Zikir Hari Selasa & Fadhilat Membacanya

Zikir Hari Selasa & Fadhilat Membacanya

Dalam Surah Al Ahzab, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya”.

Melalui firman Allah SWT ini, jelaslah bahawa Allah memerintahkan hambaNYA untuk sentiasa mengingatiNya dengan banyakkan menyebut namanya atau dalam erti kata lain berzikir. 

BACA DOA: Zikir Hari Isnin & Fadhilat Membacanya

Maksud Zikir

Zikir adalah merupakan suatu perkara yang mendekatkan seorang hamba kepada Allah SWT. Secara khususnya, ia merujuk kepada lafaz-lafaz tertentu yang disyariatkan oleh Allah SWT. 

Salah satu zikir yang anda boleh amalkan ialah Zikir Harian Imam Al Ghazali. Zikir Harian Imam Al Ghazali merangkumi bacaan zikir untuk setiap hari, Isnin hingga Ahad. Ia merupakan amalan yang dilakukan oleh Imam Al Ghazali semasa hayatnya. 

Pada artikel kali ini, kami akan kongsikan Zikir Hari Selasa serta kebaikan mengamalkannya untuk rujukan anda. 

Zikir Hari Selasa – Selawat

Allahumma solli ‘ala sayyidina Muhammad wa ‘ala ali sayyidina muhammad

Maksud: “Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.” – (Hadis Riwayat An-Nasae’i)

Huraian – Tuntutan Berselawat 

Merujuk penjelasan daripada laman sesawang Mufti WP, tuntutan berselawat adalah dimulakan dengan perintah Allah untuk berselawat dengan dzat-Nya dan para malaikat terlebih dahulu, sebelum kita sebagai orang-orang beriman dituntut untuk mengucapkan selawat dan salam kepada Rasulullah SAW. 

Firman Allah SWT:

إِنَّ اللَّـهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”

Syeikh al-Maraghi dalam mentafsirkan ayat ini berkata: Wahai orang beriman, doakanlah supaya Nabi SAW mendapat rahmat, muliakan Baginda walau dengan apa cara yang kamu mampu lakukan. Umpamanya mengikut Baginda secara baik atau mematuhi setiap arahannya. Begitu juga, dengan cara mengucapkan selawat dan salam kepada Baginda dengan lidahmu. [Lihat: Tafsir al-Maraghi, 11/5511]

Fadhilat/ Kebaikan

Terdapat banyak fadhilat mengucapkan selawat, antaranya ialah:

1. Mendapat Rahmat Allah 

Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى الله عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا

Maksudnya: “Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.” [Riwayat Muslim (384)]

2. Tanda Cinta Kepada Nabi

Sabda Nabi SAW:

(الْبَخِيلُ مَنْ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ)

Maksudnya: “Orang Bakhil ialah mereka yang apabila disebut nama-Ku mereka tidak berselawat”. [HR: Tirmizi. Sahih].

Banyak berselawat kepada Rasulullah SAW merupakan tanda cinta seorang muslim kepada Baginda SAW, kerana para ulama’ mengatakan: “Sesiapa yang mencintai sesuatu maka dia akan sering menyebutnya”.

3. Mudah Dikabulkan Doa

Diriwayatkan oleh Sa’id bin Musayyab, Saidina Umar al-Khattab RA berkata:

قَالَ إِنَّ الدُّعَاءَ مَوْقُوفٌ بَيْنَ السَّمَاءِ وَالأَرْضِ لاَ يَصْعَدُ مِنْهُ شَيْءٌ حَتَّى تُصَلِّيَ عَلَى نَبِيِّكَ صلى الله عليه وسلم

Maksudnya: Sesungguhnya doa itu akan tergantung di antara langit dan bumi, tidak akan terangkat sehinggalah kamu berselawat ke atas nabi kamu SAW

Riwayat al-Tirmizi (486)

4. Paling Dekat Bersama Nabi Semasa Kiamat 

Rasulullah SAW bersabda:

أَوَْلَ الن اسِ ِب ِ يَ وْمَ الْقِيَامَةِ أَكْثَ رُهُمْ عَلَى صََلًَة

Maksudnya: “Manusia yang paling dekat denganku pada hari kiamat ialah yang paling 

banyak berselawat ke atas ku”. (Hadis Hasan Liqairihi, Riwayat at-Tirmizi).

5. Menghilangkan Dukacita Dan Menghapuskan Dosa

Berkata Ubai RA: Wahai Rasulullah, aku banyak berselawat untuk engkau, berapa banyakkah aku perlu berselawat untuk engkau?

 (Rasulullah SAW) menjawab: “Terserah”

Aku bertanya: Seperempat? 

(Rasulullah SAW) menjawab: “Terserah, jika kau tambah (selawat tersebut) itu lebih baik bagi

engkau.” 

Aku bertanya: Setengah? 

(Rasulullah SAW) menjawab: “Terserah, jika kau tambah (selawat tersebut) itu lebih baik bagi engkau.” 

Aku bertanya: Dua pertiga?

(Rasulullah SAW) menjawab:”Terserah, jika kau tambah (selawat tersebut) itu lebih baik bagi engkau.”

Aku berkata: Aku akan menjadikan semua selawatku untukmu. 

Nabi bersabda: “Kalau begitu, akan dihilangkan dari engkau dukacita dan dosa engkau akan

diampuni”.

(Hadis Hasan Sahih, Riwayat At-Tirmizi)

Sumber:

  1. #779: Maksud Selawat dan Salam kepada Rasulullah SA – Maktabah Al Bakri
  2. IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-444: DIBENTANGKAN SELAWAT KEPADA RASULULLAH SAW PADA SETIAP HARI JUMAAT – Mufti WP 
  3. ANJURAN BERSELAWAT KEPADA NABI MUHAMMAD SAW DAN KELEBIHANNYA – JABATAN MUFTI PERLIS 
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!