Aktiviti Hari Ibu yang dirancang dengan teliti mampu mencipta kenangan indah bersama insan tersayang.
Hari Ibu merupakan hari istimewa yang didedikasikan untuk menghargai pengorbanan serta kasih sayang seorang ibu.
Terdapat pelbagai cara untuk memeriahkan sambutan Hari Ibu dengan bajet yang rendah namun tetap memberi makna.
Anda boleh rujuk beberapa idea dan contoh aktiviti Hari Ibu yang boleh dilakukan sempena menyambut Hari Ibu di bawah.
Jom baca.Â
Contoh Aktiviti Sambutan Hari Ibu Bersama Keluarga
Berikut ialah contoh aktiviti Hari Ibu yang boleh dilakukan bersama keluarga:
1. Sarapan Istimewa di Rumah
Salah satu cara paling mudah tetapi bermakna untuk menyambut Hari Ibu adalah dengan menyediakan sarapan istimewa untuk ibu tercinta.
Anak-anak dan pasangan boleh bangun lebih awal daripada ibu dan menyediakan hidangan kegemaran ibu. Sajikan sarapan ini di atas dulang yang dihias dengan bunga dan kad ucapan yang dibuat sendiri. Ibu pasti akan terharu dengan usaha dan kasih sayang yang ditunjukkan.

2. Piknik di Taman
Aktiviti luar seperti piknik keluarga juga salah satu pilihan aktiviti yang menarik sempena Hari Ibu.
Bawa ibu ke taman yang cantik dan sediakan bersama hidangan kesukaan ibu, makanan ringan dan kek. Anda juga boleh menyediakan dekorasi ringkas untuk memeriahkan suasana piknik. Nanti bolehlah ambil gambar bersama ibu lawa-lawa.
Aktiviti ini memberi peluang kepada seluruh keluarga untuk meluangkan dan menikmati masa istimewa bersama-sama. Jangan lupa bawa permainan seperti frisbee atau bola untuk menambahkan keseronokan.

3. Sesi Spa di Rumah
Inilah masa yang tepat untuk berikan ibu peluang berehat dan memanjakan diri. Tak perlu susah-susah, gunakan sahaja barang yang ada di rumah atau beli barang-barang penjagaan diri yang ibu selalu pakai.
Contoh barang yang boleh disediakan ialah lilin wangi, topeng muka, srub wajah, losyen, dan sebagainya. Anda juga boleh menyediakan air rendaman kaki dan lakukan urutan istimewa untuk ibu.

4. Menonton Filem Bersama
Manfaatkan hari ini dengan meluangkan masa untuk menonton filem kegemaran ibu atau filem bertemakan kekeluargaan. Sediakan snek seperti popcorn, coklat, dan minuman ringan.
Pastikan ruang tamu selesa dan sedia untuk menjadi tempat tontonan yang ideal. Anda juga boleh membawa ibu ke panggung wayang untuk lebih seronok atau sekiranya ruang tamu anda kurang sesuai.

5. Bawa Ibu Makan Malam Istimewa
Jika anda ingin merayakan Hari Ibu di luar, anda boleh siapkan makan malam istimewa dengan membuat tempahan awal di restoran terbaik. Sebaiknya pilih restoran yang menawarkan hidangan yang ibu suka.
Makan malam di restoran memberikan peluang kepada ibu untuk menikmati makanan tanpa perlu memasak atau mengemas.

Contoh Aktiviti Hari Ibu yang Rendah Bajet
Meraikan Hari Ibu tidak memerlukan kos yang tinggi kerana keikhlasan adalah nilai yang paling utama. Berikut adalah 7 contoh aktiviti Hari Ibu rendah bajet yang boleh dilakukan:
1. Kad Ucapan Gergasi DIY
Gunakan kertas lukisan atau kad manila sedia ada untuk menghasilkan kad ucapan bersaiz besar. Hiaskan dengan lukisan tangan, gambar kenangan, dan ucapan peribadi daripada setiap ahli keluarga.
Kreativiti ini jauh lebih bernilai daripada kad siap di kedai kerana ia melambangkan usaha serta masa yang anda luangkan demi menghargai pengorbanan Ibu.

2. Kupon “Khidmat Bakti” Istimewa
Hasilkan buku kupon buatan sendiri yang membolehkan Ibu menebus tugas rumah secara percuma. Contohnya, “Kupon Basuh Pinggan”, “Kupon Urutan Bahu”, atau “Kupon Lipat Baju”.
Aktiviti ini sangat praktikal dan membantu Ibu berehat sepenuhnya daripada rutin harian yang memenatkan, sekali gus memberikan dia masa berkualiti untuk diri sendiri tanpa mengeluarkan modal.

3. Sukaneka
Cipta suasana spa di rumah dengan hanya menggunakan bahan dapur. Sediakan rendaman kaki air suam bersama garam dan hirisan limau, serta buat skrub muka daripada hampas kopi atau madu.
Berikan Ibu layanan istimewa dengan mengurut kakinya sambil berbual santai. Ini memberikan ketenangan fizikal dan mental buat Ibu tanpa kos rawatan mahal.

4. Makan-makan
Ubah suasana makan tengah hari dengan membentang tikar di halaman rumah atau balkoni. Sediakan hidangan ringkas seperti sandwic, cucur, dan teh tarik yang dimasak sendiri.
Suasana udara luar yang segar sambil menikmati juadah kegemaran dapat memberikan kelainan dan kegembiraan kepada Ibu tanpa perlu bersesak di restoran yang mahal dan penuh.

5. Koleksi Video Ucapan Digital
Kumpulkan video ucapan pendek daripada ahli keluarga, saudara-mara, dan sahabat lama Ibu secara digital. Edit video tersebut menggunakan aplikasi percuma di telefon pintar dengan latar belakang lagu kegemaran beliau.
Hadiah berbentuk memori ini sangat menyentuh perasaan dan boleh disimpan selama-lamanya untuk ditonton semula setiap kali Ibu merindui anak-anak atau cucunya.

6. Sesi Berkebun dan Menyusun Laman
Luangkan masa pagi bersama Ibu dengan membantu beliau membersihkan pasu bunga atau menanam sayur-sayuran di laman.
Anda boleh menyusun semula kedudukan pokok supaya nampak lebih kemas dan menarik.
Selain mengeluarkan peluh, aktiviti ini sangat teraputik bagi ibu yang meminati alam sekitar, sekali gus menunjukkan anda menghargai serta menyokong hobi beliau.

Contoh Aktiviti Sempena Sambutan Hari Ibu Di Sekolah
Berikut adalah beberapa contoh aktiviti sempena Hari Ibu yang diadakan di sekolah, taska atau organisasi;
1. Menyuap Ibu
Biasanya ibu yang suapkan anak-anak makan kan? Sempena Hari Ibu ini, anak-anak pula diarahkan untuk menyuapkan ibu mereka. Aktiviti ini nampak ‘simple’ tetapi sebenarnya sangat bermakna untuk anak dan ibu.
2. ‘Blindfold Game’
Aktiviti ini menghendaki anak-anak mencari ibunya dengan mata yang tertutup.
3. Hijabista Style
Anak-anak menggayakan hijab para ibu dengan cara tersendiri.
4. Masak untuk Ibu
Anak-anak memasak hidangan mudah untuk ibu dan makan bersama-sama.
5. Membuat Kad Hari Ibu
Membuat kad istimewa untuk ibu masing-masing sempena Hari Ibu.
6. Mewarna Poster Hari Ibu
Aktiviti mewarna poster Hari Ibu semasa sambutan Hari Ibu.

Contoh Sambutan Hari Ibu Bersama Adik-beradik
Berikut adalah 7 contoh aktiviti Hari Ibu yang boleh dilakukan bersama adik-beradik:
1. Majlis Makan Malam Bertema
Adik-beradik bekerjasama menyediakan hidangan istimewa mengikut tema kegemaran Ibu, seperti masakan kampung atau konsep hotel.
Bahagikan tugas secara adil. Suasana rumah yang selesa membolehkan semua orang berbual panjang tanpa gangguan luar, menjadikan sambutan ini lebih intim dan penuh kemesraan.

2. Sesi “Imbau Memori” Slaid Digital
Kumpulkan foto dan klip video lama sejak zaman muda Ibu hingga kini. Tayangkan slaid ini menggunakan projektor atau televisyen pada malam sambutan.
Adik-beradik boleh berkongsi cerita lucu atau mengharukan di sebalik setiap gambar tersebut.
Aktiviti ini bukan sahaja menyentuh emosi Ibu, malah mengeratkan kembali silaturahim sesama adik-beradik.

3. Gotong-royong “Makeover” Ruang Kegemaran
Pilih satu sudut yang Ibu sering habiskan masa, seperti dapur atau laman rumah dan lakukan pembersihan atau hiasan semula.
Adik-beradik membeli perabot kecil atau pokok hiasan baru secara berkongsi bajet.
Kejutan ini memberikan keselesaan jangka masa panjang kepada Ibu dan menunjukkan keprihatinan anak-anak terhadap kualiti hidupnya di rumah.

4. Sesi Pengakuan Kasih Sayang
Sediakan satu slot khas di mana setiap adik-beradik diberikan peluang untuk berdiri dan menyatakan penghargaan atau ucapan terima kasih secara terbuka kepada Ibu.
Dalam kesibukan harian, kata-kata penghargaan sering terlepas pandang.
Sesi ini sangat bermakna kerana Ibu dapat mendengar terus luahan hati setiap anaknya, yang sering kali mengalirkan air mata kegembiraan.

5. Shopping
Bawa ibu ke mana-mana pusat beli-belah untuk membeli keperluan dan apa yang beliau inginkan. Beri ibu masa untuk membuat pilihan dan berbelanja dengan tenang.
Sediakan bajet bersama adik-beradik untuk memberi peluang ibu berbelanja tanpa risaukan bajet.

6. Rakaman Lagu atau Video Ucapan Kreatif
Jika adik-beradik tinggal berjauhan, gabungkan video ucapan individu menjadi satu montaj kreatif yang menarik.
Anda boleh menyanyi bersama atau melakukan sketsa pendek yang menghiburkan.
Video ini menjadi hadiah digital yang boleh disimpan dan ditonton berulang kali oleh Ibu.

—
Dengan sedikit kreativiti dan usaha, anda boleh merancang aktiviti yang bermakna dan menyeronokkan sempena Hari Ibu.
Apapun, yang paling penting adalah niat ikhlas anda untuk membuat ibu merasa dihargai dan disayangi pada hari istimewa ini.
Sumber/Kredit:
- Tiktok (@eliwidiawati_8)
- Facebook Sekolah Rendah Swasta Sri Showme
- Youtube Karya Mawarna
Soalan Lazim Aktiviti Hari Ibu
Hari Ibu disambut pada hari Ahad kedua bulan Mei setiap tahun. Tahun 2026, Hari Ibu disambut 10 Mei 2026.
Buat kad ucapan untuk ibu, mewarna poster Hari Ibu, memberi ibu bunga.
Gunakan teknologi untuk merapatkan jurang:
– Panggilan Video Berkumpulan: Buat kejutan dengan menelefon ibu serentak di Google Meet atau WhatsApp.
– Penghantaran Makanan: Pesan makanan kegemaran ibu melalui aplikasi penghantaran terus ke rumah.
– Video Montaj: Gabungkan rakaman ucapan setiap adik-beradik menjadi satu video kreatif.
Pilih aktiviti yang tidak memerlukan banyak pergerakan fizikal atau memenatkan:
– Mendengar lagu-lagu lama kegemarannya.
– Ziarah saudara-mara atau sahabat lama yang dia rindu.
– Makan malam santai di rumah dengan hidangan yang sihat.




