Amanah Hartanah Bumiputera (AHB): Cara Daftar dan Syarat

Bagi anda yang sedang mencari instrumen pelaburan baru, anda mungkin boleh mencuba untuk melaburkan duit anda dalam Amanah Hartanah Bumiputera (AHB).

Seperti mana-mana pelaburan sekalipun, pelaburan dalam AHB tetap mempunyai risikonya.

Oleh itu, anda boleh membaca lebih lanjut mengenai pelaburan dalam AHB ini dan bagaimana cara untuk melabur dalam AHB.

Apa itu Amanah Hartanah Bumiputera?

Amanah Hartanah Bumiputera atau singkatannya AHHB merupakan dana unit amanah patuh Syariah yang melabur terutamanya dalam hartanah komersial di lokasi utama di Malaysia dengan tujuan menyediakan aliran pendapatan yang tetap dan konsisten untuk pelabur Bumiputera sambil mengekalkan modal pelaburan mereka.

Dana itu boleh dilanggan oleh pelabur Bumiputera pada harga RM1.00 seunit di semua pengedar sah di seluruh Malaysia..

AHB disokong oleh hartanah komersial utama yang telah disewakan dan menikmati aliran pendapatan sewa yang stabil.

Ia ditubuhkan untuk memberi peluang kepada pelabur Bumiputera untuk mengambil bahagian dalam memiliki hartanah komersial utama melalui pegangan unit dalam AHB sebagai pemegang unit.

AHB dilancarkan pada 29 November 2010 dengan saiz dana awal sebanyak 1 bilion unit. Saiz dana semasa berjumlah 5.0 bilion unit.

Kelebihan AHB

Pelaburan dalam dana Amanah Hartanah Bumiputera mempunyai manfaat-manfaat berikut:

  • Patuh syariah
  • Harga tetap RM1.00/unit
  • Pelaburan AHB disokong oleh hartanah komersial di lokasi utama di Malaysia
  • Pelabur mempunyai akses kepada perkhidmatan pengurus dana yang berpengalaman dan profesional
  • Mampu milik – Hanya 100 unit untuk pelaburan permulaan minimum dan 50 unit untuk pelaburan tambahan minimum dengan tunai

Syarat kelayakan

Hanya individu yang mematuhi syarat-syarat kelayakan berikut layak melabur dala dana Amanah Hartanah Bumiputera:

  • Bumiputera Malaysia yang boleh mendaftar sama ada:
    • Akaun Dewasa (Untuk Bumiputera berumur 18 tahun ke atas); atau
    • Akaun Remaja (Untuk Bumiputera bawah umur tiga (3) bulan hingga 18 tahun. Akaun Remaja mesti didaftarkan di bawah penjaga sah Bumiputera. Penjaga sah mestilah berumur 18 tahun ke atas. Akaun Remaja akan ditukar secara automatik kepada Akaun Dewasa apabila pelanggan mencapai 18 tahun tua.
  • Institusi Bumiputera seperti yang ditentukan oleh Penaja dan Pengurus; dan
  • Lain-lain seperti yang dinyatakan oleh surat ikatan prospektus Dana

Dividen

Berikut merupakan sejarah Dividen Amanah Hartanah Bumiputera yang pernah diberikan kepada para pelabur AHB:

dividen amanah hartanah bumiputera

Untuk senarai penuh, sila ruju halaman Income Distribution di laman web rasmi AHB.

Cara daftar dan melabur AHB

Terdapat beberapa cara untuk memulakan pelaburan dalam Amanah Hartanah Bumiputera:

Maybank & Ambank (Offline / Kaunter)

Pembelian unit AHB boleh dilakukan di mana-mana cawangan Maybank dan AmBank di seluruh Malaysia pada mana-mana hari perniagaan pada waktu pejabat.

  1. Minta bantuan di Kaunter Pertanyaan
  2. Anda akan diarahkan untuk berunding dengan Eksekutif Kewangan (FE) untuk menerangkan tentang Dana dengan lebih terperinci
  3. Isikan borang “Borang Pendaftaran – Akaun Dewasa” atau “Borang Pendaftaran – Akaun Kanak-Kanak/Remaja” yang mana berkenaan
  4. Sila ambil perhatian bahawa anda akan dikehendaki memberikan nombor akaun bank dalam borang. Ini adalah untuk memudahkan pembayaran dividen, jika ada, kerana dividen akan dibayar terus ke dalam akaun anda. Caj minimum mungkin dikenakan kepada menampung kos urus niaga selepas pembayaran dividen.
  5. Serahkan borang yang telah lengkap diisi bersama-sama dengan Kad Pengenalan anda, atau Mykid/Sijil Kelahiran asal (untuk individu berumur 3 bulan hingga 18 tahun) dan jumlah pelaburan sama ada dalam bentuk tunai atau cek jurubank di kaunter. Selepas itu, salinan “Borang Pendaftaran” yang sah akan dikeluarkan kepada anda sebagai bukti pelaburan anda.

Maybank (Online)

Berikut merupakan cara-cara untuk mendaftar dan memulakan pelaburan dalam AHB:

  • Langkah 1: Log masuk ke Maybank2u
  • Langkah 2: Pilih tab “Wealth”.
  • Langkah 3: Pilih “Unit Amanah”
  • Langkah 4: Pilih Nombor Akaun Amanah Saham
  • Langkah 5: Pilih “Langgan Dana”
  • Langkah 6: Pilih “Fund House” dan klik pada “Maybank Asset Management Sdn Bhd”
  • Langkah 7: Pilih “Nama Dana” dan klik pada “Dana Amanah Hartanah Bumiputera”
  • Langkah 8: Pilih “Langganan Satu Kali” di bawah Jenis Pelaburan
  • Langkah 9: Pilih Akaun Pembayaran
  • Langkah 10: Masukkan Amaun
  • Langkah 11: Semak kotak Terma & Syarat
  • Langkah 12: Klik Langgan

Bank Islam (Offline / Kaunter / Ejen Unit Trust)

Dana Unit Amanah yang diagihkan oleh Bank Islam Malaysia Berhad diuruskan oleh pengurus dana profesional iaitu BIMB Investment Management Berhad, Eastspring Investments Berhad dan Maybank Asset Management Sdn Bhd, yang mempunyai pengalaman luas dalam pengurusan dana.

Bagi pelaburan dalam Amanah Hartanah Bumiputera, Maybank Asset Management Sdn. Bhdn. merupakan pengurus dana.

Untuk melabur dalam AHB, anda boleh menghadirkan diri ke mana-mana cawangan Bank Islam untuk memulakan pelaburan atau berjumpa dengan mana-mana ejen Unit Trust yang dikenali.

Nota: Untuk mengelakkan penipuan, pastikan ejen tersebut telah berdaftar sebagai konsultan dengan pihak FIMM. Semakan nama ejen boleh dibuat melalui laman web FIMM.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!