Viu Malaysia: Cara Daftar & Harga Langganan Pakej Viu Terkini

Viu Malaysia merupakan salah satu penyedia perkhidmatan filem dalam talian berbayar yang ada di Malaysia.

Berbanding perkhidmatan seumpamanya seperti Netflix, Disney Hotstar dan sebagainya, Viu lebih memfokuskan mengenai filem-filem dari negara-negara Asia antarnaya Thailand, Korea, Indonesia dan Malaysia sendiri.

Menariknya, Viu Malaysia turut menawarkan beberapa filem yang boleh ditonton secara percuma namun untuk menonton lebih banyak filem yang menarik dan terkini, anda boleh melanggan perkhidmatan “Premium” mereka.

Kelebihan Viu “Premium”

Mungkin anda masih berkira-kira sama ada berbaloi atau tidak untuk melanggan akaun premium.

Berikut merupakan kelebihan-kelebihan yang bakal anda nikmati dengan akaun premium:

  1. Lebih banyak filem dan siri untuk ditonton
  2. Muat turun tanpa had
  3. Boleh ditonton di TV
  4. Boleh menonton filem-filem “Viu Originals”
  5. Tiada iklan
  6. Sari kata bahasa Melayu
  7. Penstriman dalam kualiti HD

Viu Orginals adalah filem khas yang dikeluarkan oleh pihak Viu dan oleh itu hanya boleh ditonton sekiranya anda merupakan pelanggan berbayar sahaja.

Cara Daftar Viu Malaysia

viu malaysia

Ada beberapa cara mudah untuk mendaftarkan akaun anda dan antara pilihan yang ada adalah:

  1. Daftar dengan akaun Facebook
  2. Daftar dengan akaun Gmail
  3. Daftar dengan akaun Apple
  4. Daftar dengan emel atau telefon mudah alih

Harga Langganan

Secara umumnya, platform ini hanya menawarkan satu harga untuk semua pelanggannya.

Walau bagaimanapun, anda akan menikmati lebih banyak penjimatan sekiranya melanggan untuk tempoh waktu yang lebih panjang berbanding langganan secara bulanan.

Berikut merupakan harga langgganan terkini :

  1. 1 Bulan – RM12.90
  2. 3 Bulan – RM29.90
  3. 6 Bulan – RM54.90
  4. 12 Bulan – RM99.90

Dengan melanggan untuk tempoh lebih panjang, anda dapat berjimat setiap bulan.

Bayaran boleh dilakukan secara dalam talian menggunakan kad kredit, eWallet, perbankan internet dan banyak lagi.

Cara langgan akaun Premium

Untuk melanggan akaun premium, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman rasmi Viu di alamat https://www.viu.com/
  2. Klik pada simbol Menu pada bahagian kiri logo Viu
  3. Klik pada “Go Premium”
  4. Pilih pakej yang anda ingini dengan klik pada butang “Select Plan”

Baca juga:

Aplikasi mudah alih

Bagi kemudahan pelanggan, terdapat juga aplikasi mudah alih yang boleh dimuat turun dan dipasang pada telefon pintar atau tablet.

Sila klik pada pautan di bawah untuk memuat turun aplikasi ViuMalaysia:

  1. Google Play – Untuk pengguna Android
  2. App Store – Untuk pengguna iOS
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!