji Rashid)
    8. Kim Khairri – Seribu Tahun (Imran Ajmain)
    9. Ratu – Sometimes (Britney Spears)
    10. Viviana – Rayuan Perempuan Gila (Nadin Amizah)

    Highlight Sedutan Minggu 1

    Berikut adalah sedutan persembahan semua peserta untuk Minggu 1. Kredit video Sooka Malaysia dan Astro Gempak.

    @sookamalaysia

    Kim Khairii seperti pro! Jom strim rancangan hebat di sooka! Pelan bermula daripada RM9.90/bulan je! Muat turun sekarang — klik link di bio!!

    ♬ original sound – sooka malaysia – sooka malaysia
    Kim Khairii

    @sookamalaysia

    Anak Ani Mayuni sebijik macam ibunya! Jom strim rancangan hebat di sooka! Pelan bermula daripada RM9.90/bulan je! Muat turun sekarang — klik link di bio!!

    ♬ original sound – sooka malaysia – sooka malaysia
    Viviana

    @sookamalaysia

    Anak Adira, Anggrek, memang sangat confident! Jom strim rancangan hebat di sooka! Pelan bermula daripada RM9.90/bulan je! Muat turun sekarang — klik link di bio!

    ♬ original sound – sooka malaysia – sooka malaysia
    Anggerik

    @sookamalaysia

    Menangis Dida! Jom strim rancangan hebat di sooka! Pelan bermula daripada RM9.90/bulan je! Muat turun sekarang — klik link di bio!

    ♬ original sound – sooka malaysia – sooka malaysia
    Fariedz

    @sookamalaysia

    Azeva berjaya bawa lagu ayahnya dengan cemerlang! Jom strim rancangan hebat di sooka! Pelan bermula daripada RM9.90/bulan je! Muat turun sekarang — klik link di bio!

    ♬ original sound – sooka malaysia – sooka malaysia
    Azeva

    @sookamalaysia

    Vibe Ratu exquisite! Jom strim rancangan hebat di sooka! Pelan bermula daripada RM9.90/bulan je! Muat turun sekarang — klik link di bio!

    ♬ original sound – sooka malaysia – sooka malaysia
    Ratu
    @sookamalaysia

    Hussain tunjuk vocal skill hebat! Talk To My Manager 2 sangat promising! Jom strim rancangan hebat di sooka! Pelan bermula daripada RM9.90/bulan je! Muat turun sekarang — klik link di bio!

    ♬ original sound – sooka malaysia – sooka malaysia
    Hussain
    @sookamalaysia

    Cik B deliver gempak okay! Jom strim rancangan hebat di sooka! Pelan bermula daripada RM9.90/bulan je! Muat turun sekarang!

    ♬ original sound – sooka malaysia – sooka malaysia
    Cik B
    Kredit: Astro Gempak

    Sistem Pemarkahan

    Sistem Pemarkahan Program Talk To My Manager 2026 adalah seperti berikut;

    Penjurian 100% dikawal panel juri profesional untuk memastikan keputusan yang objektif. Markah dibahagikan kepada dua aspek utama:

    • 60% daripada penilaian adalah berdasarkan kecekapan, kreativiti pengurusan dan strategi oleh manager (ibu atau bapa selebriti).
    • 40% adalah berdasarkan keunikan persembahan dan kualiti vokal oleh artis (anak selebriti).

    Terdapat elemen undian online oleh penonton yang memberi ganjaran kepada pasangan yang mendapat undian tertinggi.

     Ganjaran ini termasuk peluang membuat persembahan semula, markah tambahan dan hak memilih juri untuk memberikan komen.

    Peserta juga diuji dalam segmen berdepan media secara langsung bagi memberi tekanan dan cabaran emosi yang menunjukkan ketahanan dan kebijaksanaan mereka.

    Cara Mengundi

    Undian dilakukan secara online melalui laman rasmi Astro Gempak. Undian dibuka setiap minggu sebaik sahaja rancangan tamat bersiaran. 

    Penonton hanya perlu melayari laman tersebut untuk menyokong pasangan manager dan artis kegemaran mereka.

    Setiap undian yang diberikan mampu mengubah perjalanan pertandingan. Untuk memastikan anda tidak terlepas, ikuti pengumuman hos di penghujung rancangan kerana di situlah waktu rasmi pembukaan sesi undian akan dimaklumkan. 

    Hadiah Juara

    Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, naib juara pula akan meraih RM15,000 dan tempat ketiga akan menerima RM10,000.

    Maklumat Lanjut

    Untuk info terkini dan maklumat lanjut mengenai program Talk To My Manager 2, sila layari laman rasmi berikut:

    • Youtube AstroGempak
    • Astro Gempak (platform undian dan kandungan digital)
    • Platform penstriman Astro GO dan Sooka untuk menonton siaran langsung dan On Demand

    Jangan lupa saksikan siaran Talk to My Manager setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan bagi sokongan melalui undian di laman web Astro Gempak kepada artis kegemaran anda!

    Soalan Lazim Talk To My Manager 2

    Apa itu Program Talk To My Manager?

    Ia adalah program realiti hiburan yang unik menggabungkan pasangan ibu bapa (manager) dan anak selebriti untuk bertanding dalam cabaran nyanyian dan seni persembahan sepanjang 7 minggu, mengetengahkan legasi dan hubungan keluarga dalam industri hiburan.

    Bilakah dan di mana program ini disiarkan?

    Siaran rasmi bermula padA 19 April 2026, setiap hari Ahad jam 9 malam di saluran Astro Ria (104). Penonton juga boleh menstrim melalui Astro GO dan Sooka.

    Siapa barisan juri dan hos?

    Program dikendalikan oleh Datuk Aznil Hj. Nawawi (Pak Nil) dan dinilai oleh juri profesional termasuk Che Puan Sarimah dan Dato’ AC Mizal.

    Bagaimana sistem penjurian dijalankan?

    Skor terdiri daripada 60% penilaian kreativiti dan pengurusan oleh manager, dan 40% untuk keunikan persembahan serta kualiti vokal artis. Penilaian juga dipengaruhi oleh undian online penonton.

    Bagaimana cara mengundi?

    Penonton boleh mengundi pasangan kegemaran melalui laman web rasmi Astro Gempak selepas setiap episod bersiaran.

    Baca juga: MADANI Mart – Kedai Runcit Harga Rahmah

    Follow eCentral di WhatsApp Channel
    Ikut