AKPS (Agensi Kawalan Perlindungan Sempadan Malaysia)

Agensi Kawalan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS)
Info bantuan baru terus ke WhatsApp
Saya Nak!

Agensi Kawalan Perlindungan Sempadan Malaysia atau ringkasnya AKPS merupakan sebuah agensi penguatkuasaan yang diwujudkan untuk memperkukuh kawalan keselamatan di sempadan negara.

Ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri, AKPS berfungsi sebagai agensi penyelaras utama dalam hal-hal berkaitan pemantauan, penguatkuasaan dan pencegahan aktiviti haram di kawasan sempadan darat, laut dan udara Malaysia.

carta organisasi akps

Majlis peluncuran AKPS telah dibuat pada 2 Februari 2025 oleh YAB TPM  Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof menandakan penubuhan sebuah agensi baru di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang bertujuan menyatukan pelbagai fungsi penguatkuasaan sempadan di bawah satu agensi tunggal.

Daripada 114 pintu masuk rasmi Malaysia, 22 kini telah berada di bawah seliaan AKPS, termasuk lokasi sibuk seperti KLIA, JB Causeway, Kota Kinabalu dan Pelabuhan Klang – sasaran liputan penuh menjelang 2026.

Apa itu Agensi Kawalan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS)?

Agensi Kawalan Perlindungan Sempadan Malaysia

Sebelum penubuhan AKPS, kawalan sempadan Malaysia dikendalikan oleh pelbagai agensi yang berlainan, masing-masing dengan bidang kuasa dan peranan tersendiri.

Ini sering kali menyebabkan pertindihan tugas, kekeliruan dalam rantaian arahan, dan kelemahan dalam perkongsian maklumat.

Dengan menubuhkan AKPS di bawah Akta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2021 (Akta 837), kerajaan dapat mengatasi cabaran ini.

Akta 837 memberikan kuasa undang-undang yang jelas kepada AKPS untuk bertindak sebagai badan penyelaras utama dalam semua aspek pengurusan sempadan, sama ada di darat, laut, atau udara..

lokasi akps

Penubuhan ini adalah langkah strategik untuk memastikan sempadan negara kekal selamat dan terjamin.

Penubuhan AKPS adalah hasil keperluan mendesak untuk menangani pelbagai isu keselamatan yang berlaku di kawasan sempadan negara seperti penyeludupan, pemerdagangan manusia, kemasukan pendatang tanpa izin (PATI) dan aktiviti jenayah rentas sempadan.

Dengan lokasi geografi Malaysia yang strategik dan terbuka, negara sering berdepan cabaran kawalan sempadan yang kompleks.

Oleh itu, AKPS diwujudkan sebagai langkah proaktif untuk memastikan integriti sempadan negara sentiasa terpelihara.

Kolaborasi antara agensi sedia ada

Penubuhan AKPS tidak bermakna jawatan-jawatan baru ditubuhkan, sebaliknya ia mengurus lebih 6,000 pegawai yang datang dari pelbagai agensi yang disususun semula agar lebih berkesan.

Dan yang penting, semua pegawai yang ditugaskan akan disaring ketat, tiada ruang untuk mereka yang pernah bermain di belakang kaunter dengan tangan terbuka.

AKPS melibatkan kolaborasi bersepadu bersama agensi-agensi seperti:

  • Polis Di Raja Malaysia (PDRM)
  • Jabatan Kastam di Raja Malaysia (JKDM)
  • Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)
  • Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)
  • Kementerian Kesihatan (KKM)
  • Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
  • Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS)
  • Majlis Keselamatan Negara (MKN)
  • Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
  • Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)

Fungsi AKPS

Objektif utama AKPS adalah untuk menyatukan fungsi penguatkuasaan sempadan, memudahkan aktiviti perdagangan dan perjalanan, memperkukuh keselamatan sempadan, meningkatkan penyampaian perkhidmatan, serta melindungi keselamatan sempadan negara melalui kolaborasi antara pelbagai agensi keselamatan.

Agensi Kawalan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) ditubuhkan untuk tujuan berikut:

  1. Pemeriksaan dan kawalan orang yang memasuki atau meninggalkan Malaysia.
  2. Pemeriksaan dan kawalan barang-barang yang dibawa ke dalam atau keluar dari kawasan yang ditetapkan.
  3. Pemeriksaan, kawalan dan kuarantin apa-apa tumbuh-tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih dan mikroorganisma yang dibawa ke dalam atau keluar dari Malaysia
  4. Pemeriksaan dan kawalan apa-apa kenderaan yang di bawa ke dalam atau keluar dari Malaysia.
  5. Pemeriksaan dan kawalan makanan dan benda yang bersampingan dengan makanan, dadah, racun, kosmetik dan benda lain yang berkaitan dengan kesihatan yang dibawa ke dalam atau keluar dari Malaysia.
  6. Pemeriksaan dan kawalan hidupan liar, bahagian hidupan liar atau terbitan hidupan liar yang dibawa ke dalam atau keluar dari Malaysia.
  7. Pencegahan dan penyiasatan mana -mana kesalahan dan pengeluaran apa-apa dokumen berkaitan fungsi AKPS. Melaksana rondaan, mengumpul maklumat & risikan bagi kawalan dan perlindungan sempadan.
  8. Mengurus dan mentadbir mana-mana kompleks pintu masuk.

Maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut, laayari laman web rasmi AKPS di https://mcba.moha.gov.my/

Selain itu, sila ikti akaun media ssial rasmi AKPS di bawah:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut