Aliff Aziz – Biodata, Kerjaya & Kehidupan Peribadi

aliff aziz
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Aliff Aziz mempunyai pakej lengkap sebagai seorang penyanyi dan pelakon. Bukan sahaja suaranya yang merdu, lakonannya yang mantap, beliau juga mempunyai rupa paras yang kacak dan tinggi lampai.

Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu cukup dikenali ramai dalam industri muzik, Aliff Aziz

Latar Belakang

aliff aziz
Kredit: Instagram @iamaliffaziz
NamaMohamad Aliff bin Aziz
Nama PanggilanAliff Aziz
Tarikh Lahir16 Februari 1991 (35 tahun pada 2026)
Tempat LahirSingapura
PendidikanSekolah Menengah Princess Elizabeth dan Sekolah Zhenghua
Pekerjaan Penyanyi, pelakon dan model
Genre MuzikPop, R&B, Pop alternatif, Jazz
Adik BeradikAisyah Aziz (penyanyi)
Ketinggian1.91 cm
Akaun Media SosialInstagram @iamaliffaziz
TikTok @iamaliffaziz

Kehidupan Peribadi

aliff aziz
Kredit Instagram @iamaliffaziz

Aliff Aziz mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 bersama suri hatinya Bella Astillah (penyanyi dan pelakon Malaysia) setelah bertunang hampir 9 bulan.

Namun, Aliff dan Bella pernah bercerai pada 16 Mei 2019 dan kemudian rujuk kembali ketika masih dalam tempoh edah.

Pada 13 Jun 2024, pasangan ini kembali bercerai dengan talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Hasil dari perkahwinan itu mereka dikurniakan sepasang cahaya mata yang diberi nama Mohamad Ayden Adrean (7 tahun) dan Ara Adreanna (4 tahun).

Kerjaya & Profesional

Aliff Aziz telah menceburi minat dalam bidang nyanyian sejak berumur 12 tahun lagi.

Memulakan karier menyanyinya dengan lebih serius dengan menjadi peserta kepada program realiti TV, Anugerah pada tahun 2007 ketika berusia 16 tahun.

Ketika itu, Aliff juga menandatangani perjanjian untuk bernaung di bawah syarikat rakaman Sony BMG serta kontrak Mediacorp Artiste Management yang bernilai lebih dari RM100,000.

Selepas kemenangan dalam program mencungkil bakat nyanyian itu, beliau membuat kemunculan sulung dikaca televisyen iaitu Sinar Lebaran 2007/2008, Khayalan, iklan 30 saat KFC dan sebagainya.

Beliau mempunyai empat album studio iaitu Aliff (2007), It’s Aliff’s Time (2010), Aliff Aziz (2012), dan Rebirth (2016).

Antara lagu-lagu hitsnya adalah seperti Sayang Sayang, Cinta Arjuna, Jangan Ganggu Pacarkum, Cinta, Kalau Cinta (duet bersama Joanna) dan banyak lagi.

Beliau juga pernah membintang drama Almari Ajaib, Khayalan, Antara Kita, Sepai, Tiara, Nurul Kasih, Epilog Cinta Khirana, Jodoh Musim 2, Di Sebalik Wajah, Meh Sandar Pada Aku, Meh Sandar Lagi, Melankolia, Halalkan Hati Yang Ku Cari dan Sejuta Rasa Buat Adelia.

Untuk telefilem pula seperti Cinta Vlog, Gerhana, Tiga Dosa, Dia Ayahku, Raya Pak Pak Pong dan Love You Miss Pomen.

Tahun 2026 ini, Alif dikatakan bakal bergandingan dengan Uqasha Senrose dalam drama terbaru “Madu atau Racun” yang akan ditayangkan di iQiyi.

aliff aziz
Kredit Instagram @iamaliffaziz
aliff aziz
Kredit Instagram @iamaliffaziz
Kredit Instagram @iamaliffaziz
Kredit Instagram @iamaliffaziz
Kredit Instagram @iamaliffaziz

Aliff Aziz Jelaskan Sebab Tutup Wajah Bella dalam Foto Keluarga

Aliff Aziz menjelaskan tindakan menutup wajah Bella Astillah dalam foto keluarga yang tular adalah tidak disengajakan. Katanya, dia tidak mahu mengulas lanjut kerana rumah tersebut milik ibu bapanya dan soal hiasan bergantung kepada mereka.

Menurut Aliff, situasi itu berlaku ketika mereka sedang membuat ulasan makanan dan tidak menyangka ada pihak yang memperlahankan rakaman untuk menimbulkan spekulasi.

Mengulas kecaman netizen, Aliff memilih untuk berdiam diri dan kini mahu fokus memperbaiki diri serta bangkit semula tanpa mempedulikan kata-kata orang.

@mediahiburanofficial

Pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz tampil memberikan penjelasan berhubung isu tular yang mendakwa wajah bekas isteri, Bella Astillah sengaja ditutup di dalam potret keluarga di kediaman mereka di Singapura 🤔. Menurut Aliff, hal berkaitan hiasan dalaman rumah ibu bapanya adalah hak peribadi mereka dan dia tidak berhak untuk mencampuri urusan tersebut 👍🏻. #MHnews #MediaHiburan

♬ original sound – Media Hiburan – Media Hiburan
Kredit: Tiktok @mediahiburanofficial

Dalam masa yang sama, beliau turut mendoakan kebahagiaan Bella Astillah bersama pasangannya, Syed Saddiq yang telah bertunang pada 28 Mac lalu.

Aliff menyatakan dia tumpang gembira melihat mereka bahagia, apatah lagi apabila melihat anak-anak mereka turut ceria dalam majlis tersebut, serta berharap hubungan itu berkekalan hingga ke jenjang pelamin.

@mediahiburanofficial

Demikian respon penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz saat ditanya mengenai anaknya, Ayden Adrean dan Ara Adreanna selepas hampir dua tahun dikatakan tidak bertemu 😊. Bagaimanapu, Aliff memilih untuk tidak mengulas lanjut kerana menganggap isu berkaitan anak-anak sebagai perkara sensitif. Malah dia juga bimbang sekiranya kenyataan yang dibuat akan disalah tafsir 🤲🏻. #MHnews #MediaHiburanofficial

♬ original sound – Media Hiburan – Media Hiburan
Kredit: Tiktok @mediahiburanofficial

Pencapaian Aliff Aziz

Sebagai seorang penghibur dan selebriti yang berkecimpung dalam dunia muzik dan lakonan, Aliff berjaya menempah sebilangan pencapaian yang meletakkan dirinya sebaris dengan penyanyi dan pelakon di Malaysia serta Singapura.

Berikut adalah merupakan beberapa pencapaian oleh Aliff Aziz sepanjang menjadi penyanyi dan pelakon:

  • Juara Program Realiti Anugerah 2007
  • Lagu Paling Popular Singapura Anugerah Planet Muzik 2008
  • agu Terbaik Singapura Anugerah Planet Muzik 2013
  • Tercalon dalam kategori Pelakon TV Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017
  • Juara Gegar Vaganza 8 dan membawa pulang RM100,000

Fakta Menarik Mengenai Aliff Aziz

  • Mempunyai darah kacukan Arab
  • Mempunyai dua orang adik perempuan yang kembar seiras iaitu Nur Aisyah dan Nur Ain
  • Album pertama dengan single “Cinta Arjuna” telah terjual lebih 300,000 rakaman di seluruh Asia Tenggara
  • Penyokong fanatik Manchester United

Soalan Lazim Alif Aziz

Siapakah Aliff Aziz?

Aliff Aziz atau nama penuhnya Mohamad Aliff bin Aziz merupakan seorang penyanyi, pelakon dan model terkenal dari Singapura yang memiliki pakej lengkap dari segi suara, lakonan serta penampilan.

Bilakah Aliff Aziz dilahirkan?

Beliau dilahirkan pada 16 Februari 1991.

Dari manakah asal Aliff Aziz?

Aliff Aziz berasal dari Singapura.

Apakah bidang kerjaya Aliff Aziz?

Beliau aktif sebagai penyanyi, pelakon dan juga model dalam industri hiburan.

Apakah genre muzik yang dibawakan oleh Aliff Aziz?

Antara genre muzik beliau termasuk pop, R&B, pop alternatif dan jazz.

Siapakah ahli keluarga Aliff Aziz yang juga terkenal?

Adiknya, Aisyah Aziz, juga merupakan seorang penyanyi.

Adakah Aliff Aziz mempunyai anak?

Ya, beliau dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna, hasil perkahwinan terdahulu dengan Bella Astillah.

Apakah lagu popular Aliff Aziz?

Antara lagu hit beliau ialah Cinta Arjuna, Sayang Sayang, Kalau Cinta dan Jangan Ganggu Pacarku.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut