Advertisements

Cara Buka Akaun CDS Online Untuk Jual Beli Saham

Advertisements

Kini lebih mudah kerana boleh buka akaun CDS secara online sahaja.

Sekiranya anda berminat untuk membuat pelaburan melalui Bursa Malaysia, ada boleh melakukannya dengan mendaftarkan akaun Sistem Depositori Pusat (CDS) terlebih dahulu.

CDS bertindak sebagai kaedah untuk mewakili pemilikan dan pergerakan sekuriti. 

Pemegang akaun CDS menikmati kemudahan seperti memperoleh pemindahan sekuriti dan penyelesaian dagangan secara elektronik.

Anda perlu membuka akaun CDS untuk membeli dan / atau menjual saham, dan untuk menjalankan transaksi CDS yang lain ke atas semua kaunter ekuiti dan bukan ekuiti yang telah dinyatakan di dalam CDS.

Syarat kelayakan membuka akaun CDS

Akaun CDS boleh dibuka sekiranya anda memenuhi syarat-syarat yang berikut:

  • Seorang individu yang telah mencapai umum lapan belas (18) tahun pada tarikh permohonan
  • Sebuah perbadanan dalam konteks Seksyen 4 Akta Syarikat 1965.
  • Mana-mana badan korporat yang diperbadankan dalam Malaysia dan secara notis, diterbitkan melalui Warta, diisytiharkan sebagai pihak berkuasa awam atau instrumen atau Agensi bagi Kerajaan Malaysia atau oleh mana-mana negeri Malaysia
  • Sebuah persatuan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkait dengan persatuan koperasi
  • Sebuah amanah atau perbadanan amanah yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis
  • Mana-mana pertubuhan yang didaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966
  • Badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Parlimen

Cara membuka akaun CDS

Secara umumnya, terdapat dua cara untuk membuka akaun CDS:

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

  1. Melalui Ejen Depositori Diberi Kuasa (ADA)
  2. Secara online

Untuk buka akaun CDS melalui Ejen Depositori Diberi Kuasa (ADA), anda perlu berjumpa sendiri dengan mereka dengan melengkapkan borang Pembukaan Akaun dan perlu menghantar sekali bersama 2 salinan salinan kad pengenalan.

Cara membuka akaun CDS Online

buka akaun cds

Pihak Bursa Malaysia telah membenarkan pembukaan akaun CDS secara online melalui aplikasi Bursa Anywhere mereka yang boleh dimuat turun melalui pautan berikut:

  1. Play Store – Untuk pengguna Android
  2. App Store – Untuk pengguna iOS

Untuk membuka akaun CDS secara online, ikuti langkah-langkah mudah berikut:

  1. Muat turun aplikasi Bursa Anywhere melalui salah satu pautan di atas
  2. Log masuk akaun Bursa Anywhere. Bagi pengguna baru, klik pada pautan Register
  3. Klik Account Opening pada bahagian Menu
  4. Klik butang Agree pada Terms & Conditions
  5. Klik Yes jika maklumat pada kad pengenalan berbeza dengan alamat semasa
  6. Masukkan maklumat yang dikehendaki dan klik butang Next pada setiap halaman sehingga semua maklumat telah dimasukkan
  7. Muat naik gambar Kad Pengenalan (depan dan belakang) dan penyata bank
  8. Anda boleh memilih broker pilihan daripada senarai broker

Setelah selesai permohonan, permohonan anda akan dimaklumkan dalam tempoh 2 hari selepas menghantar permohonan.

Leave a Comment