3 Alat Wajib Ada Di Rumah Untuk Pantau Gelaja Awal Covid-19

Dengan jumlah kes keseluruhan hampir mencecah 1.3 juta, kita boleh lihat hari ini orang yang terdekat dengan kita positif Covid-19.

Dengan erti kata lain kita mungkin hidup dalam kalangan mereka yang positif.

Atau anda sendiri telah positif tetapi tidak menunjukkan sebarang gelaja.

Sekiranya anda positif Covid-19 dan tidak bergelaja dan tidak berisiko tinggi, anda tidak perlu ke CAC untuk membuat penilaian kesihatan. Anda cuma perlu menjalani kuarantin di rumah sahaja.

Tapi tak bermakna kesihatan anda tidak akan bertambah serius.

Dr. Izzar Anwari dalam Instagramnya berkata, ada perkara penting yang perlu dipantau iaitu oksigen level dalam darah (SpO2), kadar denyutan nadi (pulse rate), tekanan darah, dan suhu badan.

Alat Pantau Gelaja Awal Covid-19

4 perkara tersebut boleh dipantau sendiri dengan menggunakan 3 alat berikut:

1- Pulse Oximeter

Pulse oximeter ialah alat untuk memantau paras oksigen dalam darah (SpO2) dan kadar denyutan jantung (pulse rate).

Paras oksigen normal ialah 95-100%.

Manakala pulse rate normal ialah 50-90 beats per minute (bpm) untuk dewasa. Bawah 100 dikira cukup bagus.

Untuk pesakit Covid-19, ada satu fenomena iaitu ‘Happy Hypoxia‘ di mana SpO2 dalam darah rendah tetapi pesakit tiada masalah bernafas dan tak bergejala.

Setiap isi rumah digalakkan memiliki alat mengesan kadar oksigen dalam darah, ‘Pulse Oximeter‘ kerana pengesanan awal gejala ini boleh mengelakkan kematian dalam kalangan pesakit Covid-19.

2 – Blood Pressure Monitor

Tahukah anda sebanyak 58.3 peratus pesakit Covid-19 yang dirujuk ke rawatan kritikal mempunyai sejarah penyakit tekanan darah tinggi.

KKM dalam satu kenyataan media menyarankan supaya rakyat di negara ini mengawal tekanan darah khususnya bagi mengelak terdedah kepada jangkitan Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya mendapati, pesakit-pesakit yang mempunyai komorbiditi seperti hipertensi atau tekanan darah tinggi, kencing manis dan penyakit jantung adalah lebih terdedah mendapat kesan yang lebih mudarat sekiranya dijangkiti penyakit Covid-19.

Berikut jadual bacaan tekanan darah yang betul:

3 – Thermometer

Antara alat wajib ada dalam setiap rumah walaupun bukan musim pandemik semestinya thermometer.

Jika boleh elakkan beli thermometer murah yang hanya tunjuk suhu yang sama.

Laburlah untuk thermometer yang berjenama sedikit yang bacaannya lebih tepat dan berbaloi dengan harga.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!