Aktiviti di Langkawi Untuk Seisi Keluarga – Waktu Operasi & Harga Tiket

Aktiviti di Langkawi Untuk Seisi Keluarga - Waktu Operasi & Harga Tiket
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Aktiviti di Langkawi Untuk Seisi Keluarga – Waktu Operasi & Harga Tiket

Langkawi adalah merupakan destinasi pelancongan Malaysia yang cukup terkenal dengan keindahan alam semula jadinya dan pelbagai tarikannya yang lain.

Ia juga telah diiktiraf sebagai salah satu pulau terbaik di Asia Tenggara dan menerima anugerah Asia Best Awards 2022. 

Pulau yang terletak di Kedah ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk semua peringkat umur, menjadikannya destinasi ideal untuk percutian keluarga, pasangan, mahupun pengembara solo. 

Jom terokai aktiviti-aktiviti menarik yang boleh dilakukan dan wajib dicuba semasa anda bercuti di Langkawi!

BACA JUGA: Staycation Selangor – Senarai Penginapan untuk Keluarga & Kids Friendly!

Aktiviti di Langkawi Sesuai Untuk Seisi Keluarga

1. Bersantai di Pantai Cenang

  • Waktu Operasi:
  • Harga Tiket:
Sumber: Langkawi.com

Pantai Cenang adalah pantai paling popular di Langkawi. Dengan pasir pantainya yang putih dan kejernihan ainya,  ia menjadi destinasi yang sempurna untuk bersantai bersama orang tersayang sambil menikmati pemandangan laut yang menenangkan. 

Di pantai ini juga, pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti air seperti banana boat, paddle boarding, dan bermain bola tampar pantai. Percutian di Langkawi anda tidak lengkap tanpa berkunjung ke Pantai Cenang. 

2. Parasailing dan Jet Ski

  • Waktu Operasi:
  • Harga Tiket: Bergantung pakej

Bagi mereka yang sukakan cabaran dan inginkan pengalaman berharga yang mendebarkan, pastikan anda mencuba aktiviti parasailing dan jet ski di Langkawi. Sumpah seronok!

Terdapat pakej-pakej tertentu yang ditawarkan oleh agensi pelancongan yang anda boleh tempah mengikut bajet dan keperluan. 

Anda boleh tempah melalui KLOOK untuk dapatkan diskaun dan memudahkan anda. Taip: Red Ray Watersports di Langkawi dan klik, Search.

Klook.com

3. Snorkeling dan Menyelam di Pulau Payar

  • Waktu Operasi:
  • Harga Tiket: Bergantung pakej

Terletak kira-kira 30 kilometer dari Langkawi, Pulau Payar adalah syurga bagi pencinta alam bawah laut.

Ia menawarkan pengalaman snorkeling dan menyelam yang menakjubkan, dengan terumbu karang yang indah dan pelbagai hidupan laut eksotik.

Sumber: Pulau Payar Marine Park

Pulau Payar menawarkan pelbagai pilihan aktiviti air untuk semua peringkat kemahiran. Bagi mereka yang baru ingin mencuba, terdapat pakej snorkeling yang disediakan dengan pelatih berpengalaman.

Manakala, untuk penyelam berlesen, terdapat juga pilihan untuk melakukan scuba diving dengan bimbingan profesional. 

Sumber: Pulau Payar Marine Park

Bukan itu sahaja, terdapat banyak juga syarikat pelancongan yang menawarkan pakej lawatan ke Pulau Payar, termasuk pengangkutan bot pergi balik, makanan, dan peralatan snorkeling atau menyelam. 

4. Menaiki Kereta Kabel Langkawi (SkyCab)

  • Waktu Operasi: 9.30 pagi sehingga 6 petang
  • Harga Tiket: Bermula RM30++

Salah satu tarikan utama di Langkawi adalah kereta kabelnya yang juga dikenali sebagai SkyCab. Dengan ketinggian 708 meter, SkyCab menawarkan pemandangan menakjubkan dari puncak Gunung Mat Cincang. 

Sumber: Panorama Langkawi

Perjalanan menaiki kereta kabel ini akan membawa anda melalui hutan tropika dan berpeluang untuk melihat pemandangan panorama Pulau Langkawi yang menakjubkan. 

5. Menyusuri Sky Bridge

  • Waktu Operasi: 9.30 pagi – 4.30 petang
  • Harga Tiket: RM6

Setelah menikmati pemandangan dari SkyCab, jangan lepaskan peluang untuk singgah ke Sky Bridge.

Sky Bridge adalah sebuah jambatan gantung yang terletak di ketinggian lebih 700 meter di atas paras laut dan mempunyai reka bentuk yang melengkung.

Sumber: Panorama Langkawi

Jambatan ini menawarkan pemandangan panoramik yang luar biasa, di mana anda boleh melihat kehijauan hutan tropika, pergunungan, dan Laut Andaman yang luas. 

Sky Bridge memberikan pengalaman berjalan kaki yang unik, sambil merasai kesejukan angin sepoi-sepoi yang bertiup lembut. Tempat ini sangat sesuai untuk mengambil gambar dan menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan.

Sumber: Panorama Langkawi

6. Jungle Trekking di Gunung Mat Cincang

  • Waktu Operasi:
  • Harga Tiket: –

Bagi pencinta alam semula jadi, aktiviti jungle trekking di Gunung Mat Cincang adalah pilihan terbaik untuk mengisi percutian di Langkawi anda.

Sumber: makeadventurehappen.com

Gunung Mat Cincang dikelilingi oleh kepelbagaian flora dan fauna yang mengagumkan. Sepanjang pendakian, anda akan disajikan dengan pemandangan air terjun kecil, pokok-pokok tinggi, dan mungkin besar anda juga akan berpeluang melihat haiwan liar seperti monyet dan burung eksotik. 

Sumber: makeadventurehappen.com

Di puncak, pendaki akan dihadiahi dengan pemandangan yang menakjubkan dari kawasan sekeliling Langkawi, termasuk Laut Andaman dan kepulauan di sekitarnya. 

7. Melawat Air Terjun Telaga Tujuh

  • Waktu Operasi:
  • Harga Tiket:

Aktiviti alam seterusnya yang anda boleh lakukan sepanjang percutian di Langkawi ialah melawat Air Terjun Telaga Tujuh. Ia juga merupakan salah satu tempat menarik di Langkawi yang berjaya menarik perhatian ramai pelancong dari dalam mahupun luar negara. 

Sumber: Kedah Tourism

Dikenali sebagai air terjun yang paling indah di pulau ini, Telaga Tujuh dinamakan sempena tujuh kolam semula jadi yang terbentuk di kawasan tersebut. 

Air terjun ini terletak di kaki Gunung Mat Cincang dan dikelilingi oleh hutan hujan tropika yang tebal, memberikan suasana yang menenangkan dan segar. Untuk sampai ke kawasan utama air terjun, pengunjung perlu mendaki lebih dari 600 anak tangga. 

Alang-alang jungle trekking di Gunung Mat Cincang, singgahlah ke air terjun ni sekejap untuk menyegarkan badan. 

8. Melawat Makam Mahsuri

  • Waktu Operasi: 9 pagi hingga 6 petang
  • Harga Tiket: RM15

Melawat Makam Mahsuri juga salah satu aktiviti  menarik di Langkawi yang tidak boleh dilepaskan terutamanya bagi mereka yang ingin mendalami sejarah dan legenda Langkawi.

Sumber: Langkawi Book
Sumber: Langkawi Book

Makam ini adalah tempat persemadian Mahsuri, seorang wanita cantik yang dikaitkan dengan salah satu mitos paling terkenal di Langkawi. Terletak di Kampung Mawat, Makam Mahsuri menjadi destinasi pelancongan di Langkawi yang penting. 

Di kawasan makam ini, terdapat sebuah muzium kecil yang memaparkan artifak, gambar, dan kisah hidup Mahsuri.Selain itu, terdapat rumah tradisional Melayu yang menggambarkan kehidupan masyarakat Langkawi pada zaman dahulu.

9. Berkunjung ke Taman Lagenda Langkawi

  • Waktu Operasi: –
  • Harga Tiket:

Terletak berhampiran dengan Dataran Lang, Taman Lagenda Langkawi adalah taman bertema yang menggabungkan elemen sejarah dan mitos tempatan. 

Taman ini menawarkan replika bangunan dan patung yang berkaitan dengan cerita rakyat Langkawi, menjadikannya destinasi yang menarik untuk belajar mengenai budaya tempatan.

Sumber: Lembaga Pembangunan Langkawi

Pengunjung boleh berjalan kaki melalui laluan yang telah disediakan atau menyewa basikal untuk menjelajah taman ini dengan lebih mudah. 

Selain daripada menikmati pemandangan yang menenangkan, Taman Lagenda juga merupakan tempat yang sesuai untuk mengambil gambar kerana keindahan reka bentuknya yang artistik dan simbolik.

10. Melawat Pulau-pulau (Island Hopping)

  • Waktu Operasi: –
  • Harga Tiket: Bergantung pakej

Satu lagi aktiviti di Langkawi yang wajib anda lakukan ialah island hopping. Aktiviti island hopping membolehkan anda melawat beberapa pulau kecil yang menakjubkan di sekitar Langkawi. 

Sumber: TripAdvisor

Antara pulau-pulau yang popular ialah Pulau Beras Basah yang terkenal dengan pantainya yang bersih, dan Pulau Dayang Bunting, yang terkenal dengan tasik air tawar yang dikelilingi mitos tentang kesuburan.

Sumber; Google Review

Anda boleh tempah pakej-pakej yang ditawarkan oleh agensi pelancongan. Ada banyak pilihan agensi pelancongan yang anda boleh pilih, pastikan pilih yang betul dan jangan lupa baca review terlebih dahulu. 

11. Berkunjung ke Laman Padi

  • Waktu Operasi: 10.00 pagi hingga 6.00 petang
  • Harga Tiket : RM5.00 Dewasa

Jika anda ingin merasai kehidupan tempatan dan mempelajari tentang pertanian, lawatan ke Laman Padi menawarkan pengalaman yang unik. Di sini, anda boleh melihat proses penanaman padi dan belajar tentang pentingnya industri padi kepada penduduk tempatan.

Sumber: Laman Padi
Sumber: Laman Padi

12. Langkawi Wildlife Park

  • Waktu Operasi: Setiap hari, 8.30 pagi – 5.30 petang.
  • Harga Tiket Masuk: RM50+

Langkawi Wildlife Park adalah salah satu tarikan utama di Langkawi yang sesuai untuk keluarga dan pencinta haiwan. Terletak sekitar 10 minit dari Kuah, taman ini menawarkan pengalaman yang mendekatkan pengunjung dengan pelbagai spesies haiwan eksotik. 

Sumber: LANGKAWI WILDLIFE PARK 

Taman ini menempatkan lebih daripada 150 spesies burung, termasuk burung kakak tua, burung merak, dan burung enggang, yang boleh ditemui dalam ruang pameran yang dikelilingi landskap tropika. 

Pengunjung berpeluang memberi makan dan berinteraksi secara langsung dengan haiwan-haiwan ini, menjadikannya pengalaman yang menyeronokkan untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Selain burung, Langkawi Wildlife Park juga menempatkan pelbagai haiwan lain seperti rusa, arnab, ikan koi, dan buaya.

Sumber: LANGKAWI WILDLIFE PARK 

13. Pulau Paradise 101 Langkawi

  • Waktu Operasi: –
  • Harga Tiket Masuk: Bergantung

Sekiranya anda mempunyai bajet, anda boleh menempah pelbagai pakej yang ditawarkan oleh Pulau Paradise 101, sebuah pulau persendirian yang terletak berhampiran dengan Pantai Kok, Langkawi. 

Sumber: Paradise 101

Pulau ini terkenal sebagai destinasi eksklusif untuk aktiviti air, acara khas, dan tempat bersantai mewah yang menawarkan pengalaman percutian unik. Di sini, pengunjung boleh mencuba pelbagai aktiviti menyeronokkan seperti jet ski, banana boat, parasailing, serta menikmati zon bersantai di pantai persendirian. 

Terdapat juga kemudahan mewah seperti restoran dan bar yang menyajikan hidangan enak, serta tempat relaksasi seperti cabana dan spa, menjadikannya destinasi yang sempurna untuk percutian atau acara peribadi yang eksklusif.

14. Underwater World Langkawi

  • Waktu Operasi: 10.00 pagi hingga 6.00 petang (cuti umum: 09:30 am – 06:30 pm)
  • Harga Tiket :RM50 (dewasa), RM39 (kanak-kanak/warga emas)

Underwater World Langkawi adalah salah satu tarikan utama di pulau Langkawi dan terletak di Pantai Cenang. 

Underwater World Langkawi adalah sebuah akuarium besar yang menawarkan pengalaman kepada pengunjung untuk meneroka kehidupan marin di sebalik ‘kaca’ dan juga pameran-pameran yang disediakan.

Sumber: Underwater World Langkawi

Salah satu tarikan utama di Underwater World Langkawi ialah Terowong Bawah Laut, di mana pengunjung boleh berjalan di bawah akuarium gergasi dan menyaksikan ikan-ikan berenang di atas kepala!

15. SKYTREX Adventure Langkawi

  • Waktu Operasi: 9 pagi (jam terakhir masuk pukul 3 petang)
  • Harga Tiket :RM60 – RM 80 (mykad)

SKYTREX Adventure Langkawi adalah destinasi sukan lasak yang popular yang  terletak di dalam kawasan Taman Pertanian Langkawi. 

Sumber: Skytrex Adventure

Di sini, pengunjung boleh menguji keberanian dan ketahanan fizikal mereka dengan meluncur zipline, berjalan di atas jambatan gantung, dan menyeberangi halangan di ketinggian yang mencabar. 

Semua aktiviti dijalankan di sini adalah dengan pengawasan keselamatan yang ketat, memastikan pengalaman yang selamat dan menyeronokkan untuk semua. 

Sumber: Skytrex Adventure

Pengalaman di SKYTREX bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga memberikan peluang untuk menikmati keindahan alam semula jadi Langkawi dari perspektif yang unik. 

Ini adalah aktiviti di Langkawi yang memang wajib anda cuba!!

Kesimpulan

Langkawi adalah destinasi yang kaya dengan pelbagai aktiviti menarik, dari petualangan pantai, pengembaraan di alam semula jadi, hingga ke pengalaman budaya.

Tidak kira apa jenis percutian yang anda cari, Langkawi pasti akan meninggalkan kenangan manis buat anda. Tunggu apalagi, jom rancang percutian Langkawi anda dan nikmati segala aktiviti menarik yang ditawarkan!

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});