AEON Credit Service: Semakan Baki Pinjaman Secara Online dan SMS

AEON merupakan antara satu daripada syarikat popular yang menyediakan servis pinjaman kredit kepada semua rakyat Malaysia. Tawaran pinjaman kredit ini dikendalikan oleh syarikat AEON Credit Service (M) Sdn. Bhd.

Permohonan untuk membuat bayaran menggunakan kredit daripada AEON begitu mudah dan pantas. Malah, banyak syarikat kini menawarkan pembayaran melalui pinjaman kredit AEON untuk membeli barangan elektrik, motorsikal dan sebagainya.

Apabila membuat pembayaran melalui AEON Credit Service, maka anda tertakluk dengan jadual pembayaran semula yang telah dipersetujui dengan pihak AEON. Bagi memastikan skor kredit sentiasa bagus, pastikan bayaran semula pinjaman dilakukan mengikut waktunya.

Pembayaran semula pinjaman AEON boleh dilakukan melalui pelbagai cara antaranya

  • Cash Deposit Machine (CDM)
  • Cheque Deposit Machine
  • ATM
  • Perbankan internet

Bagi memastikan anda tidak terlepas bayaran semula pinjaman AEON credit, anda boleh membuat semakan bayaran semula baki pinjaman secara online atau melalui perkhidmatan mesej pesanan ringkas (SMS)

Cara Semak Baki Pinjaman AEON Credit Secara Online

Untuk makluman, semakan maklumat akaun boleh dibuat dengan daftar masuk ke AEON Web di https://www.aeoncredit.com.my/login

Bagi membolehkan anda membuat semakan baki pinjaman AEON Credit secara online, anda perlulah mendaftar akaun terlebih dahulu di laman web rasmi AEON.

  • Layari laman rassmi AEON Credit
  • Pada Menu, klik pautan “Register”
  • Sekiranya sudah mempunyai akaun, kli pada “Login”

Semasa mendaftar akaun, anda hendaklah memasukkan nombor kad pengenalan anda yang betul.

Setelah selesai mendaftar akaun di laman web AEON Credit, anda boleh login ke akaun dan melihat baki pinjaman kredit yang perlu dijelaskan mengikut jadual pembayaran semula yang telah dipersetujui.

Cara Semak Baki Pinjaman AEON Credit Melalui SMS

Pihak AEON juga menyediakan perkhidmatan menyemak baki pinjaman AEON Credit anda melalui perkhidmatan SMS. Kemudahan ini boleh digunakan bagi anda yang tidak mempunyai capaian internet yang baik.

Anda boleh menyemak baki akaun melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) di pautan: https://www.aeoncredit.com.my/sms-enquiries atau log masuk ke portal laman web Aeon Credit di : https://www.aeoncredit.com.my/login

Perkhidmatan SMS ini juga tertakluk kepada caj SMS yang dikenakan oleh penyedia perkhidmatan SMS anda. Untuk menyemak baki pinjaman AEON Credit, sila ikuti langkah berikut:

  1. Buka aplikasi penghantaran mesej di telefon mudah alih
  2. Di ruangan nombor, taip 63633
  3. Di ruangan menulis mesej, taip AEON diikuti dengan dengan Nombor Kod dan 4 digit terakhir No. IC anda.

Nombor kod:

  • CCSTS – Status permohonan
  • CCBAL – Tunggakan baki
  • CCMIN – Amaun bayaran minima
  • CCACA – Had kredit
  • CCACT – Pengaktifan kad kredit

Contoh: AEON CCSTS 1234

Cara Semak Status Pinjaman AEON-XPRESS Easy Payment / Personal Financing Inquiry Melalui SMS

Bagi perkhidmatan pinjaman untuk AEON-XPRESS Easy Payment/Personal Financing Inquiry, anda boleh menyemak status permohonan, baki tunggakan, amaun bayaran dan tarikh bayaran terakhir dengan mengikut langkah-langkah berikut:

  1. Buka aplikasi penghantaran mesej di telefon mudah alih
  2. Di ruangan nombor, taip 63633
  3. Di ruangan menulis mesej, taip AEON diikuti dengan dengan Nombor Kod dan 4 digit terakhir No. IC anda.

Nombor kod:

  • STS – Status permohonan
  • BAKI – Tunggakan baki
  • BAYAR – Amaun bayaran
  • AKHIR – Tarikh bayaran terakhir

Contoh: AEON STS 1234

Kadar caj SMS

  • Caj Biasa: RM0.15 setiap SMS diterima (maklumat berguna)
  • Kadar SMS biasa akan dikenakan untuk setiap SMS yang gagal diterima.
  • Kadar SMS biasa adalah tertakluk pada kadar yang ditetapkan oleh syarikat penyedia rangkaian

Bahagian Khidmat Pelanggann AEON Credit Service

Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah, pertanyaan ataupun kemusykilan, bahagian khidatm pelanggan AEON Credit Service boleh dihubungi di talian 03-27199999.

Facebook: AEON Credit Service (M) Bhd

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!