Idea & Contoh Aktiviti Hari Ibu

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Idea & Contoh Aktiviti Hari Ibu

Hari Ibu merupakan hari istimewa yang didedikasikan untuk menghargai pengorbanan serta kasih sayang seorang ibu. Terdapat pelbagai cara untuk memeriahkan sambutan Hari Ibu. 

Anda boleh rujuk beberapa idea dan contoh aktiviti yang boleh dilakukan untuk menyambut Hari Ibu dengan penuh makna seperti yang dikongsikan di bawah. Jom baca. 

BACA JUGA: Poster Hari Ibu 2024: Contoh Poster Dengan Background Menarik (Menggunakan Canva)

Idea Aktiviti untuk Hari Ibu

1. Sarapan Istimewa di Rumah

Salah satu cara paling mudah tetapi bermakna untuk menyambut Hari Ibu adalah dengan menyediakan sarapan istimewa untuk ibu tercinta. 

Anak-anak dan pasangan boleh bangun lebih awal daripada ibu dan menyediakan hidangan kegemaran ibu. Sajikan sarapan ini di atas dulang yang dihias dengan bunga dan kad ucapan yang dibuat sendiri. Ibu pasti akan terharu dengan usaha dan kasih sayang yang ditunjukkan.

Idea & Contoh Aktiviti Hari Ibu

2. Piknik di Taman

Aktiviti luar seperti piknik keluarga juga salah satu pilihan aktiviti yang menarik sempena Hari Ibu. 

Bawa ibu ke taman yang cantik dan sediakan bersama hidangan kesukaan ibu, makanan ringan dan kek. Anda juga boleh menyediakan dekorasi ringkas untuk memeriahkan suasana piknik. Nanti bolehlah ambil gambar bersama ibu lawa-lawa. 

Aktiviti ini memberi peluang kepada seluruh keluarga untuk meluangkan dan menikmati masa istimewa bersama-sama. Jangan lupa bawa permainan seperti frisbee atau bola untuk menambahkan keseronokan.

Idea & Contoh Aktiviti Hari Ibu

3. Sesi Spa di Rumah

Inilah masa yang tepat untuk berikan ibu peluang berehat dan memanjakan diri. Tak perlu susah-susah, gunakan sahaja barang yang ada di rumah atau beli barang-barang penjagaan diri yang ibu selalu pakai. 

Contoh barang yang boleh disediakan ialah lilin wangi,  topeng muka, srub wajah, losyen, dan sebagainya. Anda juga boleh menyediakan air rendaman kaki.

Idea & Contoh Aktiviti Hari Ibu

4. Menonton Filem Bersama

Manfaatkan hari ini dengan meluangkan masa untuk menonton filem kegemaran ibu atau filem bertemakan kekeluargaan. Sediakan snek seperti popcorn, coklat, dan minuman ringan. 

Pastikan ruang tamu selesa dan sedia untuk menjadi tempat tontonan yang ideal. Anda juga boleh membawa ibu ke panggung wayang untuk lebih seronok atau sekiranya ruang tamu anda kurang sesuai. 

Idea & Contoh Aktiviti Hari Ibu

5. Bawa Ibu Makan Malam Istimewa

Jika anda ingin merayakan Hari Ibu di luar, anda boleh siapkan makan malam istimewa dengan membuat tempahan awal di restoran terbaik. Sebaiknya pilih restoran yang menawarkan hidangan yang ibu suka. 

Makan malam di restoran memberikan peluang kepada ibu untuk menikmati makanan tanpa perlu memasak atau mengemas.

Idea & Contoh Aktiviti Hari Ibu

Contoh Aktiviti Hari Ibu

Berikut adalah beberapa contoh aktiviti sempena Hari Ibu yang diadakan di sekolah, taska atau organisasi; 

1. Menyuap Ibu

Biasanya ibu yang suapkan anak-anak makan kan? Sempena Hari Ibu ini, anak-anak pula diarahkan untuk menyuapkan ibu mereka. Aktiviti ini nampak ‘simple’ tetapi sebenarnya sangat bermakna untuk anak dan ibu.

@eliwidiawati_8

kegiatan menyuapi ibu, dihari ibu, sederhana tapi mengesankan untuk anak-anak🥰

♬ Kaulah Ibuku – AFIA FALLIS

 

2. ‘Blindfold Game’

Aktiviti ini menghendaki anak-anak mencari ibunya dengan mata yang tertutup. 

Idea & Contoh Aktiviti Hari Ibu
Idea & Contoh Aktiviti Hari Ibu

3. Hijabista Style

Anak-anak menggayakan hijab para ibu dengan cara tersendiri. 

Idea & Contoh Aktiviti Hari Ibu

4. Masak untuk Ibu

Anak-anak memasak hidangan mudah untuk ibu dan makan bersama-sama. 

Idea & Contoh Aktiviti Hari Ibu

5. Membuat Kad Hari Ibu

Membuat kad istimewa untuk ibu masing-masing sempena Hari Ibu. 

Idea & Contoh Aktiviti Hari Ibu

6. Mewarna Poster Hari Ibu

Aktiviti mewarna poster Hari Ibu semasa sambutan Hari Ibu.

Kesimpulan

Dengan sedikit kreativiti dan usaha, anda boleh merancang aktiviti yang bermakna dan menyeronokkan sempena Hari Ibu.

Apapun, yang paling penting adalah niat ikhlas anda untuk membuat ibu merasa dihargai dan disayangi pada hari istimewa ini.

Sumber/Kredit: 

  1. Tiktok (@eliwidiawati_8)
  2. Facebook Sekolah Rendah Swasta Sri Showme
  3. Youtube Karya Mawarna
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut