Ustaz Auni, Pendakwah Ilmu Eskatologi Terkenal

Ustaz Auni Mohamad terkenal dengan ceramahnya tentang pelbagai teori konspirasi, iluminati, di sebalik mesej movie seperti Lord of The Rings, berpandingan agama, sejarah tamadun, dan banyak lagi rahsia dunia.

Untuk artikel pada kali ini, kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu cukup dikenali ramai, Ustaz Auni.

Baca juga:

Latar Belakang

ustaz auni
NamaAu’ni Bin Mohamed
Nama PanggilanUstaz Auni
Tarikh Lahir29 Disember 1976
Tempat LahirPasir Mas, Kelantan
PekerjaanPenceramah agama, pendakwah, guru
PendidikanUniversiti Al Azhar, Perundangan Islam
Akaun Media SosialInstagram @ustaz_auni_mohamed
Facebook @ustazaunioafficial
TikTok @videoustaz

Kehidupan Peribadi

Ustaz Auni sudah berkahwin dan dikurniakan lima orang cahaya mata.

Kerjaya & Profesional

ustaz auni

Ustaz Auni adalah seorang guru Jawi, al-Quran, Arab dan Fardu ain (JQAF) di Sekolah Kebangsaan Seri (SK) Relau, Jalan Paya Terubong, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Beliau aktif memberi ceramah berkenaan dengan ilmu eskatologi dari tahun 2004 hingga kini.

Antara ceramah sering kali menerima pujian adalah sejarah berkaitan kapal Titanic, Freemason, The Da Vinci Code, fitnah akhir zaman, kemunculan dajjal, Yakjuj dan Makjuj serta Daish dan Syiah.

Keunikan dan keistimewaannya dalam memberikan fakta tanpa buku dan catatan ketika berceramah membuat ramai orang kagum.

Dalam kesibukannya berdakwah dan menggalas tanggungjawab sebagai seorang pendidik, beliau juga terlibat dalam menerbitkan karya-karya ilmiah.

Antara buku beliau yang pernah diterbitkan adalah seperti Konspirasi Babylon, Messiah Uthmaniyah, dan Eskatologi Islam Akhir Zaman.

Tips Kuat Ingatan Cara Ustaz Auni

Kredit FB @ustazauni

Semua orang tahu akan kebolehan Ustaz Auni yang mempu mengingat pelbagai perkara ketika berceramah.

Apabila ditanya akan tips kuat ingatannya, beliau berkongsi beberapa cara untuk kita amalkan.

  • Jangan tinggal solat dhuha dan tahajud.
  • Amalkan membaca doa antara dua khutbah Jumaat iaitu Surah Yusof ayat 101.

Menurutnya, konsep mengingat menyamai computer maping iaitu hanya pemilik komputer tahu di mana data disimpan di dalam fail. Begitu juga otak manusia perlu menghafal dan menghadam ilmu.

Fakta Menarik Mengenai Ustaz Auni

  • Digelar sebagai “Ustaz Fotostat” dan “Dr. Zakir Naik Malaysia” kerana kebijaksanaan beliau menerangkan sesuatu perkara.
  • Pernah menuntut ilmu ke Mesir dalam bidang ilmu ketamadunan Islam melalui dua guru agama di negara terbabit.

Semoga dengan perkongsian dan ceramah ilmu dari Ustaz Auni ini dapat memberikan kita semua kebaikan di dunia dan akhirat.

Sumber:

  1. Instagram @ustaz_auni_mohamed
  2. Zakir Naik Malaysia. Harian Metro
Bantu kami share artikel ini: