Kulim Smart Parking: Pendaftaran, Pas Bulanan & Bayar Online

Kulim Smart Parking merupakan satu inisiatif baru daripada pihak Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) menambah baik sistem tempahan dan bayaran parking di kawasan di bawah seliaan MPKK.

Dengan pengenalan Kulim Smart Parking, MPKK menjadi majlis berkuasan tempatan pertama di negeri Kedah yang menggunakan sistem meletak kereta pintar pertama seumpanya.

Untuk pembangunan sistem parking yang lebih efisien ini, kerajaan telah mendapatkan usahasama dengan syarikat HeiTech Padu Berhad yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang selama lebih 25 tahun.

Pengenalan sistem Smart Parking ini juga merupakan salah satu langkah strategik untuk mentransformasikan daerah Kulim kearah sebuah bandar maju dan hub pelaburan berteknologi tinggi.

Berikut dikongsikan cara-cara untuk menggunakan aplikasi ini.

Cara Daftar Kulim Smart Parking (KSP)

Sila muat turun aplikasi KSP terlebih dahulu di pautan berikut:

Bayaran Menggunakan e-Dompet

Satu perkara menarik mengenai sistem Kulim Smart Parking ini adalah segala urusan pembayaran parking boleh dilakukan secara terus melalui aplikasi yang dibangunkan menggunakan e-dompet.

Kemudahan ini sememangnya memudahkan kebanyakan pengguna kerana sebahagian besar daripada kita sememangnya sudah menggunakan kemudahan e-dompet untuk pelbagai urusan pembayaran.

Maka, anda tidak lagi perlu membayar menggunakan duit tunai untuk membeli kupon parking setiap kali meletakkan kenderaan anda di petak-petak parking berbayar.

Cara Bayar Tempat Letak Kereta

Setelah anda mendaftarkan akaun, setiap kali meletakkan kenderaan anda hanya perlu melakukan beberapa langkah mudah berikut untuk membayar tempat letak parking:

  1. Klik butang “Park N Pay”
  2. Masukkan nombor lot tempat parking kereta – setiap lot parking berbayar akan mempunyai nombor lot
  3. Pilih nombor plat kereta dan jumlah masa
  4. Tekan butang “Proceed”
  5. Sahkan maklumat dan klik butang “Pay Parking” untuk membuat bayaran

Cara Beli Pas Bulanan

Sekiranya anda kerap meletakkan kenderaan di petak meletak kenderaan berbayar di sekitar Kulim, lebih jimat sekiranya anda terus beli pas bulanan berbanding bayaran secara harian atau jam.

Dengan sistem baru ini, anda boleh beli pas bulanan untuk setiap kenderaan anda dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Buka aplikasi
  2. Klik butang “Monthly Pass”
  3. Pilih nombor plat kenderaan untuk pembelian pas bulanan
  4. Pilih pas bulanan yang dikehendaki
  5. Klik butang “Proceed to Payment” untuk membuat pembayaran

Nota: Penggunaan setiap pas bulanan adalah terhad untuk satu kenderaan sahaja kerana anda perlu memasukkan nombor plat kenderaan untuk pembelian pas bulanan ini.

PROGRAM PENUKARAN KUPON GORES TEMPAT LETAK KERETA MPKK KEPADA KREDIT EWALLET DALAM APLIKASI KULIM SMART PARKING

Program penukaran kupon gores kepada kredit eWallet dalam Aplikasi Kulim Smart Parking telah bermula pada 1 Okt 2022 hingga 31 Jan 2023. Dengan menyertai program ini, pengguna bersetuju dengan syarat-syarat di bawah ini.

1. Program ini terbuka kepada pemegang kupon gores yang belum tamat tempoh dan masih belum digunapakai bagi tahun 2022 hingga 2024.

2. Kupon gores perlulah;

2.1. Belum digunapakai

2.2. Dalam keadaan baik dan tidak luput

2.3. Maklumat di kupon gores boleh dibaca dengan jelas

2.4. No siri kupon tertera dengan jelas dan tidak menimbulkan sebarang keraguan

3. Pengguna perlu hadir ke kaunter MPKK atau kaunter bergerak Kulim Smart Parking dikawasan yang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

4. Proses pengkreditan nilai akan dilaksanakan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas penerimaan dan pengesahan kupon.

5. Pihak KSP berhak untuk:

5.1. menolak untuk mengkreditkan nilai pada pengguna, sekiranya mana-mana syarat tidak dipatuhi, tetapi tidak terhad kepada yang berikut:

• dimana pengguna tidak jujur;

• di mana pengguna dengan cara yang tidak wajar mendapatkan kelebihan yang tidak adil terhadap KSP.

Keputusan pihak KSP untuk semua perkara yang berkaitan dengan program ini adalah muktamad dan surat-menyurat tidak akan dilayan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, sila hubungi:

PAUTAN MUAT TURUN / DOWNLOAD APP KSP

VIDEO TUTORIAL

https://www.facebook.com/watch/111693328248325/771486407253313/

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!