Panduan Buka Akaun CDS RHB Investment Bank

Ingin buka akaun CDS dengan RHB Investmen bank?

Sekiranya anda berminat untuk mula melabur dalam Bursa Malaysia, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah mendaftarkan akaun CDS anda.

Pelabur boleh menggunakan Sistem Depositori Pusat (Central Depository System atau singkatannya CDS) untuk memindahkan sekuriti dari satu akaun CDS ke akaun lain, dengan syarat pemindahan adalah mengikut sebab yang diluluskan oleh Bursa Malaysia Depository Sdn Bhd.

Urus niaga lain yang boleh dilakukan oleh pendeposit melalui Sistem Depositori Pusat adalah mendaftar maklumat akaun bank, pengemaskinian butir-butir akaun, pengaktifan semula akaun CDS yang tidak aktif, pengaktifan semula akaun CDS yang tidak aktif, deposit sijil saham, pengeluaran saham syarikat yang dinyahsenarai dan penutupan akaun CDS.

Artikel berkaitan: Cara Buka Akaun CDS Online Untuk Jual Beli Saham

Terdapat banyak syarikat yang menawarkan perkhidmtan CDS ini dan salah satu daripadanya adalah RHB Investment Bank.

Dokumen untuk pendaftaran

Sekiranya anda berminat membuka akaun CDS bersama RHB Investment Bank, anda mestilah menyediakan dokumen-dokumen berikut untuk pemprosesan pendaftaran:

  • Salinan Kad Pengenalan – 5 salinan
  • Salinan penyata bank 3 bulan terkini – 2 salinan
  • Salinan slip gaji 3 bulan terkini – 1 salinan

Secara umumnya, terdapat 2 cara untuk membuka akaun CDS bersama RHB Investment Bank:

  1. Secara dalam talian atau online
  2. Melalu cawangan RHB Investment Bank.

Buka akaun CDS secara online

Pendaftaran akaun CDS secara online boleh dilakukan melalui laman web RHB Trade Smart dengan mengikuti langkah-langka berikut:

  1. Layari laman RHB Trade Smart di alamat https://rhbtradesmart.com/index.html
  2. Pilih Branch
  3. Klik butang Next
  4. Masukkan butiran-butiran yang diminta seperti:
    • Nama
    • Alamat Email
    • Nombor Telefon
    • Pilih Jenis Akaun
    • Jenis ID Anda.
    • Kad Pengenalan
    • Username
    • Password
    • Nama Ibu
  5. Selepas memasukkan semula password anda, klik butang Submit.

Pegawai yang bertugas akan menghubungi anda dalam masa 3 hari bekerja. ,

Buka akaun CDS melalui cawangan bank

Untuk pembukaan akaun CDS bersama RHB Investment Bank, anda boleh mengnujingi cawangan RHB Investment bank di alaamat berikut:

RHB Centre, 426, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur
No. 5 & 7, Jalan Pandan Indah 4/33 Pandan Indah
24, SS2/63, 47300 Petaling Jaya +603 2113 8118

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!