Affin Hwang: Cara Semakan Baki Pelaburan Unit Amanah LTAT

Dana Unit Amanah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Affin Hwang

Affin Hwang Asset Management Berhad ialah sebuah firma pengurusan aset disokong bank yang diuruskan secara bebas. Syarikat ini memulakan operasinya pada 2001 untuk memenuhi keperluan pelaburan syarikat korporat, institusi, dana pencen, syarikat berkaitan kerajaan, individu berharta dan golongan mewah umum.

Affin Hwang AM merupakan syarikat pengurusan dana unit amanah yang dilantik oleh LTAT untuk menguruskan dana unit amanah ahli-ahli LTAT.

Dana unit amanah tersebut dilaburkan ke dalam portfolio pelbagai yang terdiri daripada ekuiti, sekuriti berpendapatan tetap, dan asset-aset lain sepertimana yang digariskan di dalam surat ikatan serta Garis Panduan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Syarikat pengurusan dana unit amanah adalah tertakluk kepada Surat Ikatan, Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan.

Ahli LTAT yang mempunyai caruman dalam unit amanah Affin Hwang boleh membuat semakan dari semasa ke semasa secara online melalui laman web rasmi yang telah disediakan.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Affin Hwang LTAT dan cara untuk anda membuat semakan baki pelaburan unit amanah.

Apakah Dana Pelaburan Affin Hwang LTAT?

Pelaburan ahli Lembaga Tabung Angkatan Tentera (“LTAT”) dalam dana unit amanah diberikan secara percuma menerusi pembayaran bonus khas berdasarkan perkiraan caruman ahli sepanjang perkhidmatan dalam Angkatan Tentera Malaysia.

Walau bagaimanapun, pemberian ini adalah bergantung kepada prestasi kewangan tahunan LTAT.

Ahli LTAT tidak dibenarkan membuat penjualan-balik dana unit amanah sebelum tamat perkhidmatan atau bersara.
Selepas tamat perkhidmatan atau bersara, anda mempunyai empat (4) pilihan iaitu:

  1. Anda boleh tebus pelaburan, sama ada sebahagian atau sepenuhnya
  2. Anda boleh terus kekalkan pelaburan anda dengan kami dan mengembangkan nilai pelaburan
  3. Anda boleh tambahkan pelaburan anda dengan pembelian tambahan Dana Unit Amanah
  4. Anda boleh tukar dana daripada Dana Konvensional kepada Dana Patuh Shariah, atau pindahmilik dana anda kepada waris terdekat

Cara Membuat Semakan Dana Unit Amanah LTAT Affin Hwang

Anda boleh membuat semakan melalui:

I) SEMAKAN MANUAL

e-kiosk LTAT : Semak lokasinya di pautan ini https://www.ltat.org.my/members/kiosk/

II) SEMAKAN ONLINE

Layari laman web : https://i-access.affinhwangam.com/ltat

Rujuk panduan semakan melalui video berikut:

Contoh penyata pelaburan anda adalah seperti di bawah:

affin hwang

Baca juga: i-Wira LTAT: Cara Daftar, Login & Semakan Penyata Caruman

Syarat Untuk Membuat Jualan Balik Dana Unit Amanah LTAT

Jualan balik dana unit amanah hanya boleh dilakukan selepas anda tamat perkhidmatan dengan LTAT

Cara Membuat Jualan Balik

Jualan balik dana unit amanah LTAT boleh dilakukan di mana-mana cawangan Affin Bank atau Affin Hwang AM yang terdekat.

Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • Surat Pemberian Unit Amanah daripada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT)
  • Buku Bank atau Penyata Akaun Bank (akaun dimana wang penebusan hendak disalurkan)
  • Salinan Kad Pengenalan Awam
  • Quick Form (boleh diperolehi di semua cawangan Affin Bank atau Affin Hwang AM)

Tempoh pemprosesan mungkin mengambil masa selama dua (2) minggu selepas pihak Affin Hwang AM menerima semua dokumen yang tertera diatas.

Apakah Manfaat Dana Unit Amanah?

Dana unit amanah merupakan satu instrumen pelaburan yang ideal, terutamanya untuk para pelabur yang tidak mempunyai kemahiran ataupun masa untuk melakukan penyelidikan dan
analisis pasaran pelaburan sendiri.

Melalui dana unit amanah, pelaburan akan diuruskan oleh
sekumpulan pengurus dana profesional yang bertanggungjawab untuk melakukan penyelidikan ekonomi dan korporat yang mendalam serta mengenal pasti peluang-peluang pelaburan, supaya para pelabur seperti anda boleh melabur tanpa sebarang kebimbangan.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan notis terkini berkenaan unit amanah, sila rujuk pautan:

https://i-access.affinhwangam.com/soalanlazim_LTAT.aspx

Hubungi:

[email protected]

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!